CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 0

Eksport kita catat pertumbuhan

[Copy link]
Post time 25-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Hubungan dagangan  negara lain imbangi kemelesetan ekonomi AS, EropahEKSPORT negara dalam tempoh enam bulan kedua tahun ini dijangka terus mencatatkan pertumbuhan tetapi dengan kadar agak perlahan, kata Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang baru, Dr Wong Lai Sum.\rBeliau berkata, walaupun ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan Eropah terjejas dengan masalah hutang, Malaysia tidak begitu terjejas kerana dagangan negara tidak begitu bergantung kepada kedua-dua rantau berkenaan.\r\n\n\n\n\r  Katanya, Malaysia bertuah kerana menjalinkan hubungan dagangan dengan negara lain yang dapat mengimbangi kesan dihadapi di dua rantau terbabit.\r\r\n\n\n\n\n  “Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, eksport Malaysia ke Jepun meningkat 17.5 peratus terutama disumbangkan oleh pertambahan eksport produk hijau dan jimat tenaga.\r“Selain itu, kami juga menjalankan strategi dengan memberi penekanan ke atas pasaran yang pesat berkembang seperti China, India, Korea Selatan, Taiwan dan negara Timur Tengah,” katanya dalam sidang media pertama di pejabatnya di Kuala Lumpur, semalam.\rWong mengambil alih jawatan berkenaan bermula Sabtu lalu untuk menggantikan Datuk Noharuddin Nordin yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).\rBeliau berkata, keutamaannya kini ialah untuk memastikan pertumbuhan eksport negara serta mencapai sasaran  ditetapkan kerajaan.\r\n\n\n\n\r“MATRADE cuba merealisasikan sasaran pertumbuhan eksport sebanyak 10.6 peratus setiap tahun dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).\r“Kami akan berusaha mencapai sasaran itu. Pertumbuhan memang ada namun kemungkinan angka tidak tinggi seperti yang dijangkakan,” katanya.\rMengenai keutamaan jangka panjangnya, Wong berkata, antaranya ialah mengenal pasti kaedah dan peluang eksport.\r“Sebagai contoh, pengeksport sebelum ini tidak pernah memikirkan untuk mengeksport melalui Miami dengan hanya memberikan tumpuan ke atas New York dan Washington.\r“Walhal terdapat ramai pembeli antarabangsa di Miami yang kini menjadi pusat entreport untuk menembusi pasaran negara Amerika Latin dan Caribbean.\r“Jumlah eksport Malaysia ke Miami untuk tempoh separuh pertama tahun ini menunjukkan peningkatan lebih 50 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya.\rSelain itu,  Wong berkata, syarikat Malaysia kini mengenal pasti untuk menjalinkan hubungan dagang dengan negara Afrika seperti Afrika Selatan, Ghana, Algeria, Mesir dan Uganda.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.046851 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list