View: 132|Reply: 0
|
Kongres bincang tingkat citra MAIN gembleng sumber ekonomi ummah
[Copy link]
|
|
UNDANG-UNDANG syariah serta program pembangunan umat Islam dalam pelbagai bidang akan dapat diselaraskan apabila persetujuan yang dicapai di peringkat persekutuan dikuatkuasakan atau dilaksanakan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) serta pihak bertanggungjawab dalam pentadbiran Islam.\rOleh itu, Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia yang akan membincangkan strategi dan peranan yang perlu dilaksanakan MAIN untuk pembangunan ummah yang bakal menjadi landasan ke arah merealisasikan matlamat itu.\r\n\n\n\n\r Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Othman Mustapha berkata, kongres yang akan berlangsung selama dua hari itu turut menjadi ruang interaksi dan perkongsian pintar antara MAIN dalam membangun dan mengurus tadbir sosioekonomi ummah.\r\r\n\n\n\n\n Selain itu, pertemuan yang mengumpulkan ahli MAIN, ahli muzakarah fatwa, mufti, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), tokoh akademik, pakar ekonomi dan ramai lagi diharap dapat meningkatkan citra MAIN sebagai peneraju transformasi dan inovasi pembangunan ummah.\r“Menjadi harapan kita supaya persetujuan yang dicapai pada kongres ini melalui resolusi dipersetujui dapat dilaksanakan oleh pihak berkuasa agama negeri. Penyelarasan ini dapat membantu program serta projek berkaitan umat Islam dilaksanakan secara berkesan.\r“Apabila ini tercapai, setiap persetujuan dicapai pada peringkat persekutuan akan dilaksanakan oleh negeri secara bersama. Tidak dinafikan apabila ada perkara yang tidak selaras, ia menimbulkan pelbagai persoalan,” katanya.\rKongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia anjuran JAKIM dengan kerjasama MAIN akan diadakan pada 26 dan 27 September bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. \r\n\n\n\n\rMajlis perasmian kongres berkenaan yang dijangka dihadiri kira-kira 1,000 peserta akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.\rOthman berkata, fokus utama kongres ialah untuk merangka strategi secara kolektif supaya MAIN dapat menggembleng sumber ekonomi umat Islam secara inovatif serta berupaya menangani suasana globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat.\rBeliau berkata, resolusi yang dicapai sepanjang kongres akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja untuk mendapat perkenan bagi tindakan selanjutnya oleh MAIN serta pihak berkuasa agama Islam yang lain.\r“Sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap pembangunan umat Islam, masyarakat juga perlu bersama berkongsi aspirasi. Oleh itu, melalui satu penyelarasan yang jitu, masyarakat dapat memahami peranan MAIN sebagai pentadbir pembangunan Islam di negeri.\r“Banyak perkara membabitkan kepentingan ummah dalam bidang ekonomi, perundangan, pendidikan serta pembangunan mampu dilaksanakan dengan lebih berkesan apabila semua pihak berkongsi hasrat serta matlamat yang sama,” katanya.\rKatanya, JAKIM berharap Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia menjadi titik tolak kepada penganjuran program lain secara bersama antara agensi Islam di negara ini untuk mencari dasar baru kepada kemajuan masyarakat Islam.\rRaja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah akan menyampaikan titah bertajuk Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah. \rTiga kertas kerja akan dibentangkan iaitu Majlis Agama Islam Negeri Pemacu Pendidikan Ummah; Peranan Majlis Agama Islam Negeri dalam Membangun Sosio Ekonomi Ummah dan Peranan Majlis Agama Islam Negeri Memperkasa Undang-Undang Syariah.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|