CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 0

Darah Hang Tuah

[Copy link]
Post time 1-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Gema Puisi Melaka Bandar Raya Bersejarah di Kota Fesyen Ayer Keroh\rDARAH  Hang Tuah, pahlawan Melayu yang sering dikaitkan dengan Melaka terasa mengalir di setiap tubuh penyair yang beraksi di pentas Gema Puisi Melaka Bandar Raya Bersejarah di Heritage Books Store, Kota Fesyen, AyerKeroh, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rProgram anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Ikatan Persuratan Melayu (IPM) membangkitkan semangat dan meruntun jiwa khalayak yang terpukau dengan aksi penyair muda dan veteran, meskipun dimulakan sedikit lewat.\r\r\n\n\n\n\nKelewatan rombongan 30 mahasiswa Politeknik Merlimau yang tersekat dalam kesesakan jalan raya, diisi dengan celoteh pengerusi majlis yang juga penulis veteran dari Kampung Ayer Molek, Melaka, Ab Rani Embi, berjaya menceriakan suasana.\rAb Rani tidak melepaskan peluang memperkenalkan khazanah puisi klasik Melayu, rejang  berbentuk seperti pantun lima bait serangkap yang hanya berlegar di sekitar Jasin, Melaka, sehingga dapat dirasakan kelainannya oleh khalayak majlis pada petang itu.\rDua belas haribulan rejangnya udang\rmayang mengurai di malam Khamis\rseludangnya jatuh di tengah halaman\r\n\n\n\nbaik dibuang perangai iblis\riblis itu merosakkan iman.\rTiga belas hari bulan rejangnya gajah\rgajah berlari terderu-deru\rtempiknya lantas ke dalam paya\rkita yang hidup baik berguru\rsudah mati apa kan daya\rLari daripada norma, kebanyakan penyair mempersembahkan puisi dengan tema berlainan antaranya berkaitan keunggulan negeri Melaka, sajak untuk membangkit semangat generasi muda,  fasa kehidupan dan patriotik.\rMembuka tirai majlis pada petang yang indah itu, Ketua Satu IPM yang juga Sasterawan Negeri Melaka 2009, Mokhtar Yasin, menyampaikan puisi, Balada Warga Tua, meskipun kurang sihat tetap bersemangat meluahkan dan berkongsi isi hati.\rKesepian menyendiri tanpa sapa\rrasa sendu tumbuh dilanda duka yang parah\rusia berlalu\rmelewati hari-hari dan minggu\rterasing seperti puing-puing\rdilambung ombak\rbersama pasir tercampak\rke dada pantai yang setia \rmenyimpan seribu rahsia.\rPenyair berbangsa Cina, Lim Yew Yak, lengkap berbaju Melayu menyusul dengan puisinya, Anak Kelahiran Bumi Merdeka, sarat nilai patriotisme mengajak khalayak bermuhasabah diri agar menghargai kemerdekaan yang dinikmati sejak 54 tahun lalu.\rAnak kelahiran bumi merdeka\rselongkarlah timbunan sejarah lama\rselamilah jiwa yang pernah terantai kakinya\rdakaplah semangat pahlawan negara\rberdiri teguh mendukung maruah bangsa.\rAnak kelahiran bumi merdeka\rbangkitlah daripada ulitan mimpi\rjadilah bunga yang mekar mewangi\rbukan sekadar menghiasi taman\rbiar jadi kenangan sepanjang zaman.\rSejurus kemudian, muncul pula Ketua Dua IPM yang juga penulis veteran yang masih gigih berkarya, Razali Endun, membawa khalayak menyusuri kisah lampau sejarah negeri Melaka apabila Hang Jebat menderhaka kepada sultan menerusi puisi, Episod Duka Orang Melaka.\rSekian lama mereka beradu\rhingga keringat membasah baju\rJebat melempar keris keramat\rdisambut Tuah dengan hormat\rtanda Jebat mahu mengalah\rtertusuk robek luka berdarah\rdada Jebat luka parah\rlalu rebah di atas riba\rTuah menangis sangatlah hiba\rBangkit daripada kesedihan yang dibawa Razali, Pensyarah Politeknik Merlimau, Siti Zahrah Salihan menghangatkan suasana suara lantang tapi merdu ketika mengalunkan syair karyanya, Harapan Anak Merdeka, sambil diiringi petikan gitar irama lagu Isabella nyanyian kumpulan rock, Search.\rDemi Malaysia tercinta, kau pertaruhkan nyawamu\rdemi merdeka, kau berperang melawan penjajah\rkau sentiasa diiringi doa ...\rdan doalah yang selalu menyertaimu.\rSayangnya ... kini kau tiada lagi pahlawanku ....\rNamun, namamu telah terpahat di dada sejarah\rnamamu tetap dikenang di hati bangsa\rterima kasih di atas segala jasamu, pahlawanku.\rAcara pada petang itu turut diselangi dengan kuiz penulis terkenal Malaysia dengan novel sebagai hadiah khusus untuk pelajar Politeknik Merlimau, selain Mokhtar turut menyampaikan cenderahati Antologi Cerpen dan Sajak, Ombak Pantai kepada penulis buku itu yang kesemuanya ahli IPM. \rAntara penyair lain yang turut mempersembahkan puisi  pada acara berkenaan ialah Prof Madya Dr Arbak Othman, Aladin Mohamad, Othman Hashim, Mahad Abu Bakar, Sharifah Aisiah Syed Mazahar, Ramly Abu dan Amran Daud.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.066319 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list