CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Program PINTAR MAS bantu sekolah luar bandar

[Copy link]
Post time 27-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
MALAYSIA Airlines (MAS) terus komited dalam usahanya meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan generasi muda menerusi Program Pintar MAS.\rUsaha murni itu dilihat sebagai platform terbaik merapatkan jurang pendidikan antara murid di sekolah bandar dengan luar bandar.\r\n\n\n\n\r  Menyedari pentingnya meningkatkan kualiti pendidikan, pihaknya menerusi kerjasama Unit Pendidikan Berita Harian menganjurkan program bimbingan peperiksaan. \r\r\n\n\n\n\n  Program memberi peluang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapatkan panduan menjawab soalan secara tepat berdasarkan skema peperiksaan sebenar, berlangsung di Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya (SKJJ), Jerantut, Pahang, baru-baru ini.\rSeramai 200 murid sekolah berkenaan memanfaatkan program yang dipenuhi dengan tiga slot ceramah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.\rEksekutif Perhubungan Luar MAS, Noor Dyana Jamaluddin, berkata SKJJ adalah sekolah angkat MAS ke-18, diberi peluang mendapatkan kemudahan bimbingan pendidikan bertujuan membantu meningkatkan akademik murid di sini.\r“Sebagai sekolah angkat kami bertanggungjawab memastikan kemajuan mereka setaraf murid di bandar.  Kami akan memantau prestasi mereka dari semasa ke semasa bagi memastikannya mencapai matlamat,” katanya.\r\n\n\n\n\rGuru Penolong Kanan sekolah berkenaan, Rozilah Abu Bakar, berkata SKJJ bertuah mendapat kerjasama MAS dan Berita Harian bagi menjayakan program yang dapat dimanfaatkan peserta sebagai persiapan menduduki UPSR, September ini.\rSelain sokongan badan korporat, dorongan ibu bapa dan masyarakat sekitar begitu dihargai dalam usaha membangunkan modal insan ke arah yang lebih cemerlang.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.037014 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list