CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 205|Reply: 0

SPG bantu biaya tambahan

[Copy link]
Post time 29-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MARA  lancar skim   usahawan Bumiputera  tanpa perlu selesai hutangMARA melancarkan skim pembiayaan terbarunya, Skim Pembiayaan Groom Big (SPG), bagi membantu usahawan Bumiputera mendapat kemudahan pembiayaan tambahan tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya pembiayaan sedia ada.\n\n\n\n    Skim yang diperkenalkan mulai bulan lalu itu membolehkan peminjam memiliki dua akaun dengan jumlah pembiayaan terkumpul tidak melebihi RM1 juta dengan setiap akaun tidak boleh melebihi RM500,000.\n\n\n\n\n\n  Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Mohd Rosdi Ismail, berkata sebelum adanya SPG, peminjam yang mendapat kemudahan pembiayaan MARA perlu menyelesaikan pembiayaan terdahulu sebelum boleh mendapatkan tambahan modal melalui pembiayaan baru.Beliau berkata, bagaimanapun, kegagalan menyelesaikan sepenuhnya pembiayaan sedia ada menyebabkan usahawan berkenaan akan beralih untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan tetapi berdepan masalah dan gagal memenuhi syarat asas institusi berkenaan.“Bagi mengatasi masalah itu, MARA memperkenalkan SPG iaitu satu skim kemudahan insentif kepada usahawan berdaya maju, bersikap positif, berdaya saing, berdisiplin tinggi dan berintegriti yang mana rekod pembiayaan terdahulu mereka tidak tertunggak dengan projek dilaksanakan menunjukkan perkembangan dan peningkatan.“Dengan SPG, usahawan boleh mendapatkan pembiayaan tambahan bagi membesarkan perniagaan, membuka cawangan baru atau mempelbagaikan aktiviti perniagaan,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\n\n\n\nMohd Rosdi berkata, MARA yakin pelancaran SPG juga mampu menggalakkan usahawan yang mendapat pembiayaan MARA menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pembayar yang baik.“Jika mereka mempunyai rekod yang baik, peluang mereka untuk mendapat pembiayaan tambahan tanpa perlu menyelesaikan pembiayaan terdahulu adalah lebih cerah selain hanya dikenakan kadar keuntungan kompetitif dan lebih rendah daripada pasaran,” katanya.Beliau berkata, dengan penawaran skim terbaru yang juga penambahbaikan kepada skim sedia ada, produk pembiayaan MARA akan sentiasa relevan dan setanding dengan produk lain di pasaran.“Selain itu, kami yakin objektif MARA melahirkan usahawan berpendapatan tinggi akan tercapai dan seterusnya membantu kerajaan mencapai objektif Model Ekonomi Baru, seterusnya penguasaan ekonomi Bumiputera dicapai,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.134819 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list