CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

Ketua Bank Dunia yakin ekonomi Amerika stabil

[Copy link]
Post time 7-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KETUA Bank Dunia, Robert Zoellick menyuarakan keyakinannya Amerika Syarikat (AS) tidak akan berdepan  kemelesetan ekonomi sekali lagi, di sebalik kebimbangan  terhadap kedudukan ekonomi terbesar dunia itu  kian goyah. \r“Saya tidak percaya AS akan berdepan kemelesetan ekonomi sekali lagi,” katanya ketika  sidang media di Singapura  menjawab soalan berhubung perkara itu.\r\n\n\n\n\r  Beliau bagaimanapun berkata, terdapat darjah ketidakpastian  tinggi  dihadapi  AS dan ekonomi dunia. \r\r\n\n\n\n\n  “Saya berpendapat dalam hal ekonomi AS, kita mungkin menyaksikan pertumbuhan berterusan   yang perlahan diikuti kadar pengangguran yang tinggi,” katanya.\rKenyataan itu dibuat susulan pasaran kewangan global menjunam sejak kebelakangan ini, diheret  kebimbangan baru mengenai kemungkinan ekonomi AS sekali lagi berdepan  kemelesetan ekonomi lebih teruk. \rKemelesetan berganda itu dirujuk kepada pemulihan jangka pendek dari satu kemelesetan dan kemudian sekali lagi menempuh kepada penguncupan ekonomi.\rKebanyakan pasaran Asia  rendah semalam berikutan  kesan  perangkaan pekerjaan AS bagi Ogos yang disiarkan Jumaat lalu,  yang terburuk sejak September 2010 selain kebimbangan mengenai hutang kedaulatan di Eropah.\r\n\n\n\n\rLaporan petunjuk utama ekonomi AS iaitu senarai gaji bagi bukan perladangan  dipantau rapi  AS mendedahkan ekonomi negara itu tidak mewujudkan  peluang pekerjaan menjadikan kadar pengangguran tertinggi iaitu 9.1 peratus.\rZoellick turut menyentuh mengenai krisis hutang Zon Eropah  menerbitkan kebimbangan situasi berkenaan   akan menjadi lebih teruk dan menjejaskan seluruh dunia.  – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.185251 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list