CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

Jejak sastera Malaysia

[Copy link]
Post time 28-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
TIDAK dapat dinafikan, sayembara berjaya mencungkil nama besar dalam dunia sastera di Malaysia. Faisal Tehrani misalnya adalah antara penulis yang dikenali gara-gara kekerapan mengungguli sayembara. Kehebatan karya Faisal bukan hanya berkitar dalam sayembara, malahan dia juga prolifik menulis di media.\rJusteru, apabila menyebut perkembangan sastera di Malaysia untuk tempoh 11 tahun ke belakang, nama Faisal dan pelbagai sayembara sastera yang berlangsung sepanjang dekad itu adalah antara entiti yang tidak boleh ditinggalkan. Meskipun secara umumnya sastera Malaysia kerap dipecahkan kepada dua aliran, sastera serius dan popular, tetapi ternyata kedua-dua aliran ini punya kekuatan tersendiri.\r\n\n\n\n\rNovelis, Nisah Haron ketika merinci warna-warni sastera Malaysia di Program Penulisan MASTERA XIV (Novel) di Bogor baru-baru ini berkata, dekad 2000 boleh disifatkan sebagai penanda aras kebangkitan sastera Malaysia. \r\r\n\n\n\n\n“Dekad 2000-2010 adalah jangka waktu yang penuh warna-warni dalam dunia sastera Malaysia. Pelbagai sayembara sastera diadakan dalam tempoh itu sehingga banyak manuskrip yang baik diangkat sebagai juara. Nilai hadiah yang ditawarkan turut menjadi petunjuk bahawa sastera semakin mendapat pengiktirafan,” katanya.\rDalam tempoh 11 tahun ini, antara sayembara yang paling diingati adalah Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP, Sayembara Mengarang Novel Sempena 50 Tahun Merdeka, selain sayembara bersifat tahunan seperti Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) dan Hadiah Sako.\rBukan sekadar menghasilkan manuskrip bermutu, ia juga menyaksikan banyaknya nama penulis baru muncul sebagai pemenang. Nama yang sebelum ini tidak pernah kelihatan dalam lautan sastera Malaysia antaranya Mohd Saad Omar dan Ramlah Rashid, dikenali ekoran sayembara.\rMalah penulis veteran yang cukup disegani seperti Azizi Abdullah dan Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad juga tercatat sebagai pemenang Sayembara Mengarang Novel Sempena 50 Tahun Merdeka menerusi novel, Harga Sebuah Maruah dan Mahabbah.\r\n\n\n\n\r“Namun, bukan sayembara saja yang merancakkan dunia sastera Malaysia. Sebaliknya dunia sastera Malaysia turut mendapat sokongan daripada penerbit swasta. Malah kerja penterjemahan karya luar ke dalam bahasa Melayu juga menjadi faktor kemeriahan dunia sastera Malaysia,” katanya.\rAntara penerbit swasta yang banyak merancakkan dunia sastera Malaysia ialah Karangkraf Sdn Bhd, Jemari Seni Sdn Bhd dan PTS Publication sehingga ada beberapa penulis mereka muncul sebagai pengarang laris di pasaran kerana karya mereka dinanti-nantikan peminat masing-masing.\rKarya luar yang diterjemah setakat ini ialah novel Indonesia seperti Tetralogi Lasykar Pelangi karya Andrea Hirata dan Negeri 5 Menara dan Ranah 3 Warna (A Fuadi). Begitu juga dengan beberapa novel karya Habiburrahman Asy-Syirazi yang diterjemah dan dibawa masuk ke pasaran Malaysia oleh Al-Hidayah Publication.\rSesuatu yang aneh tetapi benar, dunia sastera Malaysia juga terkena tempias politik apabila novel Interlok yang terbit pertama kalinya pada 1971 tiba-tiba dimurnikan gara-gara tekanan politik.\rInterlok yang menjadi teks Komponen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) tiba-tiba menduduki carta laris di pasaran di rangkaian kedai buku MPH dan Popular gara-gara isu berkenaan. Bagaimanapun, dari satu segi, kontroversi Interlok membuat hampir seluruh rakyat Malaysia mula mendekati sastera.\rBagaimanapun, sejauh mana dunia sastera Malaysia mampu bertahan dengan kontroversi atau cabaran semasa tidak dapat dipastikan. Jika boleh melepasi halangan politik, cabaran lain yang menanti adalah era buku tanpa kertas yang menyaksikan buku dibaca menerusi peranti tablet dan telefon bimbit. \rDari segi kepenggunaan, teknologi ini membolehkan pengguna mempunyai lebih banyak pilihan dalam membaca karya sastera. Tidak terhad kepada karya sastera tempatan, naskhah luar negara juga boleh dibaca dengan mudah. Namun persoalannya, adakah dunia sastera Malaysia sudah bersedia untuk itu?\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.104885 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list