CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 218|Reply: 0

Hadiah, anugerah sastera rahsia

[Copy link]
Post time 27-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Pencalonan dan penghakiman terbuka disokongPENILAIAN hadiah dan anugerah sastera Malaysia selalunya dibuat secara sulit kerana proses pemilihan dan penghakiman dilakukan secara tertutup.\n\n\n\nIni membawa khayalan nakal  sesetengah orang sastera bahawa pegawai urus setia dan panel hakim menandatangani borang aku janji untuk tidak mendedahkan ‘rahsia negara’ itu kepada umum seperti kata pepatah ‘biar pecah di perut, jangan pecah di mulut’.\n\n\n\n\n\nDi sebalik, sifat rahsia dan sulit yang menyelubungi pemilihan hadiah dan anugerah sastera tanah air, penilaian pada peringkat serantau dan antarabangsa boleh pula dilakukan secara terbuka.Di Asia Tenggara, Thailand memilih untuk berkongsi buku yang dicalonkan untuk Anugerah Penulisan SEA 2011, manakala Hadiah Sastera Man Asia dan Hadiah Sastera Man Booker mempunyai mekanisme penilaian berdasarkan senarai panjang dan pendek.Buku yang diterima oleh penganjur itu akan dipapar di laman web mereka, manakala kenyataan akhbar mengenai senarai panjang dan pendek pula dihantar kepada media untuk disiarkan.Malah, keterbukaan itu bukan hanya dalam konteks senarai buku, tetapi juga senarai juri yang bakal menilai buku untuk hadiah terbabit turut didedahkan sejak awal lagi, tanpa bimbang bakal menjejaskan profesionalisme mahupun \n\n\n\nketelusan hakim.Sejak sekian lama, pemilihan dan penilaian hadiah dan anugerah sastera tanah air disembunyi dan berselindung di sebalik ungkapan rahsia dan sulit, sudah tiba masanya ia dibuat secara telus dan terbuka.Pengendali komuniti pembaca dalam talian, Goodreads Malaysia, Najibah Abu Bakar, yakin proses penilaian yang dibuat secara terbuka dapat memberi peluang kepada khalayak sastera dan orang awam untuk lebih mendekati sastera yang selalu dilabel sebagai karya ‘jiwang’ dan tidak berjejak di bumi nyata.“Waktu penilaian inilah, mereka boleh didedahkan bahawa sastera ada pathos dan logos serta memiliki falsafah di sebalik teksnya.“Masyarakat awam juga dapat disedarkan tentang kewujudan teknik yang dibangunkan sejak zaman berzaman dan bukan semata-mata emosi yang berbaur dengan kata-kata atau imaginasi kosong yang menghanyutkan,” katanya.Najibah berkata, penilaian terbuka juga dapat mengubah pandangan stereotaip masyarakat awam yang menganggap sastera sebagai bidang elit yang hanya sesuai untuk segelintir kelompok tertentu.“Oleh itu, ia dapat memberi ruang dan peluang kepada pembaca tegar mahupun pembaca umum untuk turut sama mengikuti serta menikmati proses intelektual seperti yang dilaksanakan hakim.“Khalayak pembaca Melayu dan sastera kita memang kecil, tetapi ia tidak patut menghalang kita untuk membawa semangat intelektual ke dalam masyarakat melalui penilaian yang lebih terbuka,” katanya.Mengenai penilaian secara sulit yang selama ini dilakukan oleh hakim, Najibah menganggap panel berkenaan bersedia untuk mengetengahkan pemikiran mereka ke tengah masyarakat dan menerima sebarang kritikan setaraf dengan intelektual mereka.“Inilah peluang untuk menaikkan nama sastera pada mata orang awam yang selama ini menganggap peranan sastera dalam masyarakat sebagai kecil.“Bukankah lebih baik kita menawarkan isi perbincangan yang bermanfaat seperti sastera sebagai alternatif daripada membiarkan hal remeh-temeh lain berlegar dalam ruang awam?” katanya.Najibah mengharapkan dapat melihat pemilihan berprestij dalam sayembara dan penilaian hadiah sastera yang lain dilengkapi dengan senarai panjang dan senarai pendek.“Senarai itu kemudian diuar-uarkan secara besar-besaran dalam media seperti televisyen, akhbar, majalah dan radio, lalu  diraikan oleh pekedai buku dengan mempamerkan buku pilihan di rak khusus pada musimnya yang turut disambut oleh blog buku dan pembaca sehingga tersebar di rangkaian sosial.“Selama ini, saya berasa terpinggir daripada proses penilaian yang seolah-olah menganggap pembaca tegar tidak bernilai untuk diberitahu mengenai aspek penilaian dan pemilihan sedangkan kami ingin mengasah ketajaman dan kepekaan minda untuk berdiskusi dengan teman mengenai buku yang dipilih dan berasa dihargai daripada sudut intelektual,” katanya.Harapan Najibah yang tentunya mewakili pembaca tegar itu mungkin dapat menjadi kenyataan seandainya persetujuan awal Pengarah Bahagian Perkembangan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Sallehudin Abang Shoekran pada pertemuan dengan Sastera di pejabatnya di DBP, Kuala Lumpur, baru-baru ini.“Pihaknya akan membuat satu kertas cadangan mengenai penilaian terbuka itu, sekali gus menimbang aspek positif dan negatif. Penilaian terbuka itu memang dapat menggalakkan perbincangan secara intelektual terhadap karya yang mewakili sastera kebangsaan.“Bagaimanapun, pihak kami akan mengkaji kesan penilaian itu kepada pengarang dan penerbit, selain mengambil kira reaksi yang diberikan penerbit terhadap kaedah penilaian sedia ada,” kata Sallehudin.Beliau mengakui tidak banyak penerbit yang memberi kerjasama dengan menghantar lima naskhah novel dan buku terbitan mereka untuk dinilai bagi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM).“Ini mungkin disebabkan kos yang terpaksa penerbit tanggung terutama syarikat kecil sehingga DBP terpaksa menyediakan peruntukan untuk membeli buku yang tidak dihantar.“Hal sebegini kita akan diambil kira dalam mempertimbangkan cadangan penilaian secara terbuka supaya hadiah sastera dan anugerah buku anjuran DBP dapat diperluaskan kepada pengetahuan umum,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.039218 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list