CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

Filipina tawar diskaun pelancong OKU

[Copy link]
Post time 23-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MANILA: Filipina semalam berkata, ia bercadang menarik pelancong cacat dengan menawarkan diskaun membabitkan tambang, hotel dan penginapan bagi segmen pasaran yang tidak banyak dieksploitasi itu.\rKerajaan menggesa perniagaan pelancongan memberikan diskaun 20 peratus kepada pelancong cacat asing, sama seperti yang diberikan kepada rakyat Filipina cacat di bawah undang-undang, kata Setiausaha Pelancongan, Alberto Lim.\r\n\n\n\n\r Ia   membabitkan penginapan, kemasukan ke pusat hiburan, perkhidmatan perubatan dan pengangkutan bagi orang kurang upaya (OKU), katanya dalam satu kenyataan. \r\r\n\n\n\n\n   “Aliran ini bukan untuk mendapatkan perkhidmatan berasingan bagi OKU tetapi untuk integrasi penuh dalam industri hospitaliti kita,” kata Lim.\r“Ini termasuk membuatkan produk kita sesuai bagi orang yang mempunyai keperluan tertentu supaya mereka boleh menikmati pelancongan  sama dengan orang lain.”\rPresiden Benigno Aquino meletakkan pelancongan sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi.\rBagaimanapun Filipina jauh ketinggalan daripada negara jiran Asia walaupun kedatangan pelancong melonjak sebanyak 16.68 peratus membabitkan keseluruhan pengunjung yang tinggi iaitu 3.52 juta orang tahun lalu.\r\n\n\n\n\rLim berkata, kurangnya kemudahan   pengangkutan dan tidak banyak bilik hotel selain reputasi yang teruk dan masalah keselamatan yang terpencil menjadi penghalang utama. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.040213 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list