View: 144|Reply: 0
|
Honda tarik balik Civic, City, Jazz
[Copy link]
|
|
Babit 40,456 unit kenderaan keluaran 2005 hingga 2008\rHONDA Malaysia Sdn Bhd memanggil semula 40,456 unit kenderaannya yang dikeluarkan antara 2005 hingga 2008 bagi melaksanakan ujian dan langkah pencegahan awal.\r\n\n\n\n\rModel yang terbabit dalam ‘Kempen Mengemas Kini Produk’ membabitkan pemeriksaan langkah pencegahan daripada isu teknikal yang tidak diingini itu ialah Civic keluaran 2006-2008, City (2006-2007) dan Jazz (2005-2007).\r\r\n\n\n\n\n“Honda Malaysia ingin memohon maaf kepada semua pelanggan disebabkan perkara tidak diingini ini. Kempen ini bertujuan untuk melaksanakan beberapa langkah pencegahan ke atas kegagalan teknikal.\r“Ini adalah panggilan awal bagi dilakukan pemeriksaan dan penggantian yang mana kami percaya dapat mengekalkan prestasi produk yang terbaik bagi pelanggan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.\rBeliau berkata, bagi model Civic (16,537 unit), unit yang terjejas dilaporkan berkemungkinan mengalami kebocoran minyak dari hos perantara stereng kuasa, yang disebabkan aliran air panas dan cuaca yang lembap, yang boleh menimbulkan isu keselamatan pada masa depan.\rModel City (20,949 unit) dan Jazz (2,970 unit) pula mungkin berdepan kegagalan pada suis utama tingkap berkuasa yang dalam keadaan tertentu akan menyebabkan sedikit litar pintas mengakibatkan bau terbakar.\r\n\n\n\n\rPengeluar kereta Jepun itu perlu menukar bahan getah hos perantara stereng kuasa model Civic yang terbabit untuk untuk memperbaiki ketahanan haba manakala model City dan Jazz akan digantikan dengan suis tingkap berkuasa yang baru.\r“Semua alat ganti dan caj buruh kerja berkenaan akan ditanggung oleh Honda Malaysia,” kata Yoichiro.\rPemilik model berkenaan dinasihati menghantar kenderaan masing-masing kepada peniaga yang dibenarkan secepat mungkin sebaik mendapat notis berkenaan.\rMaklumat lanjut, pelanggan boleh menelefon nombor bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau lawati sebarang peniaga Honda yang dibenarkan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|