CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67|Reply: 0

Hayati etika kewartawanan Islami sampaikan berita benar, adil

[Copy link]
Post time 20-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
INDUSTRI pemberitaan dunia hari ini sudah sekian lama tersasar daripada kebenaran apabila dimonopoli kuasa besar yang kebanyakannya dimiliki tokoh Yahudi. Apabila Yahudi menguasai media, sudah pasti berita diterima masyarakat hanya yang baik berhubung rejim Zionis.\rLihat saja siapa di belakang media antarabangsa seperti CNN, CNBC, FOX, REUTERS, BBC dan lain-lain yang sama ada secara langsung atau tidak langsung pasti berkaitan dengan rejim Zionis.\r\n\n\n\n\rDisebabkan itu, berita kesengsaraan warga Palestin dan kekejaman Israel tidak dihebahkan kepada masyarakat antarabangsa. Begitu juga kesengsaraan umat Islam di Somalia, Kenya, Sudan dan lain-lain. \r\r\n\n\n\n\nHari ini, sudah menjadi fardu kifayah kepada umat Islam untuk menjadi pembekal berita yang sebenar tanpa perlu bergantung kepada sumber asing ini. Peranan dimainkan al-Jazeera ketika peristiwa 11 September dan Perang Amerika-Iraq pada 2003 memberi pukulan teruk kepada media asing yang berpengaruh itu.\rIa sepatutnya dicontohi agensi media tempatan negara kita untuk menjadi pembekal berita setanding al-Jazeera dan media besar lain. Sampai bilakah umat Islam harus bergantung sumber berita media besar bukan Islam ini?\rMasyarakat Islam hari ini mendambakan berita yang benar dan siapakah yang diharapkan berpegang teguh kepada kebenaran melainkan berita daripada orang Islam sendiri. Mana-mana wartawan berjuang dengan ikhlas mencari berita yang benar dan menyampaikan kebenaran itu kepada masyarakat sebenarnya menjalankan tugas murni di sisi Islam. \rItulah etika kewartawanan Islami yang semakin tidak dihayati sebahagian pengamal media hari ini, bahkan dalam kalangan pengamal media beragama Islam sendiri. Selama mana kita tidak berpegang kepada etika kewartawanan Islami, selama itulah kita tidak mampu pergi jauh dan menjadi sumber berita yang mempunyai kredibiliti serta diterima ramai.\r\n\n\n\n\rIslam begitu mementingkan kebenaran bukan saja dalam laporan pemberitaan bahkan dalam segenap aspek kehidupan kita. Contohnya, pada sifat Rasullulah SAW yang terkenal ‘al-Siddiq’ yang membawa maksud benar dalam tutur kata dan tingkah laku. \rKebenaran adalah isu pokok dalam ajaran Islam, bahkan Islam menggesa umatnya bercakap benar walaupun pahit terutama apabila kebenaran itu ada ketikanya kena batang tubuh sendiri yang menuturkannya. \rBerapa ramai sahabat dan salafussoleh yang apabila ditegur mengakui kesilapannya kerana kuatnya mereka berpegang pada prinsip kebenaran. \rDiriwayatkan oleh Jabir, Baginda SAW menyebut yang mafhumnya: “Tiada sedekah yang lebih dicintai Allah daripada bercakap benar.” (Hadis riwayat Baihaqi)

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.039616 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list