CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56428|Reply: 288

Teladan dpd kisah Mustapha Kamal Ataturk‏

  [Copy link]
Post time 22-8-2011 11:07 AM | Show all posts |Read mode


Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.


2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seoran! g askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa s! ejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal! dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayat! nya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2011 11:37 AM | Show all posts
pernah terbaca pasal benda ni..
tp, benar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 12:03 PM | Show all posts
Nauzubillah...Inilah akibat orang yang menghina agama Allah.Minta2 dijauhkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2011 12:05 PM | Show all posts
zaman moden nih pun ader..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 12:15 PM | Show all posts
Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)

1. Membolehkan pe ...
bbalik Post at 22-8-2011 11:07


ko tak nak cite ke 'budi' dia  pulak????

menewaskan angkatan salib France, British, New Zealand and Australia mase perang Gallipoli dan Dardanelle????



Or..

Budi attartuk dlm mengembalikan Mekah pd penjaga asalnye = bangsa Quraish????? dan pengasan khalifah baru - Al Saud.


So.. basically... kebencian cerita2 pada Attartuk cume berasaskan -- dendam yg attarturk dah pecah belahkan khalifah uthmaniyah yg dah memang rosak akhlak....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 12:18 PM | Show all posts
Melayu2 PPRT memang suke sangat cite2 azab kubur ni.. walaupun temberang takpe.. asal bunyiknye sedap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2011 02:09 PM | Show all posts
di dunia lagi Allah dah bagi balasan
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 02:10 PM | Show all posts
tt... ni je ke cite psl dia ni? ade lg x? klau ade...sambung la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2011 03:34 PM | Show all posts
Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.
[img]http://tbn0.google.com/images?q=tbn:Z-Sk_M4uuvG2xM:[/img]
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 10:44 PM | Show all posts
tak baik fitnah nak2 dalam bulan posa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 11:03 PM | Show all posts
Mustapha Kamal Attarturk seorang lagi manusia yang membuktikan bahawa ada sahaja di bumi ini yang saling membenci..Walaupun dia dah lama pergi,ada lagi yang nak menghina sesama sendiri..Walau dah diusung ke kubur pon,masih tak tahu nak mendiamkan diri dari menceritakan aib antara satu sama lain..

Berdasarkan apa yang saya baca,katanya dia neyh adalah pemusnah kepada kerajaan islam Turki dan lahirnya republik turki..Tapi jika baca balik buku2 lain,ada yang state bahawa jatuhnya kerajaan Islam Turki disebabkan kejahilan dan kepincangan dalam diri pemerintah kerajaan Islam tue sendiri..

Jadi masih lah ada faktor lain yang menjatuhkan turki..Kejahilan pemerintah sendiri..lagipun tidak diketahui kebenaran yang berlaku terhadap mustapha kamal neyh sebab saya tak hidup pada zaman tue..Dan saya tak pernah sempat untuk menghadiri majlis perkebumian dan ketika dia mati saya tak ada disampingnya..Jadi tak tahulah betul ke tidak penyakit2 yang dihadapinya itu..Saya pun lahir lebih lambat dari kematiannya..

Jadi,biarlah ianya menjadi sekadar renungan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 11:43 PM | Show all posts
kalau tak der mustafa ni turki mungkin bukan negara yang ramai penganut islam mcm hari ni (98% muslim).....lain kali jgn pandai copy paste je, belajar, kaji dulu sumber, kalau silap paste nanti jadi pitnah........


lagi 1 dia meninggal sebab penyakit siriosis  iaitu masa dia nak periksa ketumbukan perang dia jatuh kuda dan tulang rusuknya patah dan tertusuk paru2 dan paru2 tersebut kena jangkitan kuman....

wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 06:06 AM | Show all posts
cara orang Islam berdakwah zaman sekarang..

berdakwah cara kotor.
tak kisahlah cerita tu fitnah ka, tipu, dongeng ka..janji syiar islam tertegak katanya..ptui.

dah dasar Melayu pemalas, nak berdakwah pun ikut cara senang, buat cerita tipu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 09:08 AM | Show all posts
Dan satu lagi..kalau lah mmg MKA ni terseksa masa matinya sebab membuang syariat Islam....apa jadi dengan lain2 kepimpinan Turki Muda yang sama pandangan dengan dia? Ada cerita?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 09:44 AM | Show all posts
cara orang Islam berdakwah zaman sekarang..

berdakwah cara kotor.
tak kisahlah cerita tu fitnah  ...
amir1976 Post at 23-8-2011 06:06


dude.. bende2 mcm ni dah ditanam sejak zaman dulu.. cerita2 ni dah ade sejak tahun 1930'an lagi... pelopornye = pemimpin2 bekas uthmaniayh yg hilang kuasa.. dan di api2kan pulak dgn kafirun yg pernah kalah berperang dengannye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2011 09:52 AM | Show all posts
uolss jangan lah marah... aku dapat dari emel...
kalu salah uolss yang bijak pandai cuba betulkan bukan mencarik kesalahan orang lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2011 10:54 AM | Show all posts
dude.. bende2 mcm ni dah ditanam sejak zaman dulu.. cerita2 ni dah ade sejak tahun 1930'an lagi. ...
unekspekted_XII Post at 23-8-2011 09:44


zaman tok kaduk lagi rupanya...
Bukan apa, aku dah lama bosan dengan cerita-cerita dongeng ala islamik mcm ni. Sejak dari kecik dah disogok oleh media, masyarakat sekeliling.

Dari cerita mayat bertukar jadi beruk la, orang bertukar jadi anjing, termasuk la cerita merepek attaturk tu, kalau korek betul2, dah nampak sangat tak logik dia.

Bila persoalkan plak, datang la hujah semua ni kuasa Allah, etc. tolongla...jangan nak perbodohkan umat Islam dengan cara sebegitu rupa.

Satu benda yang positif aku nampak, makin ramai yang berani mencari kebenaran di sebalik cerita dongeng tu. Kalau dulu, melopong mulut kena kencing dengan pendakwah2 mi segera ni.

Matlamat tak menghalalkan cara beb!

Tak ramai yang sedar kejatuhan Uthmaniyah silap sendiri. Sultan2 gagal memodenkan rakyat dia. Empayar tu dulu antara yang terbesar, tapi towards the end, segala teknologi dia jauh ketinggalan zaman.

Sebab apa? sbb sultan lagi sanggup bayar gundik2 dalam istana, lagi sanggup guna duit untuk buat istana merepek.

Pastu bila dah tau lemah, terhegeh hegeh nak sokong Jerman. Bila jerman kalah, habis, lesap.

Bila kena jajah dengan kuasa Barat, Sultan, termasukla mufti-mufti unta tu pulak SANGGUP gadaikan Turki demi nak kekal kuasa. SANGGUP nak pecahkan turki kepada beberapa negeri kecik. Jual kedaulatan negara sendiri sebab nak kekal takhta.

Kamal Ataturk ni ialah jeneral turki yang lawan dalam perang dunia. Bila tau Sultan pun sanggup gadai negara sendiri, mau dia tak mengamuk? Sbb tu dia lancarkan pemberontakan dalam negara, dan akhirnya dia menang. Turki dapat balik maruah dia, kedaulatan dia terpelihara.

Sbb tu la Kamal Attaturk ni dijadikan hero Turki, tanpa dia, dah takdak Turki dalam peta!
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 04:44 AM | Show all posts
sebijik macam cara parti politik islam semalaysia berkempen
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 08:05 AM | Show all posts
ramai lagi yang tertipu.... kesian bbalik....p balik bagitau kawan2 pasal perkara yang sebenar...ehhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 09:52 AM | Show all posts
orang kita mmg syok cerita2 macam ni..terlopong mulut bila ostad2 cerita dalam ceramah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.089661 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list