CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

MSTB wujud penasihat, promosi

[Copy link]
Post time 7-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LEMBAGA Pengujian Perisian Malaysia (MSTB) akan menubuhkan Majlis Penasihat dan Promosi Antarabangsa (IPAC) yang bakal dianggotai individu terkemuka dalam bidang pengujian perisian global.\rPresiden MSTB, Mastura Abu Samah, berkata penubuhan IPAC itu adalah langkah strategik memudahkan penerokaan industri pengujian perisian negara ke pasaran antarabangsa dan ia akan berperanan sebagai penasihat dalam memastikan kejayaan inisiatif Hab Pengujian Perisian Malaysia (MSTH).\r\n\n\n\n\r  Beliau berkata, cadangan penubuhannya mendapat sambutan menggalakkan daripada pengamal dan pemimpin pengujian perisian antarabangsa dengan kebanyakan menyatakan kesanggupan memberikan sumbangan untuk menjayakan IPAC.\r\r\n\n\n\n\n  “Saya percaya pengetahuan luas ahli IPAC mampu membantu industri pengujian perisian negara memahami dinamik pasaran antarabangsa dengan lebih baik dan dapat memasuki pasaran yang disasarkan secara lebih strategik.\r“IPAC juga dapat memastikan program di bawah inisiatif MSTH sejajar dengan aliran dan hala tuju industri pengujian perisian global,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rSementara itu, Mastura berkata, MSTB menyasar melahirkan kira-kira 10,000 penguji perisian profesional menjelang 2015.\rSejak ditubuhkan pada 2008, katanya badan itu sudah mewujudkan lebih 1,000 penguji perisian yang disahkan Lembaga Kelayakan Ujian Perisian Antarabangsa (ISTQB).\r\n\n\n\n\r“Dengan memiliki bilangan penguji perisian yang besar akan memberikan kita kelebihan skala ekonomi bagi membolehkan pembangunan industri ini bergerak lebih cepat dan menjadi lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa,” katanya.\rMastura juga berkata, bagi menjadikan Malaysia hab pengujian perisian, pihaknya sudah melaksanakan Program Bantuan Ujian Kualiti (Q-TAP) untuk membantu organisasi di negara ini mewujudkan keupayaan pengujian perisian dalaman.\rBeliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan beberapa universiti untuk melaksanakan projek perintis bagi menggunakan sukatan pelajaran pengujian perisian ISQTB di universiti terbabit.\r“Enam universiti akan menyertai projek perintis yang dijangka bermula pada Februari 2012,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.093351 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list