CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112|Reply: 0

SMK Serdang Kedah cipta nama di Sweden

[Copy link]
Post time 21-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
IDEA kreatif empat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serdang, Kedah yang mengetengahkan isu fenomena perubahan iklim membawa tuah apabila dipilih pemenang ketiga Pertandingan International Finals of Volvo Adventure 2011, yang berlangsung di Gothenburg, Sweden, baru-baru ini.\rKejayaan yang dicapai pasukan diwakili Noorsuraya Kamila Mohd Salleh, Kaviraj Raman, Mohanraj Krishnan dan Ang Yue Shuang dengan bimbingan, Renuka Muniandy itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai USD4,000 (RM 11,938).\r\n\n\n\n\r  Guru Pembimbing mereka, Renuka menyatakan, kelu lidah berkata-kata melainkan kegembiraan terpancar bagi seorang guru apabila pelajarnya terpilih menyertai pertandingan berkenaan sekali gus berjaya mendapat tempat ketiga.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, pengalaman menyeronokkan itu berjaya meluaskan minda dan pandangan pelajarnya serta membina keyakinan diri apabila bertanding bersama rakan sebaya lain di peringkat global. \rMenceritakan mengenai pembabitan awal SMK Serdang dalam pertandingan itu, Renuka yang juga pencinta alam sekitar berkata, beliau mendapat maklumat mengenainya ketika melayari laman sesawang mengenai alam sekitar.\rBeliau berkata, berbekalkan sokongan Pengetua, Che Ensun Abdullah, SMK Serdang mula mendokumenkan program alam sekitar mereka bertajuk ‘Every Step Counts’ yang mengetengahkan fenomena perubahan iklim bermula Mac 2009 hingga September 2010.\r“Projek yang diusahakan selama 19 bulan itu dengan pelbagai aktiviti diketengahkan, antaranya membuat kain rentang menunjukkan sokongan, kempen menjimatkan tenaga, menanam pokok, kitar semula, menghasilkan penanda buku dan brosur, menempatkan pelajar di asrama, meminta kerajaan tempatan membaiki lampu isyarat, mewujudkan sudut hijau, hari tanpa plastik dan kaji selidik perubahan iklim,” katanya.\r\n\n\n\n\rKatanya, projek berkenaan diperkenalkan bagi menyemai pengetahuan dan kesedaran mengenai pelepasan gas karbon dioksida serta kesannya kepada perubahan iklim.\r“Kami mahu masyarakat tempatan sedar bahawa setiap individu berperanan memainkan peranan dalam mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida ini. Projek ini membuahkan hasil apabila berjaya mengajak warga sekolah, masyarakat tempatan dan pihak berkuasa untuk mengambil berat mengenai isu perubahan iklim ini sekali gus menyedarkan mereka bahawa perkara kecil yang dilakukan di peringkat tempatan juga boleh menyumbang kepada perubahan besar di peringkat global,” katanya. \rSelain SMK Serdang, pelajar dari Shanghai, China yang mengetengahkan projek mengurangkan penggunaan penyepit pakai buang di Shanghai juga turut cemerlang apabila dipilih pemenang pertama sekali gus membolehkan mereka membawa pulang wang tunai USD 10,000 (RM29,833).\rTempat kedua dimenangi pelajar dari Britain yang mempertaruhkan projek mengenai keburukan makanan import dan kebaikan makan makanan tempatan sekali gus membawa pulang wang tunai USD 6,000 (RM17,899.80).  \rPertandingan Volvo Adventure ialah program pendidikan yang dijalankan dengan kerjasama Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menggalakkan golongan remaja mengenal pasti masalah alam sekitar di peringkat tempatan dan mencari penyelesai kreatif bagi mengatasinya.\rPertandingan berasaskan internet itu mensasarkan golongan muda berusia 13 hingga 16 tahun dengan 10 pasukan dipilih ke peringkat akhir yang diadakan setiap tahun di Gothenburg, Sweden.\rSebanyak 260 penyertaan diterima daripada pelajar seluruh dunia tahun ini, antaranya China, India, Malaysia, Oman, Madagascar, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Argentina, Hungary, Turki dan Britain.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.031613 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list