|
MALAYSIA kini menjadi antara destinasi pelaburan menarik bagi pelabur Jepun, berikutan lokasinya yang strategik, persekitaran geografi bebas bencana serta kestabilan politik.\rTimbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir, berkata selepas berdepan bencana gempa bumi dan tsunami Mac lalu, pelabur Jepun kini mula meninjau menempatkan semula atau mengembangkan perniagaan di ASEAN dan Malaysia menarik minat mereka kerana jenis pelaburan yang ditumpu.\r\n\n\n\n\rBerikutan itu pelaburan dari negara terbabit dijangka akan meningkat dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.\r\r\n\n\n\n\nKatanya, pihaknya kini agresif menjalankan misi perdagangan di negara itu yang terbaru di Tokyo selepas Osaka pada Julai dan menerima sambutan menggalakkan daripada pelabur berpotensi negara itu.\r“Ada beberapa syarikat di sana yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai peluang pelaburan di Malaysia melawat beberapa koridor negara ini, termasuk Iskandar Malaysia.\r“Boleh dikatakan ada pelabur negara itu yang dalam peringkat membuat keputusan, sama ada hendak melabur di negara ini antaranya dalam sektor automotif, elektrik dan elektronik berteknologi tinggi,” katanya selepas mendengar taklimat mengenai perkembangan Iskandar Malaysia di Johor Bahru, semalam.\rTaklimat itu disampaikan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Johor Corporation (JCorp), Iskandar Investment Bhd (IIB) dan UEM Land. Hadir sama, Ketua Eksekutif IRDA, Ismail Ibrahim.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|