CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 182|Reply: 0

Khutbah Jumaat: Percubaan hakis nilai Islam menerusi pemahaman liberal, pluralis

[Copy link]
Post time 29-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TANGGAL 31 Julai pada setiap tahun negara kita akan menyambut Hari Pahlawan. Sambutan tarikh keramat ini cukup melakar pengertian kepada kita sebagai anak bangsa yang cintakan agama, bangsa dan negara. \rOleh itu, bersempena dengan sambutan ini mari kita menghargai jasa dan pengorbanan besar yang antaranya memperjuang kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan kekal hingga kini.\r\n\n\n\n\rPerlembagaan Persekutuan dalam perkara 3(1) memperuntukkan Islam adalah agama persekutuan. Bagaimanapun, agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. \rFirman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikan ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (Surah An-Nisa’, ayat 59) \r\n\n\n\n\n\rSungguhpun sejarah telah membuktikan agama Islam diterima sebagai agama bagi Persekutuan dan Raja-Raja Melayu diberi pengiktirafan yang sewajarnya, namun kedudukan agama Islam sering kali mengundang pelbagai tafsiran masyarakat negara ini. \rKedudukan Islam terus dipertikai dan diperdebatkan mereka yang enggan atau gagal memahami kedudukan Islam. Suara sumbang golongan tertentu terus berkumandang dengan menyalahtafsirkan kedudukan agama Islam di bawah Perlembagaan Persekutuan, sehingga berlaku kekeliruan umat Islam yang menganggap agama Islam hanya digunakan untuk perkara ibadat saja. \rMimbar ingin menegaskan jika salah tanggapan ini dibiarkan berterusan, dikhuatiri agama Islam akan dipandang sebagai agama yang mempunyai kedudukan sama rata dengan agama lain dan tidak mempunyai keistimewaan tertentu.\rMutakhir ini juga ada beberapa pihak cuba memperlekeh agama Islam dengan pelbagai cara dan helah. Mereka mencabar kesahihanan penguatkuasaan undang-undang syariah dan kewibawaan institusi Islam seperti Jabatan Mufti dan Mahkamah Syariah. \rFatwa dikeluarkan mufti sudah berani dicabar atas alasan bercanggah dengan hak kebebasan beragama, undang-undang syariah dituduh sebagai kolot kerana bercanggah kehendak konvensyen antarabangsa yang mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia ala barat. \rMereka juga menerapkan fahaman liberal dan pluralisme serta terkini, fahaman komunisme bentuk baru bertujuan menggugat serta menghakis nilai dan pegangan umat Islam. Lebih malang lagi kesempatan ini diambil oleh musuh Islam untuk merendahkan martabat agama Islam. \rMereka menuntut pelaksanaan suruhanjaya antara agama yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Mempertikai pelaksanaan hukuman syariah, menyokong kes murtad. Menuntut supaya golongan homoseksual, lesbian dan penukaran jantina diberi hak kebebasan mengamal kegiatan mereka. \rMereka juga mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan. \rBerdasarkan pemerhatian mimbar, keadaan ini berlaku disebabkan beberapa perkara antaranya umat Islam sendiri sudah berpecah-belah mengikut kumpulan tertentu. Kedua, sanggup menggadai maruah dan kepentingan agama kerana kepentingan diri dan kumpulan.\rKetiga, ada umat Islam bersubahat dengan pihak tertentu untuk mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi negara atas alasan untuk mempertahankan hak asasi pihak lain.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.043890 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list