View: 130|Reply: 0
|
Takwa himpunan sifat luhur
[Copy link]
|
|
Kawalan cegah tingkah laku daripada berbuat dosa\rBERADA pada Ramadan bererti kita berada di pusat latihan dan pendidikan kerohanian yang mampu mengeluarkan graduan berakhlak mulia serta berkeperibadian tinggi.\r\n\n\n\n\r Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman, telah difardukan puasa ke atas kamu sebagaimana difardukan ke atas umat sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu dengan perantaraan puasa itu memperoleh takwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183).\r\r\n\n\n\n\n Allah mengaitkan kefarduan puasa dengan faedah diperoleh daripadanya iaitu puasa boleh mewujudkan sifat takwa dalam diri seseorang yang menyuburkan keimanan dalam hati nurani manusia.\rOleh itu, timbul dua persoalan yang harus diberi jawapan dan penjelasan iaitu apakah yang dimaksudkan sifat takwa itu dan apakah huraian serta penjelasan berhubung takwa itu?\rTakwa ialah suatu kesan positif yang timbul dalam hati seseorang apabila ia menunaikan ibadah puasa dengan mengikut syarat, peraturan dan adab yang telah ditetapkan Islam.\rIbadat puasa mampu menggerakkan hati supaya bertakwa kepada Allah. Hati yang bertakwa adalah pangkalan bagi segala kebaikan dan boleh melahirkan sifat luhur seperti semangat jihad melawan hawa nafsu yang sentiasa mengajak kepada kejahatan dan pelanggaran perintah Allah.\r\n\n\n\n\rSemangat jihad menentang bisikan jahat syaitan yang sentiasa mengajak kepada kejahatan dan kemungkaran, munculnya sifat sabar dengan pengertiannya luas iaitu sabar kerana taat menanggung kesusahan dan kesukaran semasa mengerjakan ibadat. \rBegitu juga sabar dengan tidak melakukan maksiat iaitu menahan diri daripada melayani kehendak hawa nafsu seterusnya sabar menanggung penderitaan yang menimpa diri, menghadapinya dengan tabah, tidak mengeluh dan tidak menyalahkan takdir.\rLahir sifat amanah dengan pengertian, bertanggungjawab serta menjalankan tugas dengan baik dan sempurna. Sentiasa muraqabah kepada Allah sama ada di tempat terbuka atau tertutup. Sifat ini adalah kesedaran dalaman yang tinggi iaitu sifat ihsan.\rBerpuasa boleh menguatkan iradah seseorang dalam menjayakan sesuatu pekerjaan yang baik, dapat mendidik diri sentiasa berdisiplin, selalu patuh kepada undang-undang dan peraturan. Ibadat puasa juga dapat melahirkan perasaan kasih sayang, ukhuwwah dan sifat ta’awun.\rOleh itu dapatlah ditegaskan bahawa sifat takwa adalah himpunan semua sifat luhur yang dilakukan individu Muslim sama ada sifat luaran ataupun dalaman. Sifat takwa juga berfungsi sebagai pengawal dan penjaga kepada gerak laku individu supaya tidak berlaku perlanggaran terhadap perintah Allah.\rTimbul pula persoalan, bagaimanakah mengamalkan puasa yang berfungsi melahirkan pembentukan akhlak dan peribadi terpuji? Cara Rasulullah SAW menyambut kedatangan Ramadan adalah jawapan terbaik.\rIbn Khuzaimah meriwayatkan daripada Salman katanya: “Rasulullah SAW pada hari terakhir dari bulan Syaaban telah berkhutbah kepada kami, maka Baginda bersabda antara lain: (Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah hampir dinaungi oleh bulan yang hebat lagi berkat iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1,000 bulan, bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu yang fardu dan mengerjakan ibadat di malam harinya suatu yang sunat). \rSesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan (sunat) pada Ramadan, maka samalah pahalanya dengan orang yang menunaikan pekerjaan fardu di bulan lain. Sesiapa yang menunaikan fardu pada Ramadan, maka samalah pahalanya dengan orang yang mengerjakan tujuh 70 fardu pada lain.\rRamadan itu bulan sabar, manakala sabar itu pahalanya adalah syurga. Begitu juga Ramadan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan yang Allah menambahkan rezeki kepada mukmin.\rSesiapa yang memberi makan ketika berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia akan mendapat keampunan dosanya dan pelepasan dari api neraka. Orang yang memberi makanan berbuka puasa akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa tanpa sedikit pun berkurangan. \rSahabat bertanya Rasulullah, tidaklah kami semua ada memiliki makanan berbuka puasa untuk orang yang berpuasa, lalu Rasulullah bersabda: “Allah memberikan pahala kepada orang yang memberikan sebutir kurma atau seteguk air atau sehirup susu.”\rPerbanyakkan melakukan empat perkara dalam Ramadan iaitu dua perkara boleh menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi yang kamu sangat perlu. Dua perkara yang boleh menyenangkan Tuhanmu ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan memohon keampunan daripadanya. Dua perkara lagi yang kamu sangat berhajat ialah memohon syurga dan berlindung dari neraka.\rSewajarnyalah setiap Muslim mengambil suri teladan daripada apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Kita juga seharusnya mendapat kesedaran dari apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. supaya fadilat Ramadan akan ada tempiasnya kepada umat Islam.\rAlangkah baiknya jika sunnah ini dapat dihidupkan kembali dan kita jadikan budaya Ramadan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku pada masa umatku telah rosak, maka dia akan mendapat pahala seratus syahid.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)\rPenulis ialah Penasihat Agama kepada Perdana Menteri
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|