CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 120|Reply: 0

NadiBiz: 'Tiada langsung kadar perayauan'

[Copy link]
Post time 5-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
LocalSIMKad tawar panggilan menjimatkan ketika melancong ke luar negara\rKESUKARAN menanggung caj perayauan yang tinggi adalah antara kesulitan sering dihadapi apabila kita berada di luar negara, khususnya bagi mereka yang bukan pergi atas urusan perniagaan atau kerja.\r\n\n\n\n\r  Masalah itu lebih hebat ditanggung apabila kita berada di negara yang dikelaskan sebagai dunia ketiga kerana infrastruktur telekomunikasi di kawasan berkenaan yang lemah, sekali gus menyebabkan caj dikenakan ada kalanya melambung terlalu tinggi.\r\r\n\n\n\n\n  Keadaan itu menyebabkan sesetengah pelancong mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan panggilan tempatan, namun prosesnya kini semakin rumit kerana hampir semua negara di dunia kini melaksanakan ciri-ciri keselamatan ke atas perkhidmatan itu, contohnya pengguna perlu mendaftar sebelum dapat membeli pek panggilan yang dimahukan.\rBagaimanapun, mereka kini mempunyai alternatif lain yang lebih memudahkan urusan perjalanan masing-masing, khususnya pelancong bajet atau ala ‘backpackers’.\rIa dicetuskan syarikat tempatan yang kini semakin mengorak langkah dalam perkhidmatan sedemikian, terutama pada musim haji tahun lalu.\rKira-kira tiga tahun lalu, sekumpulan pekerja syarikat tempatan dari Kumpulan Sedania berdepan dengan kesulitan untuk berhubung antara satu sama lain ketika berada di Kemboja atas urusan perniagaan.\r\n\n\n\n\rCaj tinggi yang perlu ditanggung untuk membuat panggilan walaupun hanya untuk tujuan remeh-temeh menyebabkan mereka terfikir untuk menyediakan perkhidmatan yang dapat memudahkan urusan sedemikian dilakukan.\rKesukaran dihadapi itu kemudian mencetuskan perkhidmatan LocalSIMKad yang disediakan oleh syarikat Sedania Travelneeds2u Sdn Bhd yang diterajui Ketua Eksekutifnya, Firoz Mohd Noor.\rLocalSIMKad adalah perkhidmatan menyediakan kad SIM prabayar di lokasi tempatan yang disertakan juga dengan pek perjalanan.\rIa adalah kad SIM prabayar tempatan bagi kegunaan pelancong atau mereka yang mempunyai urusan di luar negara menikmati penjimatan sehingga 90 peratus lebih murah apabila membuat panggilan ke negara asal berbanding kadar perayauan antarabangsa.  \rFiroz berkata, perkhidmatan itu kini meliputi 10 negara di rantau Asia dengan kadar penggunaan yang memberangsangkan terutama selepas ia diperkenalkan secara meluas pada musim haji yang lalu dengan kerjasama TH Travel & Services Sdn Bhd.\rKatanya, LocalSIMKad kini disediakan untuk pelancong tempatan atau asing yang mahu ke Singapura, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Thailand, Filipina, Brunei, Hong Kong, Arab Saudi dan China selain di Malaysia sendiri.\r“Kita mendapati 70 peratus daripada pengembara adalah terdiri daripada pelancong persendirian yang perlu menanggung sendiri perbelanjaan masing-masing, termasuk caj membuat panggilan.\r“Perangkaan itu menyediakan satu ruang yang perlu diisi kerana kumpulan sedemikian ada kalanya terdiri daripada pelancong kali pertama yang tidak biasa dengan situasi ketika berada di luar Malaysia,” katanya.\rSebagai contoh, beliau berkata, semasa musim haji ada di kalangan jemaah yang tidak faham dengan caj perayauan perlu membuat panggilan ketika berada di Tanah Suci memandangkan suasana yang padat di Makkah ketika itu.\r“Biasanya suami akan membuat panggilan kepada isteri jika mereka mahu berjumpa di satu-satu tempat selepas menunaikan ibadat secara berasingan. \r“Jika mereka tidak menggunakan panggilan tempatan, caj perayauan yang dikenakan adalah berganda kerana si suami yang membuat panggilan itu sudah pasti dikenakan caj dan si isteri yang menerima panggilan turut menerima caj,” katanya.\rSehubungan itu, Firoz berkata, pada musim haji lalu, pihak Tabung Haji menawarkan syarikat itu peluang untuk menyediakan perkhidmatan berkenaan kepada jemaah dengan memberikan pek permulaan perjalanan kepada yang menggunakan pakej TH Travel.\r“Sepanjang musim haji tahun lalu 12 peratus atau kira-kira 4,000 daripada jumlah jemaah haji dari Malaysia menggunakan perkhidmatan kami,” katanya.\rBaru baru ini, juga beliau berkata, Travelneeds2u telah mendapat kerjasama dengan Garuda Indonesia dan TH Travel untuk mempakej LocalSIMKad bersama tiket penerbangan dan pakej haji. \rFiroz berkata, dalam tempoh terdekat ini perkhidmatan itu bakal dikembangkan lagi ke rantau Indochina, khususnya di Taiwan dan Macau berikutan meningkatnya permintaan perjalanan ke laluan berkenaan.\rSelain itu, katanya, syarikat juga sedang berunding dengan beberapa rakan perniagaan dari benua Eropah namun langkah menyediakan perkhidmatan itu ke rantau berkenaan akan mengambil sedikit masa lagi.\rDalam tempoh setahun ini juga, katanya, perkhidmatan itu meraih pengiktirafan tinggi apabila merangkul anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik MSC Malaysia (MSC APICTA 2010) bagi Kategori Pelancongan dan Hospitaliti Terbaik dan mendapat merit di peringkat Asia Pasifik.\rMengenai maklum balas daripada firma telekomunikasi lain, Firoz berkata syarikatnya menyediakan perkhidmatan alternatif kepada pengguna memandangkan ia mendapat permintaan luas daripada orang ramai, malah turut mendapat pertanyaan pelancong asing.\rKatanya, syarikat ada mengadakan pertemuan dengan firma terbabit dan menjelaskan bahawa sasaran Travelneeds2u adalah pengguna yang terdiri daripada pelancong persendirian manakala pengguna yang pergi atas urusan perniagaan biasanya tidak kisah menggunakan caj perayauan yang tinggi.\r“Jika menuju ke KLIA, anda boleh melihat ada satu papan iklan syarikat telekomunikasi yang menunjukkan ‘caj perayauan rendah disediakan’ namun tidak jauh dari situ anda akan melihat papan iklan kami yang mengatakan ‘tiada langsung kadar perayauan’,” katanya sambil tersenyum. \rPerkhidmatan itu kini boleh didapati di semua ejen pelancongan bertauliah dengan badan The Air Transport Association (IATA) di seluruh Malaysia.\rPengguna yang mahu mendapatkan pek kad SIM tempatan itu boleh menempahnya di ejen pelancongan terbabit, sebelum mengambilnya ketika mahu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Terminal Tambang Murah (LCCT).\rMereka juga boleh mengambilnya di mana-mana lokasi ejen di 17 destinasi lapangan terbang 10 negara terbabit.\rDestinasi itu ialah 17 China, Brunei, Phnom Penh, Siem Reap, Bali, Jakarta, Cebu, Manila, Singapura, Hanoi, Ho Chi Minh, Kuala Lumpur termasuk lima destinasi Arab Saudi iaitu Dammam, Jeddah, Madinah, Makkah dan Riyadh.\rBagi yang mahu menempah secara dalam talian pula, mereka boleh melayari laman web perkhidmatan itu di www.localsimkad.com.\rHarga setiap pek berkenaan bergantung kepada destinasi yang mahu dituju oleh pengguna, namun yang pasti ia adalah jauh lebih menjimatkan berbanding menggunakan perkhidmatan perayauan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.063728 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list