CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30259|Reply: 331

Miliki rumah mewah, gesa Jamil Khir perjelas

  [Copy link]
Post time 14-9-2011 08:11 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by slippergombak at 15-9-2011 01:31



Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.
Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.
“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya mengulas isu yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.
Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah.
Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.
“Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.
“Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain” katanya kepada Keadilandaily.
Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali.
Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu.
Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat.


== berkat amalam menabung dari lahir sehari 100 la katakan.... jutawan express...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 08:17 PM | Show all posts
arrr camni baru betul...ni main pitnah jek sbb dgr suara seiras,muka seiras...mamak kt umah aku pun seiras Tun M suaranya,x kecoh pun..wakakaka..cer citer cer citer jamil
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 08:18 PM | Show all posts
mewahnya....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 08:18 PM | Show all posts
menabung mcm ahkak pink la nih...
tp tak leh lawan khir tempe.... hiks
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 08:19 PM | Show all posts
no komen no komen --------->
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 08:20 PM | Show all posts
bumbung tu cam nak wat kubah jer
islamik nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-9-2011 08:23 PM | Show all posts
gaji cakap laa sebulan 13k... tiap2 bulan anak beranak dia tak makan dan minum, tak kuar gi memana, gi keje jalan kaki.. simpan laa sebulan 13k gaji yg dapat tuh...

darab ngan 3 tahun bermakna 36 bulan...
== baru RM468k jerk... kos bahan binaan sekarang pun dah mahal...telus...telus...

tahniah laa pemimpin UMNO jaga agama isele nenek moyang... kah...kah..kah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 08:25 PM | Show all posts
bumbung tu cam nak wat kubah jer
islamik nya
sepiITUindah Post at 14-9-2011 20:20



   kubah isele kaa kubah gereja.. sebab ada pencacai umno isele nenek ,moyang cakap kubah gereja pun camtuh...kah...kah...kah..
munteri jaga agama islam laa katakan.. umah musti kena ada kubah.. baru nampak lebih islamik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 08:28 PM | Show all posts
gaji cakap laa sebulan 13k... tiap2 bulan anak beranak dia tak makan dan minum, tak kuar gi memana,  ...
slippergombak Post at 14-9-2011 20:23

ko ni pun motif nak menyimpan.... dgn gj byk tu... brp byk bleh pinjam agaknya hiks
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 08:29 PM | Show all posts
arkitek kampong manala yg design umah si kertu ni..tak de taste langsung kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 08:31 PM | Show all posts
ini macam rumah ketua pengarah majlis bandaraya klang ka apa ka yg kantoi dulu.ke aku silap tengok?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 08:38 PM | Show all posts
aku tak rasa jamil khir ni buat benda bukan2.. mesti ada sebab disebalik rumah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 08:47 PM | Show all posts
dia tu bekas 2 star jeneral kan........ so takde masalah la... berpuluh2 tahun keje, termasuk duit royalti lepas pencen......
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 08:52 PM | Show all posts
pkai sclass w221 model umh dpn mesjid saidina hamzah
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 09:15 PM | Show all posts
heols menabung sejak kecil....
uols mane tau
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 09:50 PM | Show all posts
mesti dia dpt ilmu dari masyitah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 09:55 PM | Show all posts


yang nie rumah siapa pulak balaci PR murah kan rumah nie ..RM 1 jeee hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:17 PM | Show all posts
duit untung berniaga kuih raya tiap-tiap tahun tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:21 PM | Show all posts
gaji cakap laa sebulan 13k... tiap2 bulan anak beranak dia tak makan dan minum, tak kuar gi memana,  ...
slippergombak Post at 14-9-2011 19:23

Sebelum   jadik     menteri   tu  ...   dia  keje  ape?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:22 PM | Show all posts
Reply 7# slippergombak


    aku kan slalu ckp....ko sakit hati sgt dgn org yg bnyak reta/kaya/manyak duet

org mcm ko nih...kalo berpeluang jd menteri mcm dia...keja seminggu pun dh dapat bina banglo jota2 nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.314157 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list