View: 211|Reply: 0
|
Ulang tahun kesan Neptun
[Copy link]
|
|
Teleskop NASA siar gambar terbaru\rFLORIDA: Planet Neptun menyambut ulang tahun pertamanya minggu ini sejak ditemui ahli kaji bintang Jerman, Johann Galle, 165 tahun yang lalu iaitu pada 23 September 1846.\r\n\n\n\n\rTeknologi sudah semakin canggih hari ini dengan teleskop angkasa lepas Hubble milik Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) berupaya mengambil gambar dramatik untuk menandakan ulang tahun planet berwarna biru-hijau itu.\r\r\n\n\n\n\nMeskipun waktu sehari hanya 16 jam, kehidupan di Neptun dianggap lebih lambat berbanding bumi kerana ia berada 2.8 bilion batu (4.51 juta kilometer) dari matahari atau 30 kali ganda jarak dari matahari ke bumi, tarikan graviti amat lemah.\rIni bermaksud planet itu mengambil masa lama untuk melengkapkan pusingan satu orbit, manakala setiap satu musimnya mengambil masa 40 tahun.\rBeberapa gambar diambil menggunakan kamera Wild Field dari Teleskop Angkasa Lepas Hubble baru-baru ini memberi peluang kepada saintis menghayati keadaan planet berkenaan sepenuhnya.\rGambar itu menunjukkan awan pada tahap altitud tinggi membuat ais kristal metana di bawah 162 darjah Celsius di kedua-dua hemisfera utara dan selatannya.\r\n\n\n\n\rSeperti juga bumi, paksi Neptun terlalu sendeng ke arah utara dan bahagian selatan menyebabkannya mempunyai musim panas dan sejuk pada masa yang bertentangan.\rBeberapa tahun lalu, keadaan di sebahagian besar kawasan selatan dilitupi awan sementara di bahagian utara lapisan awan terlalu sedikit.\rKetika musim berubah (sekali dalam tempoh empat dekad), awan bergerak lebih ke utara ketika musim sejuk dan musim panas bermula di selatan.\rPakar dari Eropah membantu penemuan Neptun iaitu John Couch Adams dari England dan Urbain Le Verrier dari Perancis, ahli kaji bintang dan pakar matematik.\rMereka meramalkan satu planet menarik Uranus, menyebabkan orbit matahari berbeza dengan planet lain dalam sistem suria iaitu Neptun.\rMalah, mereka menetapkan lokasi langit yang membuat tarikan itu. Mereka memberitahu Galle mengenainya dan ahli kaji bintang Jerman itu menemuinya selepas dua malam menelitinya.\rRamalan Le Verrier hanya satu darjah tersasar. Apapun, selepas Neptun ditemui, ia direkodkan sebagai sebuah planet.\rPlanet itu sebenarnya sudah dikesan pada Disember 1612 oleh seorang lagi ahli kaji bintang iaitu Galileo Galilei.\rBagaimanapun, beliau menganggapnya sebuah bintang. Selain itu, oleh sebab beliau tidak mencerapnya lebih lanjut, Galilei tidak dianggap orang yang menemuinya kerana tidak menetapkannya sebagai planet.\rSesiapa yang berharap untuk mengucapkan selamat ulang tahun kepada Neptun perlu menggunakan binokular atau teleskop kecil kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. – Agensi\rINFO: Planet Neptun\rPlanet Neptun ditemui ahli kaji bintang Jerman, Johann Galle, 165 tahun lalu iaitu pada 23 September 1846.\rKehidupan di Neptun dianggap lebih lambat berbanding bumi kerana ia berada 2.8 bilion batu (4.51 juta kilometer) dari matahari atau 30 kali ganda jarak dari matahari ke bumi, tarikan graviti amat lemah.\rPlanet itu sebenarnya sudah dikesan pada Disember 1612 oleh seorang lagi ahli kaji bintang iaitu Galileo Galilei.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|