View: 205|Reply: 0
|
PIKOM harap insentif penggunaan aplikasi IT
[Copy link]
|
|
Langkah rancak industri, galak transaksi dalam talian\rPERSATUAN Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) berharap Bajet 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 7 Oktober ini akan turut memasukkan pemberian insentif kepada aktiviti yang berkaitan aplikasi teknologi maklumat (IT).\r\n\n\n\n\r Presidennya, Shaifubahrim Saleh, berkata pihaknya berpendapat langkah itu dapat menggalakkan pelbagai pihak melakukan transaksi secara dalam talian.\r\r\n\n\n\n\n “Misalnya, orang ramai sepatutnya diberikan insentif atau pengurangan dalam bil yang dibayar jika mereka melakukannya secara dalam talian daripada pergi ke bank atau pejabat pos.\r“Saya percaya ini akan menggalakkan penggunaan dalam talian dan merancakkan industri IT negara ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian pejabat Compuware Malaysia Sdn Bhd di Kuala Lumpur, semalam.\rBeliau berkata, PIKOM juga ingin mengulangi cadangan dikemukakan oleh syarikat modal teroka yang meminta kerajaan memberikan insentif sama ada dalam bentuk tidak mengenakan cukai, memberikan geran atau padanan geran ringgit ke ringgit kepada kepada usahawan atau syarikat tempatan yang mempunyai idea bernas memperkenalkan perkhidmatan atau produk berkaitan penggunaan teknologi IT yang boleh menjadikan proses perniagaan lebih cekap.\rBeliau berkata, langkah itu dapat menggalakkan penggunaan teknologi di negara ini.\r\n\n\n\n\r“Cadangan itu adalah jelas dan mudah dilaksanakan untuk merancakkan industri IT,” katanya.\rSelain itu, Shaifubahrim berkata, pihaknya juga berharap kerajaan akan mewujudkan badan yang memperjuangkan pembangunan teknologi komunikasi maklumat (ICT) di negara ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|