View: 146|Reply: 0
|
Mewah Bahasa: Doyan tengah gegak
[Copy link]
|
|
Nazri: Bob! Jom ikut aku balik kampung hujung minggu ni.\rBob: Hujung minggu ni?!\r\n\n\n\n\rNazri: Ha laa …. Sabtu ahad nih!! ... jom lah!!\r\r\n\n\n\n\nBob: Ada hal lah! Lain kali ajelah aku ikut.\rNazri: Tak boleh! Kena hujung minggu ni juga … malam tadi bapa aku telefon!\rBob: Eh!! Mustahak sangat ke, tu? Sampai telefon suruh balik.\rNazri: Mustahaklah! Sekali setahun aje ni … itupun tak tentu!!\r\n\n\n\n\rBob: Kalau mustahak … kau balik ajelah, kenapa nak ajak aku pulak?\rNazri: Kau kena ikut aku balik kampung, bapak aku dah pesan dah!!\rBob: Apa yang mustahak sangat ni, sampai aku pun kena ikut? Kau nak balik nikah yek?! Aku pulak kau nak minta jadi saksi ….\rNazri: Eh! Ke situ pulak dia …. Bukanlah! Bukan aku nak nikah!!\rBob: Habis tu, apa yang mustahak sangat ni, sampai tak boleh tunggu masa yang lain?\rNazri: Tengah gegak nih!\rBob: Gegak?\rNazri: Hah!! Tengah gegak, kalau tunggu minggu depan …. Habis dah!\rBob: Apa gegak ni? Gegak gempita ke?? Apa yang gegak gempita ni hingga aku pun kena pergi sama?\rNazri: Bukan gegak gempitalah!!\rBob: Bukan? Habis tu apa? Ni yang aku musykil nih!!\rNazri: Doyanlah!! Doyan tengah gegak nih!!\rBob: Apa benda tu? Doyan tu apa?\rNazri: Doyan tu, durian!! Durian tengah gegak, kalau nak merasa, jom ikut aku balik kampung.\rBob: Ooo … durian ke?! Cakaplah dari tadi durian. Yang kau cakap doyan, doyan tu, manalah aku nak faham. Yang durian gegak ni jenis apa pulak? Sama jenis dengan D24 dan Musang King ke?\rNazri: Bukan jenis durian, tapi keadaan musim durian!\rBob: Keadaan?\rNazri: A’ ah … musim durian tengah kemuncak, banyak dah masak dan banyak yang gugur, tu yang kita panggil tengah gegak.\rBob: Alaa …. kan dua minggu lepas aku dah ikut kau balik kampung. Kau ajak aku untuk makan durian, tapi dapat beberapa biji je yang gugur … itu pun tak elok, isi ada yang keras, ada yang busuk! Tak puas makan …. Penyudahnya bila balik, kena beli pulak yang kat sini, baru puas.\rNazri: Itu dua minggu lepas, masa tu belum gegak lagi, baru buang buruk!! Kalau baru buang buruk, memanglah isinya macam tu …. Ni tengah gegak ni, isinya pun elok!!\rBob: Minggu ni aku ada janji dengan kawanlah, minggu depanlah kita pergi kampung kau tu, boleh tak?!\rNazri: Minggu depan?? Hehehe … tempoyak adalah!\rBob: Kenapa pulak?\rNazri: Bila tengah gegak nilah kita nak makan puas pun, nanti kalau tunggu lagi seminggu, habis dah gugur semua. Tinggal kulit dengan biji je …. Isi semua dah jadi tempoyak!!\rBob: Oooo …. Kena minggu ni jugak? Oklah, aku batal janji dengan kawan tu, aku ikut kau!! Janji dapat makan durian puas-puas!!\rNazri: Ha!ha!ha! ... kali ni aku berani janji yang kau akan dapat makan durian sebanyak mana yang kau suka sampai puas!!\rBob: Hehehe ... Jangan sampai habis durian sekampung tu nanti udah le, tengoklah saiz badan aku nih!!\rNazri: Heheheehe … jangan risau, pasti cukup nyer!! Heheheh ….\rGlosari: Dialek Perak\rDoyan - durian\rGegak - keadaan semasa kemuncak musim durian, buah durian masak dan gugur dengan banyaknya\rBuang buruk - buah durian yang gugur pada awal musim dan keadaannya tidak elok, tidak berapa masak dan banyak yang busuk. \rNota Kaki\rKolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan juga bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|