CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13754|Reply: 147

Mampookah Mila tembusi pasaran EROPAH?

  [Copy link]
Post time 31-7-2011 02:09 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by cicicumel at 31-7-2011 14:12

I duk baca canang2 Mila nak tembusi pasaran Europe sejak tahun lepas lagik..Hebat wpon suara biasa tp berjaya wat album sana..
Sdgkan Ning Baizura pon tak mampoo..(tp lagu2nya mmg sendu pon..album English dia tue)
Yuna?Zee Avi?Mila pon mampoo..




IMPIAN untuk bergelar artis bertaraf antarabangsa bakal direalisasi tidak lama lagi. Apatah lagi setelah terlibat sepenuhnya dalam proses rakaman album Inggeris pertama miliknya kini sudah memasuki frasa terakhir.
Rasa cukup bersemangat untuk menghabiskan segera baki kerjanya di London. Seterusnya pulang ke pangkuan keluarga setelah menjadi anak rantau kira-kira enam minggu lamanya.
“Insya Allah, saya akan pulang ke tanah air esok (1 Ogos), sedikit awal dari tarikh yang dijadualkan. Sempat berpuasa sekejap di sini (London) sebelum pulang,” cerita Mila Jirin sewaktu menghubunginya melalui e-mel baru-baru ini.
Pemilik nama Norsyarmilla Jirin terbang ke kota metropolitan itu pada 19 Jun lalu membawa misi besar dalam catatan hidupnya. Kali ini dalam usaha untuk melebarkan lagi sayapnya dalam bidang nyanyian di peringkat antarabangsa.
Dia mahu menyelesaikan pembikinan album Inggeris tajaan sepenuhnya oleh pihak BGM Music dan MJ Panacea Records yang berpusat di sana.
Anak kelahiran Pulau Pinang ini turut mengkhabarkan kunjungannya ke negara itu buat kali keempat cukup istimewa. Apabila mempelajari banyak perkara sepanjang menghasilkan album Inggerisnya itu.
Cabaran paling utama melibatkan kredibiliti vokalnya. Mila diminta menyanyi pelbagai jenis genre lagu di hadapan penerbit album yang terdiri daripada Laurence Hobbs, Jamie Seller dan Danis G. Mereka yang berasal dari United Kingdom (UK) dan Scotland ini bertindak sebagai pengkaji kelebihan suara Mila.
Proses itu juga bertujuan bagi membolehkan mereka mengetahui lebih lanjut jenis genre lagu yang sesuai. Sebab kesemua lagu yang dihasilkan adalah lagu yang dicipta khas buat diri penyanyi Persis Mutiara itu.
“Saya sangat seronok bekerjasama dengan mereka. Di samping menambah kenalan baru, saya diberi peluang melihat cara mereka bekerja.
“Teruja bila akhirnya mereka memberi kepercayaan kepada saya untuk sama-sama mencipta lagu bersama,” sambungnya lagi.
Ditanya bagaimana cara untuk mendapatkan kata sepakat dengan penerbit dalam menghasilkan satu lagu itu, katanya pengalaman merakam lagu di Malaysia banyak membantu dirinya.
Juara program realiti Akademi Fantasi (AF) kelima ini memberitahu bahawa tiada perbezaan mengenai cara kerja penerbit tanah air malah di Eropah.
Bagaimanapun, ada satu perkara yang cukup merisaukan dirinya iaitu cara sebutan.
“Pihak penerbit yang menyedari kelemahan saya itu kemudiannya menyediakan seorang guru vokal untuk memperbetulkan sebutan saya.
“Kalau nak tahu, saya pernah duduk seharian di studio. Dari pagi mulakan sesi rakaman sehingga jam 3 petang. Lepas itu sambung sesi menulis lagu bersama komposer terlibat sejam kemudian.
“Saya pula jenis komited dalam urusan ini sampai ada satu minggu itu, saya terkena demam selesema. Disebabkan teruk, saya diberi cuti seminggu,” dedah wanita bertubuh kecil ini.
Mengulas tentang keistimewaan album Inggeris Mila, anak sulung dari tiga beradik ini memberitahu ia terletak kepada penampilan genre berentak pop dance. Satu lagi taruhan baru buat Mila yang selama ini lebih menjiwai pop rock.
“Saya sangat berharap agar album Inggeris kali ini supaya memberi saya lebih banyak ruang. Paling penting dapat memikat hati peminat muzik dari semua lapisan bangsa di Malaysia.
“Saya dan pihak pengurusan juga berdoa agar album dapat menembusi pasaran baru terutama di UK. Pasaran ini yang paling sukar untuk ditembusi,” ceritanya.
Penyanyi berusia 24 tahun ini juga teruja saat mengulas klip video untuk single pertamanya berjudul BreakDown yang sudah siap penggambaran. Antara lokasi yang dirakam di sekitar kawasan Camden Town, London. Kunjungan Mila bersama pengurusnya, A. Ailis M. Mustapha di bumi Eropah pada di musim panas menjadikan hasil proses rakaman cukup memberangsangkan.
“Saya tak pernah rasa tertekan sepanjang bekerja untuk album kali ini. Jiwa Mila semakin dekat dengan genre pop dance. Tambahan pula, single pertama BreakDown akan dilancarkan di Malaysia dan Itunes untuk pasaran UK dan Eropah tak lama lagi,” katanya lagi.
Selain lagu BreakDown, Mila turut merakamkan 14 buah lagu termasuk Kiss Kiss Kiss, B.O.O.M, Mysterious, Zombie’s, Movie Love dan Cry Yourself. Bagaimanapun, hanya 10 lagu terbaik yang akan dimuatkan dalam albumnya nanti.Mila yang aktif mencatatkan diari kehidupan di laman sosial Facebook, boleh diikuti menerusi www.facebook.com/milajirinmusic atau di www.twitter.com/mila_jirin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2011 02:11 PM | Show all posts
Meh aku jawab, tak mampoooo!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2011 02:13 PM | Show all posts
Tak mampoo ker?cian Mila...lagunya boleh dibeli di iTunes uols..uols mampoo?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 02:19 PM | Show all posts
sempat berpuasa? org kat uk puasa on 1 Ogos, dia balik 1 Ogos? sempat bersahur je kot:re:
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 02:20 PM | Show all posts
stakat kat iTunes, mak pon bleh wat uolssss.. tp if dia masih lom dikenali mcm Mizz Nina, nan hado jah.. engrishh pun besa2 jer bdk ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 02:30 PM | Show all posts
kita tgk le nanti, album Enggerish Mila atau Ct yang lebih top
(tak minat 2-2 org)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2011 02:33 PM | Show all posts
mila who? tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 02:52 PM | Show all posts
mila????xmampoooooooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2011 02:59 PM | Show all posts
ok la tu
support artis tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 03:09 PM | Show all posts
laku ke kat sana ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 03:10 PM | Show all posts
maampoo kot...support je mana2 yg patut...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 03:46 PM | Show all posts
aku minat mila time af
lps dia kuar nyanyi live semput aku dah x minat dah...
semoga bjaya lah mila jd artis international yg tiptop...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 03:53 PM | Show all posts
suara sengau...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 04:17 PM | Show all posts
album melayu pon x brape ong...album bi nih tatau leeeerr
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 04:17 PM | Show all posts
mampoo dalam mimpi je
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 04:24 PM | Show all posts
Sapa la bg idea kat mila ni wat album english bagai, album melayu pun semput!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2011 04:26 PM | Show all posts
Mana tau rezeki dia...mana tau org eropah suka kat org yg comei2 ...papa pun kita tunggu aje lah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 04:29 PM | Show all posts
Jom dgr a few rough preview lagu2 yg dah direkod
Kiss Kiss Kiss (Rough Mix)
http://www.facebook.com/milajirinmusic?sk=app_178091127385

Movie Love (Practise Session + Preview)



Mysterious (Live Accoustic @ The Living Room, Tower Bridge, London + Preview)



Ape2 pun gud luck Mila
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 04:32 PM | Show all posts
nak challenged yuna ke?  

gudluck lah milah
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 04:40 PM | Show all posts
hanya DAFI saja yg mampooo...fullstop
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.095476 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list