|
LAMAN web BrazzilMag di alamat www.brazzilmag.com menyorot kejayaan sastera Brazil yang mendapat perhatian dari pentas antarabangsa sehingga industri terjemahan negara yang sering dikaitkan dengan tarian samba itu semakin meningkat.\rTrend peningkatan dalam industri itu dicetuskan oleh insentif kerajaan yang menyalurkan dana khas melalui Yayasan Perpustakaan Kebangsaan (FBN) sehingga industri terjemahannya dijangka bernilai RM23 juta (BRL12juta) dalam tempoh 10 tahun ini.\r\n\n\n\n\rKoordinator Buku dan Sastera FBN, Georgina Staneck, berkata sebanyak 68 dana disalurkan untuk tujuan penterjemahan dan penerbitan buku Brazil di luar negara pada separuh kedua tahun lalu berbanding 23 dana pada tahun sebelumnya.\r\r\n\n\n\n\n“Peningkatan penerbitan karya Brazil di luar negara itu adalah usaha FBN dalam bidang penterjemahan bersama-sama dengan kerajaan yang turut dibuktikan melalui kejayaan negara ini menjadi negara tamu Pesta Buku Frankfurt pada 2013.\r“Jumlah negara asing yang terbabit dalam penerbitan karya Brazil juga meningkat, sekali gus menunjukkan pasaran memberikan perhatian kepada negara ini,” Staneck dipetik berkata dalam laman terbabit.\rMenariknya, kata Staneck, buku yang diminta dan dipilih negara terbabit adalah karya pengarang kontemporari berbanding pengarang klasik dan hakikat itu menunjukkan mereka lebih berminat kepada Brazil yang baru.\rDana di bawah Kementerian Kebudayaan, Program Bantuan Penterjemahan dan Penerbitan untuk Pengarang Brazil ke Luar Negara dijangka bernilai RM5.1juta (BRL2.7juta) untuk tempoh 2011 dan 2012.\r\n\n\n\n\rPemberian dana itu dibuat dalam dua kategori iaitu pertama, karya yang belum pernah diterjemah dan diterbitkan kepada apa juga bahasa, manakala bentuk kedua pula buku yang sudah diterjemah, tetapi habis di pasaran sekurang-kurangnya tiga tahun.\rBagi kategori pertama, dana diberikan antara RM5,900 hingga RM23,600 dan kategori, manakala buku yang pernah diterjemah, tetapi tiada di pasaran antara RM3,000 (AS$1,000) hingga RM11,800 (AS$4,000).\rDana itu terbuka kepada penerbit luar negara yang berminat untuk menterjemah, menerbit dan mengedarkan buku yang ditulis pengarang Brazil termasuk yang sudah diterjemah ke bahasa Portugis ke luar negara.\rKaryanya boleh saja berbentuk kesusasteraan atau kemanusiaan seperti novel, kumpulan cerpen, puisi dan esei, buku kanak-kanak dan remaja, buku rujukan serta esei sastera, sains kemanusiaan dan sejarah.\rMeskipun dana itu tidak mengehadkan kepada apa juga bahasa, karya Brazil mendapat permintaan yang tinggi dari Eropah termasuk Georgia.\rPada tahun lepas, negara yang menerima paling banyak dana ialah Argentina, iaitu 10 dana dan England (tujuh), manakala Sepanyol, Perancis dan Itali, masing-masing enam.\rSelain negara itu, karya Brazil turut diterjemah dan diterbitkan di Croatia, Bulgaria, Hungary, Romania, Greece, Israel, Sweden, Chile, Mexico, Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Belanda, Jerman, Lubnan Ukraine dan Peru.\rBagaimanapun, karya Brazil tidak mendapat sambutan daripada penerbit di Asia Barat kecuali Lubnan apabila syarikat penerbitan Dar Al-Farabi menerbitkan novel Nur na Escuridao karya Salim Miguel yang pernah diterbitkan pada 2000.\rNovel yang menyorot saga keluarga Lubnan yang berhijrah ke Santa Catarina pada 1927 itu, merangkul Anugerah Persatuan Pengkritik Seni Sao Paulo (APCA) 2000 untuk genre novel terbaik , manakala pada 2001 pula ia meraih Anugerah Sastera Passo Fundo Zaffari & Bourbon.\rSelain Miguel, pengarang Brazil yang mendapat sekurang-kurangnya dua permintaan untuk diterjemahkan di luar negara pada tahun lalu ialah Jorge Amado, Alberto Mussa, Luis Fernando Ver韘simo, Moacyr Scliar, Chico Buarque, Machado de Assis dan Bernardo Carvalho.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|