CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

NCER tarik pelaburan RM6.89 bilion

[Copy link]
Post time 8-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dua pengeluar kenderaan Jepun antara pelabur asing berminat tanam modalWILAYAH Ekonomi Koridor Utara (NCER) sudah menarik pelaburan berjumlah RM6.89 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, mengatasi jumlah yang dicatatkan bagi seluruh tahun lalu sebanyak RM6.08 bilion.\rKetua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafique, berkata ia susulan meningkatnya minat pelabur asing yang mewakili 86 peratus daripada pelaburan yang diterima itu daripada hanya 46 peratus sebelum ini.\r\n\n\n\n\r  Beliau berkata, berdasarkan perkembangan itu, pihaknya yakin wilayah ekonomi itu akan mencatat pertumbuhan kemasukan pelaburan dua angka bagi seluruh tahun ini berbanding tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n  “Baru-baru ini, kami menerima komitmen pelaburan dari tiga syarikat asing dan sebuah syarikat tempatan berjumlah RM690 juta dan sebelum akhir tahun ini kami yakin akan memuktamadkan beberapa lagi pelaburan dari luar.\r“Antara pelabur yang akan memuktamadkan dan mengumumkan pelaburan mereka di wilayah ini adalah dua pengeluar kenderaan terkemuka dari Jepun,” katanya  selepas Majlis Makan Malam NCER di Pulau Pinang, semalam.\rRedza bagaimanapun enggan menyatakan nama kedua-dua syarikat pengeluar kenderaan terbabit, tetapi katanya, salah sebuah syarikat itu sudah pun menyatakan hasrat dan komitmen untuk membuka kilang pemasangan kenderaan di zon NCER.\rSementara itu, Redza berkata, antara empat bidang teras utama NCER, pengilangan dan pertanian menjadi penyumbang terbesar kepada jumlah pelaburan keseluruhan yang diterima untuk tempoh Januari hingga Julai 2011.\r\n\n\n\n\rKatanya, pihaknya yakin berdasarkan persekitaran semasa ekonomi global, pelabur asing akan terus memilih Malaysia sebagai destinasi utama yang terbaik untuk pelaburan dan pengembangan operasi mereka.\r“Sehingga kini, zon NCER menjadi tumpuan di kalangan syarikat Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa pelabur dari China serta kita jangkakan corak kecenderungan ini akan terus meningkat pada masa depan,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.037349 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list