CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arrnita

ORKED HARLINA - [U]

[Copy link]
Post time 20-9-2011 12:00 PM | Show all posts
LAGI....LAGI....LAGI....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2011 04:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by arrnita at 20-9-2011 16:12

Bunyi riuh rendah di pagi hari mengejutkan Idlan yang baru balik dari berjogging bersama Rezal. Kedua-duanya saling berpandangan sesama sendiri. Hairan mendengar kelam-kelibut yang datangnya dari dalam rumah.
        “Apasal tu Id?” Tanya Rezal hairan.
        “Entahlah bang. Jom kita tengok.”
        Kedua-duanya melangkah masuk, lalu terserempak dengan Mara yang berwajah gelisah.
        “Kenapa ni sayang?” Tanya Rezal, ingin tahu.
        Mara tidak menjawab. Wajahnya dilarikan ke arah Idlan. “Orked..” Ujar wanita itu. Idlan tersentak. Orked? Kenapa dengan gadis itu?
        “Kenapa Kak Mara? Apa dah jadi dengan Orked?” Tanya Idlan gusar.
        “Dia kat dalam bilik, tengah mengamuk dan marah-marah. Baik kau pergi tengok dia Id.” Suruh Mara tanpa menjelaskan maksudnya dengan lebih lanjut.
        Kata-kata Mara membuatkan Idlan kurang sabar. Tanpa mempedulikan kedua-dua pasangan suami isteri itu, Idlan segera meluru ke arah bilik Orked. Tapi sebaik dia berdiri di muka pintu, matanya melihat timbunan barang-barang yang berselerakan di atas lantai. Gadis itu berteleku di atas katil dengan wajah merah padam. Mak Tun pula dilihatnya mengesat airmata yang berderai di cerun pipi. Idlan mengerutkan dahinya. Dia benar-benar tidak mengerti dengan situasi di hadapannya ketika ini.
        Di hujung pintu, Anna salah seorang gadis dari kumpulan pelajar universiti itu dilihatnya sedang cuba memujuk Mak Tun.
        “Mak Tun, kenapa ni?’ Idlan menghampiri wanita itu. Mak Tun menoleh. Wajah wanita itu sembab. Sisa-sisa airmata yang mengalir lesu di wajah itu membuatkan Idlan tambah kebingungan. Dia mengalihkan pandangan ke arah Orked yang duduk di birai katil. Anak gadis itu tunduk sahaja.
        “Orked? Kenapa ni? Dari luar abang dengar bunyi bising. Apahal ni?” Dia menyoal anak gadis itu pula. Namun pertanyaannya seperti angin lalu. Masuk ke telinga kanan dan keluar di telinga kiri. Usah katakan gadis itu bersuara, mengangkat muka pun tidak.
        “Anna, kenapa?” Satu-satunya orang yang belum disoal menjadi sasarannya pula. Gadis itu tergaman Barangkali tidak menyangka dirinya akan menjadi tumpuan.
        “Adik abang Id tu marahkan Mak Tun.” Jawab Anna perlahan.
        Dahi Idlan berkerut. Apa maksud Anna tentang Orked yang marah-marahkan Mak Tun. Apa sebabnya pula?
        “Tapi kenapa?”
        “Ini semua salah Mak Tun. Mak Tun yang gatal tangan nak mengemas bilik ni. Kalau tak sebab Mak Tun, tak rosak barang-barang Orked.” Pintas Mak Tun sebelum sempat Anna mahu menyambung ceritanya.
        Idlan memandang wanita itu. Nada suara wanita itu seolah merajuk hati dan tersinggung. Dia merenung Orked dengan wajah penuh tanda tanya.
        “Mak Tun kemaskan bilik ni, lepas tu barang dia jatuh. Bukan teruk pun sikit aje. Tapi dia marah-marah Mak Tun macamlah Mak Tun rosakkan harta benda dia.” Cerita Anna separuh berbisik.
        “Barang apa?” Idlan mahu tahu.
        “Ala kotak buruk tu. Bukannya berharga pun barang tu. Sikit aje pecah, kalau beri gantirugi pun tak berbaloi.” Sambung Anna separuh menyindir. Dia menjeling Orked yang sudah mengangkat kepala mendengar kata-kata sinisnya.
        “Apa kau cakap tadi? Barang buruk? Tak berharga?” Orked berang. Dia sudah berdiri meghadap ke arah Anna yang kelihatan selamba.
        “Memang barang buruk pun. Disebabkan barang buruk ni, kau sanggup tengking Mak Tun. Memang melampau!” Balas Anna enggan mengalah.
        Orked mengetap bibir. Tangannya sudah dikepal-kepalkan. Dia meluru pantas ke arah Anna, tapi panggilan Idlan membuatkan langkahnya terhenti.
        “Cukup tu!” Pintas Idlan. Cuba meleraikan bunga-bunga pertengkaran yang seakan mahu bermula. Idlan merapati Orked. Wajah anak gadis itu direnung lama.
        “Cakap dengan abang Orked. Betul Orked tengking Mak Tun tadi?” Soal Idlan mahu tahu. Pertanyaannya kali ini cukup serius.
        Orked memalingkan muka. Enggan memandang Idlan. Tangannya meramas-ramas kotak seramik berwarna pink itu.
        “Betul ke?” Tanya Idlan lagi.
        “Kalau diam tu maknanya betullah tu.” Sampuk Anna sambil melemparkan senyuman sinis.
        Darah Orked meruap ke muka. Berang dengan kata-kata gadis itu. Anna cukup suka menyakitkan hatinya padahal mereka bukannya kenal sangat. Jumpa pun baru beberapa hari. Entah apa dendam gadis itu padanya sehingga kata-katanya cukup melukakan perasaannya.
        Melihat Orked tidak bersuara, Idlan hampir hilang kesabaran. Dia memaut bahu Orked menghadap ke arahnya. Gadis itu sedikit terkejut, namun dia tidak berminat mahu meminta maaf. Saat ini dan ketika ini dia hanya mahu tahu apakah Orked betul-betul bersikap biadap pada Mak Tun.
        “Sekarang abang nak Orked cakap depan abang. Betul ke Orked tengking Mak Tun? Jawab!” Soal Idlan. Suaranya masih terkawal.
        Gadis itu memandangnya dengan mata berkaca. Orked seakan mahu mengatakan sesuatu, tapi sejurus kemudian gadis itu mengangguk.
        Wajah Idlan berubah. Pengakuan gadis itu membuatkan anginnya tiba-tiba memuncak. Kelakuan Orked kali ini benar-benar tidak dapat diterima.
        “Kenapa Orked biadap sangat ni? Mak Tun kan orang lebih tua dari kita. Sepatutnya Orked kena hormati Mak Tun, bukannya kurang ajar macam ni!” Dengus Idlan meradang. Wajahnya merah padam menahan marah.
        “Abang ingat bila beberapa hari Orked tinggal kat sini, perangai Orked boleh berubah. Tapi abang silap. Orked memang takkan berubah. Agaknya macam ni lah Orked layan mama abang kat rumah tu.” Tuduh Idlan. Entah kenapa peraaannya yang terbakar membuatkan dia dengan mudah menghamburkan kata-kata pedih.
        Orked tersentak. Sakit hatinya mendengar kata-kata Idlan. Bibirnya diketap menahan perit perasaan.
        “Aku memang macam ni, dari dulu pun macam ni. Aku tak pernah berpura-pura pun dengan kau. Dan aku tak pernah suruh pun kau bawa aku ke tempat bodoh macam ni!” bentak Orked.
        Idlan membulatkan matanya. Kata-kata gadis itu ibarat minyak yang sengaja dituang pada api. Dia terpandang kotak seramik di tangan gadis itu. Kotak yang sama yang dilihatnya dalam pelukan Orked. Tanpa diduga kotak kecil itu dirampas dari tangan Orked. Gadis itu terkejut.
        “Hanya sebab kotak ni Orked nak marah-marah? Kalau sebab kotak ni lah Orked sanggup berkelakuan biadap pada Mak Tun, baik abang buang aje benda ni!” Usai berkata demikian, Idlan mencampakkan kotak yang ada di tangannya ke arah dinding bilik. Kotak seramik yang melanggar bucu dinding segera merekah dan pecah berderai. Isinya terhambur ke bawah.
        Tindakan Idlan mengejutkan seisi bilik. Orked terpanar. Pucat lesi wajahnya melihat kotak kesayangannya dibaling begitu. Dia mahu mendapatkan kotak tersebut, tapi Idlan terlebih dahulu menyambar tangannya. Dia cuba meronta melepaskan diri, tapi pegangan tangan Idlan begitu kasar, menyeret tubuh kecilnya ke arah Mak Tun.
        “Sekarang ni minta maaf dengan Mak Tun.” Suruh Idlan.
        “Tak mahu!”
        “Minta maaf!” tengking Idlan dengan wajah merah padam. Orked tergaman. Sepanjang dia bersama lelaki itu, inilah kali pertama Idlan menengkingnya dengana airmuka garang. Namun dia tetap enggan mengalah. Tindakan Idlan merosakkan kotak kesayangannya membuatkan dia membenci lelaki itu kini. Sampai hati lelaki itu.
         “Tak mahu! Bunuh aku pun aku takkan minta maaf dengan perempuan tua ni!” Bentak Orked.
        Idlan tersentak. Mak Tun dan Anna juga terpaku melihat betapa kasarnya tutur kata gadis itu. Melihat kedegilan Orked, Idlan segera menyeret tubuh itu keluar dari bilik. Mara dan Rezal yang sedang menanti di luar bilik tidak mampu berkata apa-apa.
        “Lepaslah.” Orked meronta-ronta namun tindak tandukknya tenyata sia-sia sahaja. Tenaganya langsung kalah dengan tenaga Idlan yang sedang berang. Dia dibawa ke sebuah bilik kosong seakan bilik stor. Tubuhnya ditolak ke dalam.
        Orked berpaling dengan wajah marah. “Kau nak buat apa ni?” Jeritnya geram.
        Idlan memandangnya bersahaja. Raut wajah lelaki itu benar-benar dingin kini, tidak seperti kali pertama dia bertemu lelaki itu di balai polis tempohari.
        “Selagi Orked tak minta maaf dengan Mak Tun, dengan semua orang dalam rumah ni, jangan harap Orked boleh keluar dari bilik tu.” Ujar Idlan.
        Orked tersentak. “Kau nak kurung aku kat sini? Kau tak ada hak nak buat aku macam ni!” Marahnya.
        “Tempat ni bagus untuk orang yang kurang ajar dan biadap macam Orked. Malam ni cuba guna sikit kepala otak tu dan fikir balik apa kesalahan yang Orked dah buat.” Getus Idlan. Kedua-daun pintu ditolak ke arah luar lalu dikunci dengan selak. Jeritan dan herdik marah gadis itu langsung tak diambil kisah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2011 04:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by arrnita at 20-9-2011 16:13

Ketika Idlan berpaling, matanya bersapa dengan raut wajah Mak Tun, Anna, Mara dan Rezal. Setiap pasang mata memerhatikannya satu macam.
        Idlan menarik nafas lalu tersenyum. “Biarkan dia kat sini malam ni.” Ujarnya.
        “Patut ke kita kurung Orked macam tu Id?” Mak Tun jadi serba salah. Jeritan Orked merayu agar dia dilepaskan entah kenapa menimbulkan rasa simpatinya. Memang dia tersinggung dengan sikap Orked yang mengherdiknya hanya kerana dia terjatuhkan kotak milik gadis itu. Tapi kadang-kala timbul juga rasa kasihannya pada Orked yang suka menyendiri sejak datang ke mari.
        “Id nak dia belajar tentang erti hormat-menghormati orang lain Mak Tun.” Idlan beralasan. Dia faham benar sikap Mak Tun yang lembut hati.
        “Bagus tindakan Abang Id tu.” Anna menyokong. Raut wajah Idlan ditenung penuh minat. Dia benar-benar mengagumi lelaki itu kali pertama Mak Tun memerkenalkan mereka beberapa hari yang lalu.
        “Tapi bilik stor tu sejuk Id..takkan Id nak Orked tidur kat situ malam ni.” Bantah Mak Tun lagi. Mara dan Rezal hanya berdiam diri. Kedua-duanya tidak berminat mahu ikut campur hal yang mereka sendiri tidak faham.
        Idlan termenung seketika. Kata-kata Mak Tun masuk jua ke telinganya. Meskipun dia marah, namun dia masih mengambil berat tentang keadaan Orked. Lagipun kehadiran Orked di situ sudah menjadi tanggungjawabnya.
        “Tak apalah Mak Tun, kita biarkan dia tidur kat bilik stor malam ni. Esok saya jenguk dia. Kalau dia dah insaf, baru saya lepaskan dia.” Putus Idlan. Sekurang-kurangnya dia mahu Orked menyesal dahulu dengan kelakuan buruknya.
        Mak Tun tidak mampu berkata apa-apa lagi. Sikap Idlan memang sudah difahaminya sedari anak muda itu masih kecil. Idlan sememangnya cukup tidak suka dengan ketidakadilan. Dan suka atau tidak, anak muda itu sudah nekad memberi Orked sedikit pengajaran!
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2011 04:22 PM | Show all posts
geram pulak ngan ANNA nie...:@
agaknya dia memang suka kat IDLAN kan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2011 04:34 PM | Show all posts
nk lg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2011 04:39 PM | Show all posts
midar

nmpak post midar yg dh baca Sayangku Casper.klu silap so sorry..thnks anyway
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2011 05:02 PM | Show all posts
Reply 86# arrnita

a'aah.. dh baca last saturday...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2011 05:24 PM | Show all posts
sian oked
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2011 06:33 PM | Show all posts
TQ for the n3...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2011 10:55 PM | Show all posts
cerita yg bagus..sambung lagi ye
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 08:57 AM | Show all posts
kesihan kat orked tapi bagus gak idlan ajar dia sikit.............
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 08:59 AM | Show all posts
siannya kat orked ..  thanks nita.. nanti sambung lah lagi ek
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 01:07 PM | Show all posts
nita pleaseeeeee... arini ni sambung panjang2 ekkk...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 03:56 PM | Show all posts
nak lagi.... nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 04:23 PM | Show all posts
nitaaaa)))))))))))... dah balik dr sekola ke belum nih.... sambung puhleeeesssss....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2011 04:39 PM | Show all posts
haha..macam ya ya je tunggu sy balik dr sek..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2011 04:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by arrnita at 21-9-2011 16:44

ni sy smpt tulis sikit..sy tgh demam..haha

        Mak Tun melangkah masuk ke beranda rumah di tingkat dua sambil menatang sedulang minuman. Di penjuru pintu langkahnya terhenti tatkala melihat Idlan sedang memicit-micit kepala di kerusi rehat.
        “Id, kenapa ni?” Soal Mak Tun separuh bimbang. Idlan menoleh. Bibirnya segera mengukir senyuman buat orang tua itu. Mak Tun segera meletakkan dulang yang dipegangnya ke atas meja lantas meletakkan tapak tangannya di dahi Idlan.
        “Panas ni, kamu demam?” Soal Mak Tun.
        Idlan menggeleng. “Tak adaapa Mak Tun, malam ni panas agaknya.” Idlan berdalih.
        Mak Tun ketawa kecil. “Mengarut kamu ni Id, Mak Tun dah berkelubung dengan kain ni kamu boleh kata panas?” Tempelak wanita itu.
        Idlan ketawa kecil. Dia mencapai cawan teh yang dibawa oleh Mak Tun lalu dihirupnya. Mak Tun asyik memerhatikan gerak-geri anak muda itu.
        “Id..”Panggil Mak Tun perlahan.
        Idlan menoleh. Mengangkat sedikit keningnya.
        “Mak Tun tak sedap hatilah.” Ujar Mak Tun dengan wajah resah.
        “Maksud Mak Tun?” Soal Idlan, hairan.
        “Fasal Orked.”
        Idlan meletakkan cawan tehnya. Kata-kata Mak Tun memancing perhatiannya kini. Dia menanti dengan sabar butir bicara yang mahu diluahkan wanita itu.
        “Mak Tun rasa serba salah. Disebabkan Mak Tun, kamu dan Orked bergaduh. Mak Tun kalau boleh nak minta Id lepaskanlah Orked tu. Biar dia tidur kat bilik dia, malam-malam macam ni bilik stor tu sejuk.” Ujar wanita itu, cuba memujuk.
        Idlan mengeluh panjang. Dia tahu dan faham maksud kata-kata wanita itu. Jika diikutkan hatinya, dia juga tidak sampai hati melakukannya. Tapi tindakan dan sikap Orked hari ini benar-benar melampau.
        “Dia dah makan Mak Tun?” Tanya Idlan ingin tahu.
        “Entahlah, tadi Mak Tun dengan Mara ada datang bawakan makanan untuk dia. Tapi dia diam aje. Pandang kami pun tak mahu.” Keluh Mak Tun.
        “Biarlah Mak Tun. Kalau dia lapar nanti, tahulah dia makan makanan tu. Orked tu tak boleh diberi muka sangat, nanti naik lemak dia. Saya tak suka dia biadap dengan Mak Tun.” Ujar Idlan
        “Sebenarnya hal tadi tu salah Mak Tun jugak. Mak Tun yang tak hati-hati jatuhkan barang Orked. Mak Tun tengok dia sayang sangat dengan kotak tu. Tempohari masa Mak Tun masuk bilik dia nak kemaskan cadar, Mak Tun tengok dia dah tertidur sambil peluk kotak tu.” Cerita Mak Tun panjang lebar.
        Idlan terdiam sejenak. Kotak? Tiba-tiba dia teringatkan kotak yang dilihatnya kali pertama di bilik gadis itu. Bagaimana Orked dengan pantas merampas kotak itu dari tangannya beberapa hari yang lalu. Dari gaya dan sikap gadis itu, dia mula mengerti betapa kata-kata Mak Tun ada benarnya. Kotak itu tentunya sangat bererti buat Orked. Jika tidak masakan gadis itu mengamuk kerana barang itu dijatuhkan Mak Tun tanpa sengaja.
        Idlan tiba-tiba bingkas bangun.
        “Id, nak ke mana?” Tanya Mak Tun. Terpinga-pinga sebaik melihat anak muda itu bergegas. Idlan menoleh. Tapi pertanyaan wanita itu tidak disahut. Hatinya meronta-ronta mahu ke bilik Orked. Langkahnya diatur deras ke arah bilik stor di hujung sekali.
        Daun pintu di hadapannya ditolak perlahan. Tangannya meraba-raba suis di tepi pintu pintu. Sebaik bertemu apa yang dicari, dia menarik suis itu ke bawah. Sebentar kemudian, bilik itu terang benderang. Idlan melangkah masuk. Perhatiannya kini tertumpu pada keadaan bilik itu yang agak bersepah. Sengaja dia tidak membenarkan Mak Tun mengemas bilik itu petang tadi kerana terlalu geram dan marah dengan sikap Orked.
        Matanya mendarat pada permukaan lantai. Sisa-sisa pecahan seramik berwarna pink dipandang agak lama. Hatinya entah kenapa kesal. Sekalipun dia marah, dia tidak sepatutnya melemparkan barang kesayangan Orked sehingga pecah. Tentu gadis itu sedih dengan tindakannya.
        Idlan melutut lalu mengutip sisa-sisa seramik itu. Setiap pecahan meski sekecil mana pun akan dikutip sehingga tidak meninggalkan sisa. Dia membawa sepihan-serpihan kotak itu ke meja kecil di tepi katil. Ketika itu juga dia melihat salah satu pecahan bahagian kotak itu terperosok agak jauh. Idlan tunduk lalu mengutip serpihan terakhir. Saat itu matanya mula perasan akan kertas-kertas kecil pelbagai warna bersepah di atas lantai berdekatannya.
        Dia lalu mengutip sekeping kertas. Lipatan kertas itu dibuka lalu dibaca.
        Semalam harijadi Orked, umi. Tapi seperti biasa ayah tidak pernah ingat. Alangkah baiknya kalau Orked boleh menyambut setiap hari jadi Orked bersama ayah!
        Dahi Idlan berkerut. Sejurus dia mengutip pula kertas-kertas lain lalu membacanya satu persatu.
        

Umi, Orked dapat tempat pertama dalam kelas, tapi ayah tak pernah kisah pun dengan keputusan peperiksaan Orked. Kalau begini apa gunanya Orked belajar rajin-rajin?
        
Orked nak sangat ayah pandang betul-betul wajah Orked dan katakan yang dia sayangkan Orked. Tapi semua itu seperti terlalu susah untuk ayah buat. Besar sangatkah hasrat Orked ni Umi?

        Idlan terkedu. Catatan-catatan itu membuatkan dia terbayangkan wajah gadis itu. Tulisan berdakwat hitam itu membuatkan dia termenung panjang.

        Umi, hari ni ayah lempang Orked sebab Orked hisap rokok di rumah. Peritnya pipi ni kena lempang. Tapi anehnya buat pertama kali Orked rasa seronok. Sekurang-kurangnya ayah masih ingat yang dia masih ada seorang anak perempuan di rumah ni.

        Ayah kata dia tak mahu ada anak perempuan liar macvam Orked ni. Dia suruh Orked jangan buat benda-benda memalukan dia. Pelikkan umi, selama ini Orked berusaha jadi anak yang baik untuk ayah, tapi dia juga tidak mahukan Orked! Kenapa Orked ni hina sangat ke bagi ayah?

        Betulkah kotak ni boleh menunaikan hasrat Orked, umi? Dah bertahun Orked menyimpan setiap hasrat dan harapan Orked di sini seperti yang umi katakan, tapi kenapa semuanya tidak pernah tertunai? Dari hari ke sehari Orked semakin putus asa.

Kenapa umi pergi tinggalkan Orked sendirian? Bukankah lebih baik kalau umi bawa sahaja Orked pergi. Kalau hidup Orked tidak bererti, mungkin mati lebih baik untuk Orked, umi.

Idlan meramas kertas-kertas di tangannya tanpa sedar. Kerutan di dahinya semakin melebar. Membaca catatan-catatan ringkas itu membuatkan dia lebih memahami rentak sikap Orked selama ini. Ternyata gadis itu bukan sejahat dan seliar seperti yang diberitahu padanya oleh ibunya selama ini. Gadis itu hanya kekurangan kasih sayang dari seorang insan yang dipanggil ayah.
Memang dia tidak pernah faham kenapa hubungan ayah tirinya dengan Orked menjadi seburuk ini. Malah mungkin dia takkan faham sampai bila-bila pun. Meskipun dia tidak pernah melihat sendiri perbuatan Hamdan pada  Orked, namun dari riak wajah lelaki itu ketika menerima panggilan telefon dari balai polis tempohari, hati kecilnya sudah boleh menduga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 04:41 PM | Show all posts
tgk nama tuan rumah...ingatkan dah ada n3...
rupanya kena tunggu lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2011 04:45 PM | Show all posts
Dia memulas tombol pintu di hadapannya perlahan-lahan. Daun pintu dikuak menyerlahkan cahaya terang dari dalam bilik kecil berbentuk segiempat tepat itu. Matanya segera terpandang sesusuk tubuh kecil sedang terbaring di atas lantai dalam keadaan membongkok.
        Idlan mengeluh panjang. Selimut tebal yang ada di tangannya segera menutup tubuh Orked. Matanya tak putus-putus merenung wajah gadis itu yang kelihatan lena. Di pipi gadis itu, masih ada bekas-bekas airmata yang belum kering. Apakah gadis itu menangis sepanjang malam? Hati Idlan benar-benar kesal. Dia tahu dirinya tidak sepatutnya mengasari Orked seperti itu.
        Mata Idlan menoleh ke arah dulang makanan yang tidak terusik tidak jauh dari situ. Dia sedikit sebanyak mula mengerti kedegilan Orked. Maafkan abang Orked! Abang sangka abang tahu apa yang ada di dalam hati Orked. Rupa-rupanya abang langsung tidak tahu apa-apa! Keluh Idlan.
        Dia menyeka sisa airmata yang berbekas di wajah gadis itu. Tiba-tiba tindakan Idlan terhenti. Matanya mencerut. Pantas jari-jemarinya beralih ke dahi gadis itu. Panas! Idlan mula gelisah. Suhu badan Orked benar-benar berbahang. Tanpa berfikir panjang dia segera mengendong tubuh gadis itu lalu menuju ke bilik Orked. Tapi sebaik sampai di hadapan bilik itu, dia berubah fikiran. Bilik gadis itu masih berantakan. Dia lalu membawa Orked ke biliknya. Sesudah meletakkan gadis itu di atas katil, Idlan segera berlari ke bilik Mak Tun dan Pak Man yang hanya bersebelahan dengan biliknya.
        “Kenapa Id?” Pak Man yang membuka pintu terpinga-pinga. Mak Tun juga muncul di samping suaminya.
        “Pak Man, Mak Tun..tolong saya. Orked demam panas.” Ujar Idlan dengan nafas tersekat-sekat.
        “Hah demam? Mana dia?” Mak Tun menyampuk sebelum sempat Pak Man bersuara.
        “Saya dah angkat dia masuk dalam bilik saya.”
        “Hah masuk bilik kamu?” Sekali lagi Mak Tun terkejut.
        Idlan terpisat-pisat serba salah. “Saya tak tahu nak bawa dia ke mana. Bilik dia masih bersepah.” Jelas Idlan berterus terang.
        Pak Man tersengih-sengih seraya menepuk bahu Idlan. “Bagus apa yang kamu buat tu Id. Pak Man sokong.” Ujar orang tua itu, seolah-olah mengusik.
        “Hishh abang ni ke situ pulak.” Mak Tun sempat mencubit lengan suaminya. Pak Man ketawa besar. Hanya Idlan yang kelihatan termangu-mangu. Di dalam keadaan sekarang dia langsung tidak ada mood untuk bergurau senda.
        “Takpelah Id, nanti Mak Tun tengok-tengokkan Orked tu. Hari pun dah jauh malam ni, elok kamu tidur kat bilik tetamu. Ada satu lagi bilik kosong kat sebelah bilik Mara dan Rezal.” Cadang Mak Tun.
        “Perlu ke kita bawa dia ke hospital Mak Tun?”
        “Nanti Mak Tun tengok dulu.” Ujar Mak Tun lantas melangkah masuk ke bilik Idlan. Di atas katil, Orked terbaring dengan wajah lesu. Idlan dan Pak Man mengekori dari belakang.
        Mak Tun meletakkan tapak tangannya di atas dahi Orked lalu merasa dengan tangannya. “Eh panas sangat ni Id, demam betul budak ni.” Komen Mak Tun.
        “Nak bawa ke hospital ke Tun?” Giliran Pak Man pula bertanya.
        “Hmm tak payahlah, nanti Tun rawat dia. Kita kena turunkan suhu badan dia malam ni. Kalau tak turun-turun jugak baru kita bawa Orked ke hospital.” Ujar Mak Tun. Pak Man dan Idlan mengangguk-angguk tanda faham.
        “Id, pergi dapur ambil ais dengan kain bersih.” Suruh Mak Tun.
        “Saya Tun?” Pak Man pula bertanya.
        Mak Tun terkelip-kelip memandang suaminya. “Ha abang pergi tidur ajelah. Kalau abang kat sini nanti, satu apa pun tak jadi.” Jawab Mak Tun tersengih.
        Pak Man ketawa besar. Lucu mendengar bicara isterinya. “Sampai hati awak Tun. Takpelah saya duduk luar ajelah, nanti kalau nak apa-apa panggil saya.” Ujar Pak Man lalu keluar mengekori Idlan yang sudah beredar entah ke mana.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 05:29 PM | Show all posts
Terima kasih arrnita, demam-demam pun tulis jugak n3.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.062533 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list