|
Ahmad Ramli, Sani Sudin, Cicik, Kemala, Amni Jagat, Sargen dan Rahman Shaari akan beraksiBERTEPATAN dengan tema Lestari Alam yang ditetapkan penganjur, deklamator dan artis yang akan beraksi pada pentas Malam Puisi Riong Berita Harian (BH) - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 24 September ini di Tapak Konvokesyen UTM, Skudai, akan menyampaikan puisi berkaitan alam semula jadi.\n\n\n\nSasterawan Negara (SN) Ke-11, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala berkata, beliau akan menyampaikan puisi, Kashaf Danau yang dipetik daripada buku himpunan puisinya, Ziarah Tanah Kudup yang mengisahkan seorang penyair yang kembali ke tanah airnya kerana merindui keindahan alam semula jadi di tempatnya.\n\n\n\n\n\n“Puisi itu mengisahkan seorang penyair yang merindui danau di tanah airnya. Danau sebagai kawasan berair yang luas dan dikelilingi tanah daratan punya keindahan alam semula jadi dan pasti meninggalkan pelbagai tafsiran mahupun kenangan kepada sesiapa yang pernah menyaksikan ciptaan Ilahi ini,” katanya kepada Sastera, baru-baru ini.Penyair muda kelahiran Johor, Syahril Azrul atau nama penanya, Amni Jagat berkata, beliau akan mendeklamasikan puisi, Khazanah Kekasih Adikira, karyanya yang ditulis pada 2007 berkisar mengenai perasaan kasih terhadap alam semesta.“Saya banyak menghasilkan puisi berkaitan alam semula jadi pada sekitar 2005 hingga 2007 dan Khazanah Kekasih Adikira adalah salah satu daripadanya,” katanya yang berkecenderungan untuk menjadikan alam semula jadi sebagai subjek utama dalam puisi tulisannya.Penyanyi lagu puisi, Ahmad Ramli, pula akan melagukan puisi Pohon karya Sasterawan Negara (SN), Prof Dr Muhammad Salleh dan dijadual bakal menarik perhatian memandangkan ia menggunakan rentak keroncong yang jarang digunakan dalam usaha mengiramakan puisi.\n\n\n\n“Puisi Pohon mengisahkan pohon yang dijadikan tempat untuk berlindung dan ia adalah satu daripada lagu dalam album terbaru saya yang dihasilkan bersama Sani Sudin. Album yang memuatkan lagu ini bakal berada di pasaran dalam masa beberapa bulan. Saya amat berbesar hati berkongsi lagu puisi ini dengan khalayak Malam Puisi Riong BH-UTM,” katanya.Johan Deklamasi Puisi, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) Peringkat Kebangsaan 2002, 2006, 2008 dan 2010, Sarjan Yusof Ramji pula berkata, beliau akan mendeklamasikan puisi, Gudang Ringgit yang diberi nafas teater.“Puisi ini ditulis khusus untuk Malam Puisi Riong BH-UTM dan berkisar pada kelestarian alam yang semakin diancam pada ketika setiap insan di muka bumi ini memburu pembangunan dan kemodenan sehingga aspek keuntungan mengatasi segala-galanya dalam perkiraan sebahagian besar insan,” katanya.Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara 2007, Dr Rahman Shaari akan mendeklamasikan puisinya, Harga Remaja yang dipetik daripada antologi dengan judul serupa dan juga teks Komponen Sastera Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) pelajar Tingkatan Empat.“Puisi Harga Remaja ini karya saya yang berkisar pada ilmu dan sikap remaja hari ini,” katanya pada majlis yang akan turut akan menerima sentuhan Pengacara TV3, Fedtri Yahya yang bakal berdeklamasi di samping bertindak sebagai pengacara majlis. Malam Puisi Riong BH-UTM kali ini turut menampilkan peserta Akademi Nasyid 2008, Mohd Shukri Mohd Tajudin atau lebih dikenali sebagai Cicik dan Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang serta Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid, turut dijadualkan beraksi di pentas puisi.Ini adalah kali ketiga UTM bekerjasama dengan BH selepas menjayakannya sebanyak dua kali pada tahun lalu dan Malam Puisi Riong BH-UTM ini adalah persinggahan keempat dalam jerayawara program terbabit bagi tahun ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|