CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 120|Reply: 0

Ramadan dinanti, Syawal dirai: Berbuka puasa jam 4.30 petang

[Copy link]
Post time 9-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PENGALAMAN menyambut Ramadan di Jepun pada 1991 ketika Jepun mengalami musim sejuk tidak mungkin dapat dilupakan Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Kamal Shukri Abdullah Sani, kerana beliau beberapa kali terlajak berbuka puasa.\r“Waktu siang yang pendek pada musim sejuk menyebabkan umat Islam berbuka puasa seawal jam 4.30 petang. Umat Islam di Malaysia tidak akan dapat berbuka seawal ini kerana negara mengalami iklim Khatulistiwa. Justeru saya beberapa kali berbuka beberapa jam lewat daripada masa sebenar kerana terlajak tidur pada waktu petang,” katanya kepada Sastera.\r\n\n\n\n\rSelain daripada pengalaman itu, Kamal Shukri yang melanjutkan pelajaran di Jepun dari 1990 hingga 1991, turut berdepan dengan kesukaran mengetahui hari pertama Ramadan dan Aidilfitri  kerana tiada pengumuman rasmi dibuat baik di televisyen mahupun radio seperti yang menjadi amalan di Malaysia.\r\r\n\n\n\n\n“Bagi mengetahui hari pertama Ramadan dan Aidilfitri menjadi masalah kepada beberapa pelajar beragama Islam di Universiti Nagoya pada ketika itu. Jumlah penduduk beragama Islam yang begitu kecil menyebabkan tiada pengumuman di radio atau televisyen seperti di Malaysia. Ditambah pula dekad itu internet belum digunakan secara meluas,” katanya kepada Sastera, baru-baru  ini.\rKamal yang melanjutkan pengajian dengan biasiswa Monbusho daripada Kerajaan Jepun untuk kursus intensif bahasa Jepun di Universiti Nagoya dan menyambung Diploma Pengurusan di Universiti Aichi Kyoiku, terpaksa mencari ikhtiar bagi memastikan tidak ketinggalan meraikan Ramadan mahupun Aidilfitri.\r“Pada ketika itu, umat Islam akan berhari Raya dalam masa beberapa hari, tetapi saya dan dua pelajar beragama Islam di Universiti Nagoya ketika itu tidak tahu langsung bilakah tarikh Hari Raya yang sebenar. Akhirnya, selepas menghubungi rakan di Jepun dan Malaysia, saya mengetahui bahawa umat Islam akan menyambut Hari Raya pada keesokan harinya.\r“Kesukaran mengetahui tarikh sebenar Ramadan dan Aidilfitri menyebabkan dua lagi rakan saya menghabiskan masa dengan tidur panjang pada pagi raya dan masih berpuasa. Alangkah terkejutnya mereka apabila saya menghubungi mereka bagi memaklumkan tarikh perayaan umat Islam itu,” katanya.\r\n\n\n\n\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.040115 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list