CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

Naik tarif elektrik jejas daya saing

[Copy link]
Post time 26-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Alcom minta  kerajaan  kaji keputusan tingkat harga elak beban  pengeluar\rALUMINIUM Company of Malaysia Bhd (Alcom) bimbang kemungkinan kenaikan tarif elektrik pada masa depan  menjejaskan daya saing syarikat itu pada peringkat antarabangsa.\r\n\n\n\n\r  Pengerusinya, Tunku Tan Sri Imran  Tuanku Ja\'afar, berkata kerajaan  perlu mengkaji dengan teliti sebelum membuat keputusan  menaikkan tarif elektrik khususnya kepada pengeluar, memandangkan Malaysia mempunyai tarif elektrik tertinggi di kalangan ekonomi Asia.\r\r\n\n\n\n\n  Kerajaan menaikkan tarif elektrik pada Jun tahun ini dan dijadual mengumumkan satu lagi kenaikan pada Disember.\r“Tenaga elektrik amat penting kerana jika terdapat  kenaikan dalam tarif elektrik, ia boleh menjejaskan daya saing antarabangsa dan tarif kita  sedia tinggi berbanding Thailand, Indonesia, Korea dan Jepun,” katanya  selepas mesyuarat agung tahunan Alcom di Kuala Lumpur, semalam.\rTunku Imran berkata, kenaikan ketara tarif bahan bakar, khususnya tenaga elektrik dan gas asli, akan memberikan kesan besar ke atas kos, memandangkan Alcom banyak menggunakan tenaga dalam operasinya.\r“Tenaga menjadi kebimbangan utama kami kerana melakukan banyak aktiviti peleburan. Sekitar 20 peratus daripada kos kumpulan adalah daripada tenaga dan ia mempunyai kesan ketara kepada kami,” tambahnya.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Pengarah Urusan Sachin Satpute, berkata syarikat tidak membantah pemberian subsidi tetapi bimbang dengan kerancakan daya saing sekitar pasaran. \r“Kita cuba menyalurkan kos tetapi pasaran sensitif kepada  kenaikan harga dan sebab itulah, kita tidak boleh berdaya saing  dalam pasaran,” katanya. – BERNAMA

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.053362 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list