View: 135|Reply: 0
|
MSC Malaysia terima RM1.5b dana asing
[Copy link]
|
|
Firma multinasional minat melabur bidang SSOINISIATIF Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) berada pada landasan kukuh untuk menerima pelaburan asing bernilai RM1.5 bilion lagi tahun ini susulan minat tinggi ditunjukkan beberapa firma multinasional untuk melabur di sana, khususnya dalam bidang perkongsian perkhidmatan dan penyumberan luar (SSO).\n\n\n\n MSC Malaysia, yang kini berada pada tahun pertama fasa ketiganya menarik pelaburan bernilai RM27.8 bilion sepanjang fasa kedua, dengan mewujudkan 83,841 pekerjaan bernilai tinggi dengan purata gaji RM4,542 sebulan.\n\n\n\n\n\n Ketua Eksekutif Multimedia Development Corporation (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali, berkata tumpuan selepas ini akan diberikan kepada mutu pelaburan yang diterima oleh inisiatif itu serta keupayaannya meningkatkan rantaian nilai khususnya dari segi jenis pekerjaan yang akan diwujudkan.“Selera masyarakat pelabur asing (kepada MSC Malaysia) masih tinggi. Kami akan memberi tumpuan kepada pelaburan bermutu dengan membuat penilaian lebih menyeluruh terhadap cadangan pelaburan yang diterima,” katanya ketika ditemui di Cyberjaya, baru-baru ini.Terbaru, MSC Malaysia menerima pelaburan daripada firma minyak dan gas, Shell Malaysia yang membuka Pusat Perkhidmatan Perniagaannya di Cyberjaya.Badlisham berkata, MDeC akan memberi keutamaan kepada cadangan pelaburan yang membawa inisiatif MSC Malaysia ke tahap lebih tinggi, bertepatan sasaran menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.\n\n\n\n“Paling utama ialah kami mahu melihat jenis pekerjaan yang dapat diwujudkan dengan pelaburan berkenaan. Petunjuk utamanya sudah pasti dari segi gaji yang ditawarkan kerana kita tidak mahu lagi melihat adanya kemasukan besar jumlah pekerjaan bernilai rendah dalam MSC Malaysia,” katanya.Beliau menambah, MDeC juga mahu melihat kemasukan lebih banyak sektor baru ke dalam inisiatif berkenaan, sejajar perkembangan globalisasi yang berlaku di seluruh dunia kini.Daripada pelaburan bernilai RM27.8 bilion yang diterima MSC Malaysia sepanjang fasa kedua lalu, 60 peratus datang menerusi pelaburan syarikat asing.Skop pelaburan berkenaan adalah lebih luas daripada hanya sekadar sektor teknologi maklumat, yang mana sub sektor baru diwujudkan dalam inisiatif itu menyumbang 31 peratus kepada pendapatannya sepanjang fasa kedua.Sementara itu, 668 usahawan teknologi berjaya dilahirkan MSC Malaysia sepanjang fasa kedua pelaksanaannya serta mewujudkan 1,670 pekerjaan tambahan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|