CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61|Reply: 0

Sedia hotel bajet dekat Baitullah

[Copy link]
Post time 19-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kebajikan, kemudahan golongan sederhana juga perlu dijaga\rPROJEK pembesaran Masjidil Haram yang dilaksanakan kerajaan Arab Saudi membuktikan keprihatinan pihak berkuasa negara itu memastikan jemaah yang tidak pernah lekang menziarahi Tanah Suci itu mendapat keselesaan diharapkan untuk melakukan ibadat.\r\n\n\n\n\r  Malah, pembangunan pesat dijalankan membangkitkan rasa bangga kerana pentadbiran negara Islam berupaya menjadikan negara hutan batu serta padang pasir itu berdiri gah seperti ibu kota negara maju yang lain.\r\r\n\n\n\n\n  Lebih menggembirakan, rakyat Malaysia turut menyumbangkan kepakaran untuk pembesaran serta pembangunan yang direncanakan sejak 2008 bertujuan menyediakan perkhidmatan terbaik dengan mengutamakan kemudahan umat Islam seluruh dunia melakukan ibadat haji lebih berkesan.\rSejak pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim bersama anakanda Baginda, Nabi Ismail, yang menjadi tempat berhimpun berjuta umat Islam menyahut seruan Ilahi setiap kali musim haji, kawasan  sekitarnya  melalui banyak fasa pembesaran.\rImam Abul Hassan Mawardi meriwayatkan, pada zaman Rasulullah SAW hingga ketika Saidina Abu Bakar diangkat menjadi Khalifah, Masjidil Haram tidak mempunyai dinding. Perluasan Masjidil-Haram bermula pada 638 Masihi oleh Saidina Umar ibn Khattab.\rBeliau membeli rumah di sekeliling Kaabah dan diruntuhkan semua bagi tujuan perluasan dan usaha itu diteruskan Saidina Usman ibn Affan pada 647 Masihi. Pada 696 Masihi, cucu Saidina Abu Bakar bernama Abdullah ibn Zubair memperluaskan kawasan masjid dengan membeli gedung di sebelah timur dan selatan masjid.\r\n\n\n\n\rSementara di bahagian utara dan barat diperluaskan oleh Zaid bin Abdullah al-Harisi di bawah perintah Khalifah Bani Abbas, Abu Ja’afar al-Mansur. Pada 986 Masihi, Harun Ar-Rashid memasukkan gedung Dar An-Nadwah ke dalam masjid dan membina pintu Bab Ibrahim di sebelah barat.\rDari semasa ke semasa, pelbagai usaha dilakukan untuk mengindah serta memperbaiki keadaan di Masjidil Haram sebagai kemudahan kepada jemaah yang datang untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.\rFasa pertama pembesaran Masjidil Haram pada era moden bermula pada 1955 atas arahan pengasas Arab Saudi, Raja Abdul Aziz. Pada 1988, Raja Fahd Abdulaziz Al-Saud mengarahkan pembesaran kawasan solat dari 152,000 kepada 356,000 meter persegi.\rProjek pembesaran kali ini dilakukan di bawah kepemimpinan Raja Abdullah Abdul Aziz di bawah tanggungan penuh Kerajaan Arab Saudi.\rNamun, di sebalik kesungguhan menyediakan pelbagai kemudahan untuk melancarkan lagi perjalanan ibadat jemaah khususnya apabila tiba musim haji nanti, rasanya ada perkara terlepas daripada pandangan pihak berkenaan.\rWalaupun hati kagum melihat bangunan tinggi dan hebat mengelilingi Masjidil Haram, pasti ada yang berpandangan kemajuan dicapai Makkah hanya memberi kelebihan kepada golongan tertentu khususnya mereka yang berkemampuan.\rPembesaran kawasan Masjidil Haram bagi memuatkan lebih ramai jemaah berikutan jumlah umat Islam yang datang menunaikan haji serta umrah meningkat setiap tahun menyebabkan banyak bangunan serta kawasan penempatan berhampiran dirobohkan.\rSebagai ganti, dibina hotel serta pusat beli-belah bertaraf tinggi menyebabkan hotel bertaraf sederhana serta mampu duduk untuk golongan kurang berkemampuan kian jauh daripada kawasan masjid.\rDifahamkan, pakej  haji bagi yang ingin menginap di hotel paling hampir dengan kawasan masjid boleh mencecah puluhan ribu malah ada yang hingga ratusan ribu. Bertuahlah bagi mereka yang mampu menyediakan kos sebanyak itu.\rBagaimana dengan yang kurang mampu? Ini yang bermain di fikiran kerana kebanyakan hotel serta rumah sewa murah terletak agak jauh daripada kawasan Masjidil Haram. Oleh itu, bagi yang tinggal agak jauh, mereka perlu berjalan ke masjid.\rApabila berada di masjid, mereka perlu bijak merancang kerana untuk berulang balik ke bilik penginapan akan memakan masa serta tenaga sedangkan fokus utama adalah untuk memperbanyakkan ibadat mendekatkan diri kepada Allah.\rMungkin inilah ujian untuk mereka yang nekad berkelana ke Makkah bagi menunaikan Rukun Islam kelima dan keredaan hati menempuh cabaran adalah hikmah terbesar yang akan mendekatkan lagi manusia dengan Penciptanya. Syaratnya, semua itu dilalui dengan hati yang ikhlas, redha serta tabah.\rSekadar cadangan, mungkin pihak berkuasa boleh membangunkan kawasan yang hampir dengan Masjidil Haram untuk menempatkan hotel bertaraf sederhana serta mampu duduk khusus untuk warga emas serta golongan kurang upaya.\rKemudahan itu sebagai memenuhi keperluan mereka yang berdepan masalah kesihatan, faktor umur dan kurang upaya yang ingin menunaikan haji serta umrah dengan selesa dengan kos tidak membebankan.\rPastinya usaha itu disambut baik jemaah haji yang menanam cita-cita menjejakkan kaki di Baitullah tanpa perlu risau memikirkan perkara membabitkan penempatan, aspek perjalanan atau tahap keselesaan apabila berada di sana nanti.\rSekadar berkongsi rasa serta pandangan kerana bagi golongan muda, berjalan jauh untuk ke masjid tidak ada masalah namun bagi yang berusia, alangkah baiknya dapat menyimpan tenaga berbaki untuk melaksanakan ibadat dengan tenang dan khusyuk. Wallahualam.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.133938 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list