CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

Maybank lancar logo korporat baru

[Copy link]
Post time 10-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Lambangkan bank lebih agresif jadi peneraju khidmat kewangan serantauMALAYAN Banking Bhd (Maybank), bank terbesar negara dari segi jumlah aset, semalam melancarkan logo korporatnya yang baru menggantikan logo yang sudah digunakan sejak 1993 bagi memacu misi untuk Menginsankan Perkhidmatan Kewangan di Seluruh Asia.\rLogo itu melambangkan bank yang lebih agresif, dinamik dan berwajah kontemporari dengan perkembangan semasa serta sejajar dengan wawasan menjadi peneraju perkhidmatan kewangan serantau.\r\n\n\n\n\rBercirikan lebih moden dan terkini dengan mengekalkan elemen utama iaitu nama Maybank, warna kuning dan lambang kepala harimau mempamerkan bank berkenaan, manakala penggunaan lambang kepala harimau yang lebih hebat dan gagah menterjemah kekuatan kumpulan perbankan itu dan kepemimpinannya di rantau ini.\r\r\n\n\n\n\nLogo dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Menara Maybank di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.\rPerdana Menteri berkata, beliau gembira dengan keupayaan Maybank mencatat prestasi cemerlang tahun ini dan tahun lalu.\rKatanya, Maybank bukan saja berupaya mengekalkan status sebagai syarikat paling bernilai di Malaysia dengan pasaran modal RM65 bilion, tetapi turut memperoleh keuntungan selepas cukai sebanyak RM4.5 bilion tahun ini iaitu peningkatan 16 peratus daripada tahun sebelumnya.\rPaling membanggakan  prestasi Maybank menghasilkan  dividen yang diberi kepada unit amanah  diurus Permodalan Nasional Bhd  mencapai RM4.4 bilion hingga memberi kesan kepada pemilik unit amanah saham di seluruh negara.\r\n\n\n\n\rBagi pihak rakyat Malaysia dan kerajaan, saya mengucapkan tahniah kepada Lembaga Pengarah pengurusan dan kakitangan Maybank atas kejayaan amat cemerlang yang dicapai, katanya ketika berucap pada majlis pelancaran logo baru Maybank sempena majlis sambutan hari raya bank itu semalam.\rPerdana Menteri berkata, semua institusi kewangan di negara ini disarankan menyokong pelbagai inisiatif yang dilakukan kerajaan untuk membangunkan negara ke peringkat lebih tinggi.\rMengulas logo berkenaan, beliau menyifatkan pertukaran logo MAYBANK berbeza daripada syarikat lain kerana kebiasaannya ia dilakukan syarikat bermasalah dengan berharap ia dapat mengubah nasib syarikat berkenaan.\rMaybank berbeza kerana perubahan logo dilakukan untuk disesuaikan dengan kejayaannya di seluruh Asia, katanya.\rSementara itu, mengulas  perniagaan Maybank di luar negara, Abdul Wahid berkata, permohonan lesen perbankan di Laos dijangka  diluluskan  tahun depan dan akan membuka cawangan pertamanya di negara itu pada tahun sama.\rMaybank juga berharap dapat berkembang di Thailand dengan menjalankan perbankan runcit, katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.052021 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list