|
Sekolah Perubatan KPJIUC tawarkan Ijazah Perubatan, Ijazah Pembedahan\rKEMENTERIAN Pengajian Tinggi mengumumkan status menaik taraf kolej universiti kepada Kolej Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan KPJ (Kolej KPJ) kepada Kolej Universiti Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan KPJ (KPJIUC).\r\n\n\n\n\r Pengiktirafan itu sekali gus menjadikan institusi berkenaan sebagai pusat pengajian tinggi swasta ke-23 diiktiraf sebagai Kolej Universiti di negara ini.\r\r\n\n\n\n\n Pengumuman itu disertai dengan majlis penyerahan sijil disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad (KPJ), Datin Paduka Siti Sa\'diah Sheikh Bakir.\rSelain sijil naik taraf kepada kolej universiti, KPJIUC turut menerima kelulusan menubuhkan Sekolah Perubatan yang bakal menawarkan Ijazah Perubatan dan Ijazah Pembedahan bermula September tahun depan.\rSiti Sa’diah berkata, pengiktirafan itu sebagai usaha awal pihaknya memperkukuhkan kedudukan KPJ sebagai pengendali industri berasaskan kesihatan.\rInisiatif itu kata beliau, sejajar prinsip KPJ sebagai penyedia modal insan yang dapat mengendali perkhidmatan kesihatan di hospital miliknya yang kini beroperasi di 20 lokasi. \r\n\n\n\n\r“Semua hospital berkenaan dikendalikan lebih 760 pakar dan 8,000 pengurus serta kakitangan,” katanya ketika ditemui di Putrajaya, baru-baru ini.\rSejajar pengiktirafan itu, KPJ kata beliau, turut menaik taraf kampus utama KPJIUC di Nilai, Negeri Sembilan bagi menampung lebih ramai pelajar pada masa akan datang.\rProses penambahbaikan fasa kedua itu katanya, membabitkan kos RM50 juta dijangka siap penghujung 2012. Ia dilengkapi lapan blok akademik yang mampu menampung 2,000 kakitangan dan pelajar.\r“Pembinaan fasa ketiga pula membabitkan penambahan asrama dan blok akademik, dewan serba guna dan kompleks sukan yang menelan belanja kira-kira RM70 juta.\r“Kita memperbaiki infrastruktur di kampus Johor Bahru, membuka cawangan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan mengambil lebih ramai pensyarah bagi menghasilkan graduan berkualiti,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|