CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arrnita

ORKED HARLINA - [U]

[Copy link]
 Author| Post time 3-9-2011 08:50 PM | Show all posts
salam jaza...

hehe tak kisah..bubulah apa pun..haha lgpun kita tak reti tulis novel 18sx..haha..tp kut2 ter'jadi' jugak..haha nnti kita mention jaza..hehe (mcm pasang niat aje..astaghfirullahalazim)..
SALAM AIDILFITRI juga untuk Jaza..muahh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2011 11:24 AM | Show all posts
Sambungla lagi...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2011 05:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by arrnita at 4-9-2011 17:26

KETIKA mereka menjejakkan kaki di Zouk, bunyi muzik yang membingitkan sudah mencelah masuk ke dalam cuping telinga Idlan. Dahinya berkerut-kerut kerana tidak biasa dengan bunyi kuat seumpama itu. Dia mengerling ke arah Orked yang nampak biasa-biasa sahaja. Langsung tidak merasa terganggu dengan irama disco yang rancak dan bergema. Dari tempatnya berdiri, dia melihat ramai anak-anak muda pelbagai bangsa yang sedang rancak menari mengikut irama soul dan funk yang sedang dimainkan oleh disc jockey (DJ) yang bertugas.
Menyedari Orked mahu menuju ke suatu arah, Idlan cepat-cepat menghalang anak gadis itu.
“Nak ke mana ni?” Tanya Idlan ingin tahu.
Orked mengeluh panjang. “Aku nak ke toilet, tukar pakaian. Kenapa? Nak ikut?” Balas Orked bosan.
“Apa yang tak kena dengan pakaian tu?” Soal Idlan lagi.
Orked ketawa besar mendengarnya. Takkan nak menari nak pakai blouse dengan jeans ni? Biar betul dia ni! Namun dia malas mahu memberi alasan pada lelaki itu. Sebaiknya dia terus beredar ke arah rest room di suatu arah. Hendak tak hendak Idlan terpaksa mengikut. Dia tidak mahu Orked hilang dari pandangannya walaupun sesaat. Tempat seperti ini, jika dia cuai sedikit, apa-apapun boleh berlaku.
Sepuluh minit kemudian, gadis itu keluar dari rest room. Idlan berpaling. Namun melihat anak gadis itu, wajah Idlan mulai berubah. Dengan solekan yang agak tebal dan dress yang menjolok mata. Orked tidak ubah seperti gadis-gadis kelab malam yang lain. Mengucap panjang dia melihat penampilan gadis itu kini.
“Kenapa Orked pakai macam ni? Tukar sekarang! Abang tak suka tengok Orked macam ni.” Suruh Idlan dengan nafas tertahan. Hampir semput nafasnya melihat mini skirt anak gadis itu yang hanya beberapa inci dari kepala lutut.
“Kenapa? Kalau tak suka janganlah tengok.” Balas Orked acuh tak acuh. Macamlah dia ambil peduli apa yang Idlan fikirkan.
“Pakaian macam ni mengundang maksiat. Menjatuhkan maruah Orked sebagai seorang gadis.” Hujah Idlan.
“Maksiat? Maruah? Habis? Hebat sangatkah maruah kau sampai kau sanggup ikut aku masuk Zouk?” Sindir Orked enggan mengalah. Dengan wajah mencuka, dia berlalu pergi meninggalkan Idlan yang terdiam sejenak.
Idlan sekadar menatap pemergian Orked dengan wajah berkerut. Sungguh dia tidak pernah terfikir sampai begini sekali kedegilan anak ayah tirinya itu. Perlu ada cara tertentu untuk memujuk anak gadis itu. Tapi apa yang harus dilakukannya?
Dia segera beredar ke ruang utama untuk mencari Orked. Namun tidak sukar untuk mencari anak gadis itu, kerana Orked sedang bercakap-cakap dengan beberapa orang lelaki. Idlan sekadar memerhatikan dari tepi gerak-geri Orked yang sedang ketawa besar seolah-olah ada yang melucukannya.
“Siapa tu Orked?” Soal Jay yang sedang bercakap-cakap dengan gadis itu.
Orked tidak berpaling. Dia tahu siapa yang lelaki itu maksudkan.
“Entahlah. Dari tadi dia asyik ikut aku ke sana ke mari.” Jawab Orked tersenyum. Mata Jay dan Irman terus melorot ke arah lelaki yang sedang asyik memerhatikan ke arah Orked.
“Lain macam saja cara dia tengok kau. Kau nak kami belasah dia?” Irman menawarkan bantuan.
“Eh tak payahlah. Buat apa? Buang masa saja layan dia tu. Kalau dia nak tengok aku pun, biarlah dia tengok puas-puas. Asalkan dia tengok dari jauh cukuplah.” Ujar Orked ketawa kecil.
“Oh ya, kami ada barang baik punya. Kau nak rasa sikit?” Soal Jay.
Dahi Orked berkerut. “Barang baik? Apa tu?”
Jay segera menyeluk sakunya lalu mengeluarkan beberapa biji pil. Ada di antaranya yang berwarna pink dan ada juga yang berwarna coklat.
“Kau biar betul. Ini ecstasy ya?” Duga Orked seperti boleh mengagak.
“Pandai pun kau.” Jay ketawa kecil. Begitu juga dengan Irman. Hanya Orked yang tidak ketawa.
“Aku tak suka benda-benda macam ni. Kau kan tahu itu semua.”
“Janganlah macam tu Orked. Kau kata kau datang sini nak berseronok. Kalau kau nak upgrade kan keseronokan kau tu, inilah bendanya yang boleh buat kau ‘high’.” Provok Irman.
“Aku kata aku tak suka, aku tak sukalah.” Tekan Orked mulai berang.
“Okey-okey, kalau kau tak hendak tak apa. Kami tak paksa. Jom kita menari dulu. Bagi sejuk baran kau tu.” Pujuk Jay. Orked segera mengangguk. Sebelum beredar, Jay sempat mengenyitkan matanya ke arah Irman. Memahami maksud isyarat lelaki itu, Irman hanya mengangguk lalu tersenyum penuh makna.
Melihat Orked beredar ke lantai tari bersama lelaki berambut punk berwarna perang itu, Idlan mulai tidak senang duduk. Tubuh Orked meliuk-liuk mengikut irama disco yang sedang dimainkan oleh DJ. Adakala dilihatnya tangan Jay memegang pinggang Orked. Mulanya dibiarkannya sahaja tapi apabila melihat tangan anak muda itu sesekali sampai ke bahagian pinggul anak gadis itu, Idlan semakin tidak senang duduk. Berbulu matanya melihat adegan kedua anak muda itu.
Orked yang sedang rancak menari sesekali merasai jari-jari Jay menyentuh punggungnya. Dia cuba menepis, tapi anak muda itu begitu nakal dan sering mengulang perbuatannya.
“Jay, janganlah.” Pinta Orked.
“Jangan apa?”
“Jangan menggatal okey.”
Jay ketawa kecil mendengarnya. Namun larangan Orked dianggapnya tidak serius, lantaran anak gadis itu masih sudi menari bersamanya. Belum sempat dia mahu meraba-raba Orked lagi, tiba-tiba kedua bahunya dicekak dari arah belakang. Dia berpaling. Wajah lelaki yang asyik memandang Orked tadi sudah berada di hadapannya. Tanpa sebarang amaran, tubuhnya ditolak menjauhi Orked.
Orked terpanar. Melihat Idlan sedang merenungnya satu macam, dia merasa kurang senang. Dia menoleh sebentar ke arah Jay yang memandang ke arah Idlan dengan wajah tidak puas hati.
“Kau ni kenapa sebenarnya?” Rungut Orked bengang.
“Kita balik aje.” Putus Idlan.
“Tak mahu, aku masih nak menari kat sini. Kalau kau nak balik, kau baliklah seorang.” Orked tetap berdegil.
“Kalau macam tu, biar abang yang menari dengan Orked.” Ujar Idlan.
Mata Orked membuntang ke arah lelaki itu. Dia memang benar-benar tak faham dengan sikap Idlan terhadapnya. Apa sebenarnya yang dimahukan lelaki itu terhadapnya?
“Aku tak nak menari dengan kau. Faham tak?”
“Habis? Orked lebih rela menari dengan lelaki macam tu? Raba tubuh badan Orked sana sini?” Jerkah Idlan tiba-tiba. Wajah lelaki itu nampak merah padam.
Orked terpisat-pisat memandang ke arah Idlan. Panas telinganya mendengar kata-kata lelaki itu.
“Aku tak kisah pun, yang kau sibukkan kenapa? Tubuh aku, suka hati akulah.” Jawab Orked lantang.
Idlan tersentak. Jawapan Orked benar-benar kurang ajar kedengaran. Namun dia masih cuba bersabar menghadapi kerenah gadis itu. Melihat gadis itu mahu beredar, dia segera menangkap pergelangan tangan Orked.
“Sekarang abang nak tanya, Orked jawab betul-betul dengan abang. Apa Orked masih suci?” Soal Idlan seraya merenung ke setiap pelusuk wajah gadis itu.
Orked terpanar. Pertanyaan Idlan benar-benar tak disangkakan. Apa hak lelaki itu bertanya begitu padanya. Soal kesuciannya adalah soal peribadinya. Tak ada kena mengena dengan lelaki itu.
“Orked benarkan sesiapa sahaja sentuh Orked, jadi tak salah kalau abang tanya apakah Orked masih suci atau tidak.” Tekan Idlan dengan wajah serius.
Telinga Orked berpijar. Dia cuba meleraikan pegangan tangan Idlan, namun pautan tangan lelaki itu begitu kuat mencengkam pergelangan tangannya.
“Kau tak ada hak.” Bibirnya diketap rapat. Hatinya bergetar cuba menahan marah yang membakar dirinya saat ini. Pertanyaan Idlan itu dirasakan satu penghinaan buatnya.
Idlan tiba-tiba merapatinya lalu memegang kedua-dua bahunya. Orked terkejut besar. Dia cuba menjarakkan diri, namun lelaki itu lebih pantas memeluknya. Buat seketika, Orked merasa seperti jarum jam sedang berhenti berputar. Bunyi muzik yang membingitkan di Zouk itu kini sepi.
“Orked kata Orked tak kisah sesiapa sahaja sentuh Orked. Bagaimana sekarang? Orked suka bila abang sentuh Orked? Orked tak kisah?” Bisik Idlan di telinganya. Lembut dan perlahan.
Orked hanya diam. Pelupuk matanya tanpa disedari bergenang. Kata-kata Idlan seperti pisau belati yang sedang menghiris hatinya. Sedang cuba menyeksanya! Dia segera menolak tubuh Idlan menjauhinya. Renungannya tajam menikam wajah Idlan yang sedang memandangnya.

“Jahat!” Hanya sepatah perkataan itu yang terkeluar dari bibir Orked.
Idlan menarik nafas panjang. Dia tahu Orked tidak suka dengan perlakuannya. Mata anak gadis itu menjadi buktinya. Pinggir mata yang basah itu entah kenapa indah di matanya. Dia tahu dia tidak silap perkiraan. Orked masih gadis yang suci. Naluri kelakiannya memberitahu, bahawa anak gadis itu hanya berpura-pura dengannya. Gadis itu hanya mahu memprovok kemarahannya. Gadis yang menggeletar dalam pelukannya selama beberapa saat, tak mungkin akan begitu senang menyerahkan kesuciannya kepada sebarang lelaki. Orked hanya kelihatan liar di permukaan, tapi dia dapat merasakan ada kelembutan pada anak gadis itu. Kalaulah dia boleh mendalami apa yang berada di pelusuk hati anak gadis itu. Kalaulah mungkin!
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 09:35 AM | Show all posts
next
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 10:54 AM | Show all posts
best nye nita wlwpun idea spontan ye ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 02:23 PM | Show all posts
dah tertunggu2 si nita ni dari pagi... bila nak muncul...sambung ler lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2011 02:27 PM | Show all posts
bukan novel baru mijot, sekadar tulisan bodoh-bodoh sahaja. Bosan punya fsl sehari dua ni, k nita si ...
arrnita Post at 2-9-2011 16:30

adoiyai...ini tak bodohlah namanya, berasap aku baca, macam tgh baca novel kat tangan aja bestnya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 03:07 PM | Show all posts
Best citer ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2011 04:33 PM | Show all posts
nita nak lagi n3...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 04:35 PM | Show all posts
minta2 esok ada n3............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2011 08:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by arrnita at 5-9-2011 20:51

KETIKA keretanya menghampiri sebuah rumah dua tingkat agak jauh di kawasan pinggir bandar, Idlan segera memberhentikan enjin kenderaanya. Dia berpaling ke arah Orked. Tapi melihat gadis itu sudah tertidur, dia hanya mampu menarik nafas panjang.
Matanya berpaling ke arah jarum jam digital di dalam keretanya. Patutlah! Dah hampir pukul 3 pagi. Tak sangka sudah berjam-jam dia memandu ke tempat itu.
        Hasrat hati mahu mengejutkan Orked tak kesampaian apabila dilihatnya gadis itu begitu lena. Sesekali hela nafas Orked menjamah gegendang telinganya. Gadis itu mengerengkot sedikit seperti sedang cuba menahan kedinginan dari penghawa dingin keretanya yang sudah ditutup. Mahu tak mahu Idlan meraba-raba sesuatu dari belakang tempat duduk. Mujurlah ada sehelai selimut di dalam keretanya. Selimut itu ditebar dan digunakan buat menutup tubuh Orked yang kedinginan.
        Sesudah itu dia menganjak tempat duduknya ke belakang sedikit. Memberi ruang untuknya berehat. Kepenatan yang dirasainya saat ini membuatkan dia ingin segera tidur.
        Kelopak matanya beralih ke arah Orked. Anak gadis itu seperti tidak kisah tidur begini. Sedikit pun wajah itu tidak menyeringai lenguh atau berusaha membetulkan posisinya. Wajah itu tampak tenang kini, bukan seperti mula-mula dia melihat gadis itu di balai polis. Wajah Orked Halina ketika itu kelihatan angkuh dan sombong. Sedangkan wajah yang ini pula kelihatan begitu polos dan comel.
        Sejak dia di luar negara, ibunya sering bercerita tentang Orked. Tapi biasanya dia hanya mendengar cerita-cerita tentang Orked yang tidak enak didengar. Contohnya tentang kelakuan liar gadis itu yang sukar dikawal sesiapa. Pernah dia meminta ibunya menghantar sekeping gambar Orked tetapi wanita itu hanya ketawa mendengarnya. Sangka ibunya, dia hanya bersenda.
        Memang dia tidak pernah melihat gadis itu sejak ibunya berkahwin lain. Mulanya dia ragu-ragu dengan keputusan ibunya mahu mengahwini duda beranak satu seperti Hamdan. Tapi mengenangkan kebahagiaan wanita itu, dia merelakan perkahwinan itu meskipun jauh di London. Dia tidak sempat pulang untuk meraikan perkahwinan ibunya kerana menduduki peperiksaan akhir. Tapi ibunya dan ayah tirinya Hamdan pernah mengunjunginya di London.
        Sudah beberapa hari dia pulang ke Malaysia. Tak disangka-sangka, pertemuan pertamanya dengan Orked berlaku di balai polis. Ketika itu dia yang menawarkan diri untuk menjamin gadis itu.
        “Tempat yang romantik!” Bisik Idlan bersama tawa kecilnya.
        Suaranya seakan menganggu ketenangan yang bermain di wajah Orked. Gadis itu membalikkan wajah. Idlan terus diam. Dia tidak ingin mengejutkan gadis itu lagi. Biarlah Orked tidur dengan tenang!
        Idlan meletakkan tangannya ke atas dahi. Matanya cuba dipejamkan. Tapi entah kenapa otaknya yang mahukan dia tidur dan matanya seakan tidak seiring. Peristiwa di Zouk awal malam tadi kini terhimbau-himbau dalam fikirannya.
        Dia sebenarnya tidak pernah merancang apa-apa. Segala tindakannya drastik dan dilakukannya tanpa berfikir panjang. Mujurlah Orked tidak melarikan diri dan menganggap dia lelaki miang. Jika tidak, entah apa patut dijawabnya pada ayah tirinya.
        Melihat gadis itu keluar dari Zouk dengan wajah muram, dia segera mengekori anak gadis itu. Anak-anak muda yang ditemuinya bersama Orked sebelumnya sesekali menjeling tajam ke arahnya, seolah-olah dia penjenayah yang mahu membawa lari anak gadis itu. Memang dia mahu melarikan Orked malam ini. Dia sudah nekad setelah berfikir panjang. Orked akan dilarikan dari tempat penuh maksiat itu. Orked akan dilarikan dari kehidupannya yang sekarang.
        “Orked tak mahu tanya abang kita nak ke mana?” Dia menjeling anak gadis yang tidak mahu bercakap dengannya sepanjang perjalanan.
        Orked terus membisu.
        “Orked tak takut abang larikan Orked?” Dia cuba berseloroh. Sengaja mahu memprovok gadis itu membuka mulutnya. Kali ini pandangan tajam gadis itu sudah melata ke wajahnya. Dia tersenyum. Riang kerana kehendaknya tertunai. Sekurang-kurangnya dia tahu Orked masih tidak apa-apa setelah menghadiahkannya sekelumit renungan yang paling tajam pernah dilihatnya.
        “Mana-mana pun tak apa, asalkan bukan rumah.” Balas Orked tak disangka.
        Idlan terkedu. Bukan rumah? Kenapa? Apakah rumah itu neraka buat gadis itu? Kata-kata aneh Orked mempunyai seribu persoalan yang tidak terjawab di fikirannya.
“Umi…Umi..” bisikan itu perlahan kedengaran namun sampai jua ke telinganya. Suara rengekan gadis itu membuatkan khayalan singkatnya segera menghilang bagai debu. Dia meluruskan tubuhnya lalu memandang wajah Orked yang berkerut-kerut. Gerak-geri Orked seperti orang mengigau. Siapa umi yang meniti dari bibir itu? Ibunya? Idlan tertanya-tanya dalam hati.
        Dia ingin membetulkan selimut di tubuh Orked yang hampir melorot. Tapi tindakannya tiba-tiba terhenti sebaik terpandang sesuatu. Setitis airmata gugur di pelupuk mata Orked yang terpejam rapat. Idlan terkesima. Dia tidak jadi membetulkan selimut itu. Sebaliknya dia melarikan anak matanya. Enggan menatap airmata di wajah gadis itu kerana dengan tiba-tiba sahaja airmata itu mengingatkan dia pada Nadya. Gadis yang terpaksa ditinggalkannya tanpa kerelaannya!
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 11:58 AM | Show all posts
menunggu2 sambungan cerita nita
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 04:06 PM | Show all posts
best citer nie...

sambung ag pls....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 04:37 PM | Show all posts
YAY...YAY....CITE BARU....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2011 05:04 PM | Show all posts
cerita ni spontan je..klu tak update tu mksudnya tak smpt nk tulis lagi..tp insya allah akan diupdate sentiasa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2011 05:36 PM | Show all posts
Panas yang membahang di wajahnya membuatkan dia membuka kelopak matanya. Cahaya matahari yang mencelah masuk dari arah hadapan menganggu penglihatannya. Dia segera melarikan wajahnya dari terus diganggu sinar matahari itu. Tapi sebaik melihat kelibat seseorang sedang tidur di sebelahnya, serta-merta dia kaget. Terpaku! Tangannya diangkat tinggi mahu memukul lelaki di sampingnya.
        Tapi sejurus kemudian, dia menjatuhkan tangannya. Wajah lelaki itu direnung lama. Baru dia teringat siapa lelaki itu. Idlan! Riyaz Idlan! Dia menyebut nama itu berulangkali seraya merenung wajah lelaki itu lebih dekat. Hmm..boleh tahan juga dia ni! Bisik hati kecil Orked. Padanlah Mira boleh angau dalam tempoh beberapa jam sahaja!
        Tiba-tiba Idlan membuka matanya seraya menguap. Orked cepat-cepat membalikkan tubuhnya. Pura-pura tertidur. Tapi dia dapat mendengar keluhan lelaki itu meniti dari bibir. Dalam keadaan mata masih terpejam rapat, Orked dapat merasakan seseorang sedang membuka pintu kereta di sebelah tempat duduknya. Sejurus sepasang tangan kekar tiba-tiba menjamah pinggangnya. Orked sudah tidak mampu berpura-pura lagi. Dia membuka mata serentak menjerit nyaring! Tangannya sudah kucar kacir memukul sana sini.
        “Orked, ini abanglah. Aduh!” Suara Idlan kedengaran.
        Orked berpaling. Melihat wajah Idlan yang merah padam, dia segera menutup mulutnya. Alamak! Wajahnya pucat memandang ke arah Idlan yang asyik mengosok-gosok dadanya.
        “Kuatnya Orked pukul. Kalau macam ni, CM Punk dengan The Ogre pun boleh kalah.” Sahut Idlan dengan wajah berkerut. Aduh! Senak dadanya kena tumbukan gadis itu.
        “Siapa suruh kau ambil kesempatan?” Orked pura-pura membela diri.
        Idlan tercengang. Kata-kata Orked membuatkan dia separuh bingung. Tiba-tiba Idlan ketawa besar sampai senak perut. Terasa lucu dengan salah faham kali ini.
        “Maaf dik kalau abang spoil imaginasi Orked yang tinggi melangit tu. Tadi tu abang cuma nak tolong angkat masuk rumah aje. Takkan nak biarkan Orked tidur kat sini sampai tengahari nanti.” Ujar Idlan bersama sisa-sisa tawanya.
        Wajah Orked mula membiru mendengar penjelasan Idlan yang bersahaja. Malunya dia kerana diketawakan Idlan sampai begitu sekali. Dia mengigit bawah bibir kerana terasa benar bodohnya kelakuannya sebentar tadi.
        “Dah lah tu, jom kita keluar. Mujur Orked dah sedar, tak payahlah abang angkat lagi Orked masuk ke dalam.” Pelawa Idlan.
        Orked mengalihkan pandangan. Baru dia perasan di hadapannya kini terdapat sebuah rumah besar yang agak cantik dengan landskap taman dan air terjun di bahagian laman rumah. Rumah itu dibina dengan gabungan konsep moden dan tradisional. Cantik! Bisik hati kecil Orked tanpa disedari.
        “Kita kat mana ni?” Soal Orked. Menuntut penjelasan yang rasional dari Idlan. Matanya tak habis-habis menyorot suasana di sekeliling rumah itu yang kelihatan sepi.
        “Orked yang kata nak pergi jauh dari rumah kan? So abang bawa Orked ke sini. Betul-betul jauh dari rumah.” Bisik Idlan di tepi telingannya. Dia menelan liur. Entah kenapa kata-kata lelaki itu membuatkan dia gusar. Matanya memerhatikan ke arah Idlan yang kelihatan selamba. Dia cuba mencari segaris kejujuran di wajah lelaki itu. Mungkin lelaki itu adalah anak kepada ibu tirinya. Tapi siapa boleh menjamin lelaki itu bukan dari kategori psiko atau pembunuh bersiri contohnya!
        “Aku nak balik.” Tiba-tiba  sahaja dia menyebut begitu.
        Idlan ketawa kecil. “Lucu! Sekejap nak pergi jauh dari rumah. Sekejap nak balik pulak. Ni kalau jawab dalam periksa, cikgu pun pening nak semak jawapan.”  Sindir Idlan.
        Namun dia tidak mempedulikan kata-kata Idlan itu. Hatinya tiba-tiba  menyangsikan kejujuran Idlan. Dia meraba-raba sesuatu dari dalam beg sandangnya. Yes! Ada! Nasib baik pepper stray itu masih ada di dalam beg sandangnya. Dia sudah berkira, kalau Idlan cuba melakukan sesuatu yang tidak baik terhadapnya, dia akan menyembur serbuk lada itu ke wajah lelaki itu.
        Namun belum sempat Orked merencanakan rancangannya, tiba-tiba muncul seorang wanita tua di belakang Idlan.
        “Dah lama sampai Idlan?” Tegur wanita itu.
        Idlan berpaling. Sebaik dia melihat wanita itu, dia segera berteriak gembira. Tangan wanita itu segera dicapai lalu dikucup.
        “Baru aje Mak Tun. Saya bawa tetamu ni.” Ujar Idlan seraya melirik ke arah Orked yang tercegat kaku seperti patung. Wanita itu turut menoleh ke arah anak gadis itu.
        “Siapa ni?”
        “Ini Orked, adik saya.” Jawab Idlan. Perkataan ‘adik’ sengaja disebut kuat-kuat. Ini kerana dia tahu Orked berbulu mendengar kata-katanya. Hampir dia hendak ketawa melihat wajah Orked yang sebal ketika memandangnya.
        “Oh adik..” Wanita itu tersenyum simpul.“Berapa lama kamu bercadang nak menginap kat sini?” Soal Mak Tun.
        “Entahlah Mak Tun. Cadangnya sehari dua sampai kerja saya kat sini selesai.” Ujar Idlan.
        Wanita itu mengangguk. “Duduklah selama mana kamu mahu Idlan. Rumah ni pun milik kamu. Mak Tun ni cuma menjaganya saja.”
        “Mak Tun sudi menjaga rumah ni, saya sangat berbesar hati Mak Tun. Kalau tidak rumah arwah ayah ni akan terbiar begitu aje.” Tukas Idlan tersenyum.
        “Amanat ayah kamu, kenalah Mak Tun tunaikan. Dia lelaki yang baik, sayangnya arwah pergi dulu.” Keluh wanita itu.
        Orked yang mendengar perbualan itu hanya terpisat-pisat. Dia langsung tidak memahami maksud perbualan kedua-duanya. Selebihnya dia malas mahu mengambil tahu. Namun begitu,hatinya berasa tenang sedikit mendengar wanita tua itu menetap di rumah itu. Jadi tidaklah dia dan Idlan berdua-duaan seperti yang terasuk di fikirannya sebentar tadi.
        “Bawalah adik kamu ni masuk dulu. Mak Tun nak ke belakang sekejap kutip sayur-sayuran buat lauk kita malam ni.” Canang orang tua itu.
        “Ada sesiapa menginap kat sini Mak Tun?” Tanya Idlan.
        “Ada satu keluarga dengan sekumpulan budak-budak kolej yang nak pergi memancing kat tasik. Hari ni tak ramai sangat. Tapi minggu lepas sampai tak menang tangan Mak Tun dengan Pak Man kamu.” Ujar wanita itu lalu beredar dari situ.
        Idlan berpaling. Melihat tingkah Orked yang sedang memerhatikannya dengan wajah cemberut, dia hanya mampu tersenyum.
        “Tadi tu Mak Tun, penjaga rumah ni. Dia tinggal kat sini dengan suami dia, Pak Man.” Jelas Idlan tanpa dipinta.
        “Rumah siapa ni?” Tanya Orked ingin tahu.
        “Ini rumah peninggalan arwah ayah abang. Mak Tun dan Pak Man, kenalan lama ayah abang. Dah lama mereka menetap  kat rumah ni. Abang tak sampai hati nak suruh mereka pindah.” Jelas Idlan.
        “Tadi kau kata ada orang lain menginap kat sini? Siapa?” Entah mengapa Orked tiba-tiba berminat ingin tahu.
        Idlan tersenyum lalu mengangkat beg Orked yang tersimpan dalam bonet kereta. “Sebenarnya tempat ni homestay. Ayah abang beli dan bina tempat ni sebab ini satu-satunya impian dia. Dekat kawasan ni ada air tasik buatan, ada laluan untuk jungle trekking. Kalau Orked suka, ada kolam renang kat belakang rumah siap dengan tennis court lagi. Nanti abang bawa Orked jalan-jalan sekitar kawasan ni.”
        Orked terdiam. Tanpa berkata apa-apa, dia segera mengeluarkan beg sandangnya.
        “Orked boleh duduk kat sini bila-bila masa sahaja Orked suka. Tapi kalau Orked tak suka tinggal kat sini, sekarang juga abang boleh bawa Orked balik.” Getus Idlan seraya melirik ke arah anak gadis itu.
        Tapi melihat anak gadis itu melangkah masuk ke arah pintu rumah yang sudah terbuka luas, mahu tak mahu Idlan tersenyum kecil. Dia tahu berbanding tempat itu dengan rumah gadis itu, Orked pasti akan memilih tinggal di tempat yang sunyi itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2011 06:27 PM | Show all posts
bestnyer ada abang mcm idlan
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 10:15 PM | Show all posts
sambung lagi nita...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 09:13 AM | Show all posts
good morning......

tak cukup arrr.......nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 09:14 AM | Show all posts
tq nita...
boleh bayangkan homestay tu...
mesti menyeronokan bila buat percutian keluarga .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.073895 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list