CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

RM3j kos jaga kandungan Beyonce

[Copy link]
Post time 19-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Jay Z pastikan isteri dapat penjagaan terbaik\rLOS ANGELES: Superstar Beyonce dan suaminya, Jay Z dilaporkan membelanjakan kira-kira $1 juta (RM3 juta) untuk memastikan tempoh kehamilannya berjalan lancar dan selamat.\r\n\n\n\n\r  Majalah Now melaporkan, pasangan itu melabur dalam semua aspek daripada pakar pemakanan sehingga losyen antitanda regangan dan bahagian untuk membantu Beyonce dan bayi yang belum lahir itu berada dalam keadaan baik.\r\r\n\n\n\n\n  “Beyonce menunggu lama untuk mendapatkan bayi ini dan dia bertekad menjaga kesihatan dirinya dengan baik,” kata sumber.\r“Dia mengupah pakar pemakanan untuk merancang menu makannya yang terdiri daripada makanan organik, melakukan sesi urutan setiap hari dan mengeluarkan belanja banyak untuk mendapat losyen bagi mengelakkan tanda regangan serta memastikan beliau berada dalam keadaan baik.\r“Beyonce diberitahu supaya menjaga dirinya dengan lebih berhati-hati berbanding sebelum ini dan Jay Z memastikan isterinya mendapat segala yang diperlukan,” katanya.\rMajalah Now menyatakan bekas bintang Destiny Child  itu tidak mahu mengambil sebarang risiko terhadap kandungan pertamanya,  manakala sumber  mendakwa perbelanjaan besar dikeluarkan untuk memastikan kesihatan penyanyi itu.\r\n\n\n\n\rAkhbar The Sun pula melaporkan, Beyonce, 30, turut mengidam makanan pelik sepanjang peringkat kedua kehamilannya termasuk makan pisang yang dicelup dengan sos tomato dan menambah aiskrim coklat Mounds dengan sos cili.\rBeyonce menjadi tajuk utama dalam Anugerah MTV Muzik Video kerana mengumumkan kehamilannya dilaporkan turut makan coklat Oreo yang diletak timun dan roti croisaint yang diletakkan coklat Daim cair, sebelum minum beberapa botol air halia.\rThe Sun  melaporkan yang penyanyi itu kelihatan terlalu lapar selepas majlis anugerah berkenaan dan terus makan sebaik turun dari pentas. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.423183 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list