|
Pertumbuhan disumbang permintaan internetPENDAPATAN Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi tempoh separuh tahun berakhir 30 Jun 2011 meningkat 2.5 peratus kepada RM4.381 bilion daripada RM4.275 bilion tempoh sama tahun sebelumnya.\rPengerusinya, Datuk Dr Halim Shafie, berkata ia disokong pertumbuhan berterusan permintaan internet dan data yang masing-masing meningkat 16.9 peratus dan 6.9 peratus.\r\n\n\n\n\r “Pendapatan segmen data meningkat 6.9 peratus kepada RM879.6 juta berbanding RM822.6 juta sebahagian besarnya disumbang oleh perkhidmatan Rangkaian Maya Persendirian Protokol Internet (IPVPN) lebih tinggi.\r\r\n\n\n\n\n “Pendapatan Internet bagi tempoh itu pula bertambah 16.9 peratus kepada RM941.3 juta daripada RM805.1 juta berikutan pertumbuhan positif pada jumlah pelanggan jalur lebar,” katanya pada taklimat media mengumumkan prestasi setengah tahun TM di Kuala Lumpur, semalam.\rHalim berkata, di sebalik peningkatan dalam pendapatan itu, keuntungan bersih setengah tahun syarikat telekomunikasi itu bagaimanapun susut 20.9 peratus kepada RM290.544 juta daripada RM367.327 juta disebabkan kos operasi lebih tinggi.\rSementara itu, Ketua Eksekutif TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, berdasarkan prestasi sukuan, TM mencatat peningkatan keuntungan bersih 2.3 peratus kepada RM127.239 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2011 berbanding RM124.384 juta suku sama tahun sebelumnya.\rIa diraih daripada pendapatan yang meningkat 3.8 peratus kepada RM2.233 bilion daripada RM2.150 bilion.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, hasil segmen data pada suku dikaji meningkat 7.1 peratus kepada RM455.0 juta berbanding RM424.9 juta suku sama tahun sebelumnya berikutan permintaan perkhidmatan jalur lebar yang lebih tinggi.\r“TM terus kekal peneraju jalur lebar negara melihat kepada pertambahan berterusan jumlah pelanggan Streamyx dan UniFi.\r“Kami terus mencatat pertumbuhan dalam segmen jalur lebar, dengan jumlah pelanggan Streamyx meningkat 11.7 peratus kepada 1.721 juta daripada 1.541 juta berikutan portfolio produk optimum dan strategi yang diperkemaskan,” katanya.\rPermintaan kukuh ke atas UniFi pula, katanya adalah melebihi jangkaan apabila jumlah pelanggan meningkat kepada 109,019 pada suku dikaji daripada 63,541 suku sebelumnya, disokong 904,000 premis sedia dipasang meliputi 68 kawasan ibu sawat.\rSetakat hari ini, katanya TM sudah memasang UniFi untuk 144,000 pelanggan dengan disokong lebih 973,000 premis sedia dipasang meliputi 76 kawasan ibu sawat, menawarkan 46 saluran IPTV.\r“TM berada di landasan kukuh bagi meluaskan lagi perkhidmatan UniFi kepada 78 kawasan ibu sawat meliputi 1.1 juta premis sedia dipasang menjelang akhir 2011 dan 1.3 juta premis sedia dipasang menjelang akhir 2012,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|