Beli al-Quran hanya yang berpelekat hologram, dilulus KDN
BHarian
2011/08/23
PUTRAJAYA: Umat Islam dinasihatkan hanya membeli al-Quran yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu yang berpelekat hologram bagi memastikan tiada sebarang kesilapan.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN, Abd Aziz Md Nor, berkata konsep hologram pada al-Quran itu diperkenalkan sejak 1 Ogos lalu yang dilengkapi beberapa ciri keselamatan berteknologi tinggi termasuk nombor siri untuk rujukan.
"Semasa memilih al-Quran, bungkusannya cantik. Tetapi kita tidak tahu betul ke tidak betul. Jadi apabila dilulus KDN dan ada hologram, sah ia dilulus KDN. Jika ada masalah berbangkit, kita akan tengok nombor siri pada hologram.
"Banyak al-Quran di pasaran itu benar (sama ada yang diterbitkan di dalam atau luar negara), tetapi dipasarkan tanpa kebenaran KDN. Kita takut jadi isu lain pada masa akan datang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya semua teks al-Quran yang ingin dicetak, diterbit dan dijual perlu mendapat Perakuan Betul Pruf Akhir Teks Al-Quran dari Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran KDN terlebih dahulu.
Sehubungan itu, beliau berkata pengedar dan pengeluar al-Quran diberi masa sehingga Oktober ini untuk menyertakan pelekat hologram pada Al-Quran yang ingin dijual.
Sehingga kini Abd Aziz berkata, sambutan agak menggalakkan dengan lebih 30,000 pelekat hologram terjual.
Katanya, mereka juga boleh mendapatkan pelekat itu di ibu pejabat Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran di Putrajaya atau melalui negeri-negeri, kata beliau. - BERNAMA
* ingat kawan-kawan, KDN pesan hanya beli Quran yang ada pelekat hologram KDN
ye lah. dah jenuh seantero malaya dikhabarkan yg allah akan memlihara quran sehingga kiamat. sampaikan wujud cerita2 kununnya ayat2 tertnetu hilang dan diangkat kelangit.
tapi awat sampai nak kena letak hologram pulak???
cakap pasal quran ni aku ada satu citer...last 2 semester aku ada amik subjek science of quran kt uni...lepas tu lecturer aku cakap kat dunia ni hanya quran dengan rasm usmani (lupi eja cemana) je yang boleh diguna pakai lepas beberapa kali melalui proses compilation pada zaman nabi dulu...lepas tu aku baca lah kat notice board uni aku ada orang bagi quran secara free..boleh amik kt area sekian2 dalam uni aku tu lepas tu dia cakap quran tu hanya untuk student yang bukan malaysia sahaja...(pelajar semua islam) quran tu hanya nak sedekah tuk student yang bukan malaysian sahaja...lepas tu dia cakap quran tu tak ikut rasm usmani...aku pon tanya lecturer aku..so quran yang dorang nak bagi tu yang macamana punya pulak sebab setau aku n lecturer aku quran yang kita guna kat dunia ni same sahaja...lecturer aku pon cakap dia pun pelik dan nak tengok jugak quran tu...so dia ckp tak pe lah nanti dia cuba dapatkan dari student yang ada amik quran tu...lepas tu aku pon final pastu lupa dah nak tnya...skang baru ingat balik...sape2 ada tau info apa2 boleh gtaw..or share...sebab mushkil...
Aku dok tercari cari Al-Quran yg guna tulisan lama. org panggil quran mushaf lama. sapa ada ?
winamp05 Post at 23-8-2011 18:09
aku simpan lagi yg tulisan zaman dulu tu. pada aku lagi senang nak baca, ye lah dah terbiasa dari kecik pakai yg tu. kalau aku terkonpius baca mana2 part kalau baca yg rasm usmani, aku refer kat yg lama nak tau macamana nak baca dia.
kalau nak cari aku rasa boleh dapat kat kedai2 india kot pasal kat india masih pakai yg tu lagi. tapi a few years back aku cari pun masih ada jual lagi (bukan kat kedai org india pun).
errrr.....ada makhluk-makhluk BENGAP yg tak tahu polisi dan perlaksanaan dasar KDN ni adalah ditakdirkan oleh Allah SWT juga kah? Ohhh, pencacai pencacai lemah IQ UMNO rupanya.....memang patut la tak tahu pprprprprprprprpprfftttttttttt