CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 107|Reply: 0

Pendakwah berhemah tahu cara beri teguran

[Copy link]
Post time 23-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ILMUWAN hadis dan tafsir dari Cordoba, Sepanyol, Imam Abu Abdullah Al-Qurtubi, berkata menjadi tanggungjawab pendakwah memberikan nasihat kepada saudaranya dengan cara penuh bijaksana, lemah lembut dan menggunakan strategi.\rOleh itu, pendakwah perlu menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur serta memberi nasihat supaya orang yang ditegur tidak merasa malu atau melarikan diri sehingga menggagalkan matlamat dakwah. Komunikasi lisan yang berhemat ini turut dikenali sebagai kesantunan berbahasa.\r\n\n\n\n\rKesantunan dalam berbahasa akan memperlihatkan kesopanan terhadap orang yang bercakap dan dianggap sebagai seorang berbudi bahasa. Kaedah psikologi dakwah adalah metodologi terbaik dalam usaha mendekati, memahami, menyampaikan dan mengendalikan tingkah laku manusia.\r\r\n\n\n\n\nPendekatan ini mampu memberi kesan kepada masyarakat. Kita tidak mahu pendakwah mudah menerima label sebagai penghukum daripada berperanan mendidik masyarakat yang dahagakan ilmu agama. \rKita perlu memahami kehendak dan naluri masyarakat sebelum menjalankan tanggungjawab dakwah. Psikologi merujuk kepada ilmu berkaitan tingkah laku manusia yang mencerminkan pancaran sebenar gejala jiwanya.\rSememangnya ada kalangan individu dan masyarakat kita yang langsung tidak sensitif perkara berkenaan. Psikologi dakwah satu kaedah yang mudah dipupuk dan amat menarik untuk dipelajari. Komunikasi lisan pendakwah membabitkan soal hati dan perasaan membabitkan kedua-dua belah pihak. \rRasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka masing-masing.” (Hadis riwayat Muslim) \r\n\n\n\n\rMaksud tersirat ialah budaya menegur  amalan baik dan praktikal tetapi mesti dilakukan secara lembut, penuh kebijaksanaan dan bijak membaca suasana persekitaran dengan mengambil kira keadaan serta kedudukan masyarakat itu sendiri.\rSetiap individu mempunyai perbezaan cara berfikir, mengeluarkan pendapat dan memberi pandangan dalam menangani pelbagai isu. Perbezaan ini akan mencambahkan ilmu yang membantu  menghadapi cabaran kehidupan.\rAda tiga perkara asas yang menjadi garis panduan dalam memberi teguran kepada seseorang. Tujuannya untuk mempertahankan ukhuwah supaya tidak menjadi musuh.\rPertama, teguran tidak  menghina dan menjatuhkan maruahnya, keduanya mencari masa dan ruang bersesuaian serta ketiga, memahami kedudukan orang ditegur dalam konteks kelapangan, keselesaan serta bebas tekanan emosi.\rApa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan dihitung oleh Allah. Perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan mampu mengundang ucapan penghargaan atau menjurus ke arah permusuhan. \rAllah SWT berfirman yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.” (Surah An-Nahl, ayat 125) \rNamun, sejak kebelakangan ini semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan itu mempunyai kebenarannya. \rBaginda Rasul didatangi seorang lelaki yang meminta izin untuk melakukan zina.\rRasulullah dengan berhikmah bertanya lelaki itu: “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu? Jawab lelaki itu: Aku tidak menyukainya ya Rasulullah. Lalu baginda berkata dengan lembut: Begitu juga dengan orang lain, mereka juga tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita dalam kalangan kerabat mereka.”\rItulah pendekatan ditunjukkan Rasulullah SAW untuk dicontohi. Persoalannya, mengapa kita ketepikan cara  yang ditunjukkan Baginda. Pendekatan itu bukan terhad kepada orang Islam, juga bukan Islam.\rAllah memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun  berkata lembut kepada Firaun seperti firman-Nya yang bermaksud: “Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” (Surah Thaha, ayat 44) \rJika dengan Firaun pun Allah perintahkan nabi bercakap lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Islam tidak suka kita bercakap atau berhujah  semata-mata mengikut perasaan terpendam. \rJika memaksa orang lain berhenti melakukan kejahatan nescaya lebih banyak kejahatan dilakukannya. Sebaliknya ajaklah orang itu memulakan kerja kebaikan walaupun sedikit kerana yang sedikit akan menjadi kebiasaan yang membunuh sifat buruknya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.074941 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list