CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

Fragmen: Akibat nila setitik dalam persatuan hiburan

[Copy link]
Post time 3-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SEORANG presiden sebuah persatuan digugurkan sebagai ahli lembaga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) difahamkan kerana bankrap. Manakala seorang lagi presiden sebuah persatuan dilaporkan tidak mendapat kepercayaan daripada ahli kerana didakwa menyalahgunakan wang persatuan.\rKedua-dua kes ini sudah cukup membuktikan betapa kredibiliti dan kewibawaan segelintir pemimpin persatuan dalam dunia hiburan kurang dihormati, dipertikaikan atau dipersoalkan.\r\n\n\n\n\rDalam laporan akhbar, sama ada dalam desas-desus atau laporan berita, Presiden Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM), Ismail Ahmad dikatakan menerima desakan daripada ahlinya membuat mesyuarat agung tergempar (EGM) yang mana dalam mesyuarat itu nanti dia diminta menjelaskan isu berkaitan dengan kedudukan wang persatuan.\r\r\n\n\n\n\nMenerusi laman sosial daripada ahli SWAM, mereka sudah hilang kepercayaan kepada Ismail kerana didakwa menggunakan atau mengeluarkan wang persatuan tanpa sebab dan tujuan jelas.\rPada November ini akan berlangsung Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) dengan Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) diberi tanggungjawab sebagai penganjur. Dan dalam GAFIM, ada gabungan pemimpin persatuan yang mewakili setiap kepentingan dalam dunia hiburan, terutama membabitkan perfileman dan muzik.\rSempena dengan penganjuran FFM24, setiap pemimpin persatuan dalam GAFIM diberi peranan masing-masing untuk membantu melancarkan perjalanan festival ini.\rFFM memerlukan promosi dan publisiti untuk memastikan suasananya atau kehadirannya benar-benar dirasai. Ahmad Ibrahim atau dikenali sebagai Mat London yang juga Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) ialah pihak yang diberi tanggungjawab oleh GAFIM sebagai Pengerusi Jawatankuasa bagi mempromosikan FFM24.\r\n\n\n\n\rBagi kalangan media, setakat ini belum ada usaha mempromosi dan memberi publisiti yang berkesan. Ramai rakan media tidak tahu atau tidak dimaklumkan mengenai siri jelajah FFM24 yang sudah berlangsung di Pulau Pinang dan Ipoh, Perak.\rSelain tugas terkini dalam FFM24, kewibawaan Mat London dalam memimpin FDAM juga dipersoalkan. Di manakah dan apa sudah jadi dengan pelbagai program yang direncanakan oleh Mat London ketika mula memimpin FDAM.\rMungkin atas faktor kesihatan dan ada sebab lain yang kita tidak tahu menyebabkan segala perencanaan tidak dapat dilaksanakan.\rApa yang berlaku kepada Mat London dan Ahmad Ismail adalah sebahagian daripada beberapa pemimpin persatuan hiburan yang sedikit sebanyak menjejaskan imej, kewibawaan dan kemampuan pemimpin persatuan hiburan lain.\rMemang kita di media agak keberatan untuk mendedahkan sepenuhnya salah laku sesetengah pemimpin persatuan kerana ia bukan saja menjatuhkan maruah tetapi boleh mengheret kepada campur tangan pihak berkuasa. \rBagi kita, biarlah ahli saja membuat tindakan sewajarnya yang atas pemimpin seperti ini. Dalam sejarah persatuan hiburan, memang ada ahli bertindak melaporkan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengesyaki wujud salah laku atau pecah amanah di kalangan pemimpin persatuan mereka.\rApa pun perkara seperti ini memberi kesan besar kepada masyarakat. Kerajaan, agensi kerajaan, sektor korporat, media dan orang ramai menjadi ragu-ragu atau hilang keyakinan terhadap keupayaan pemimpin persatuan dalam memimpin kebajikan dan memperjuangkan hak serta kepentingan ahlinya.\rSesiapa pun boleh mencalonkan atau dicalonkan menjadi pemimpin. Tapi sebelum mencalonkan diri atau menerima cadangan pencalonan daripada rakan rakan, seseorang itu haruslah mencermin diri sendiri terlebih dulu. \rUntuk menjadi pemimpin persatuan hiburan, populariti dan pandai cakap pun belum mencukupi. Mesti ada ketokohan, imej, pengaruh dan disokong pula dengan hasil kerja cemerlang.\rSeseorang calon atau pemimpin tertinggi dalam sesebuah persatuan seharusnya ada satu hubungan yang agak baik dengan kerajaan, pertubuhan media, orang politik, sektor korporat serta stesen TV kerana semua itu sebahagian daripada perkara penting menggerakkan segala aspek berkaitan dengan industri hiburan.\rAnehnya, walaupun ada sesetengah pemimpin persatuan yang sudah terbukti tidak mampu memimpin dan mentadbir, tetapi masih bernafsu untuk bertanding sebagai Presiden dalam setiap mesyuarat agung pemilihan. \rMereka ini akan melakukan apa saja sehingga sanggup melanggar perlembagaan persatuan, mengetepikan keputusan ahli jawatankuasa bahkan tidak mempedulikan hak ahli sah, apabila membawa orang luar yang muncul secara tiba-tiba bagi memastikan dirinya menang dalam pertandingan merebut jawatan.\rSesekali kita terfikir juga, barangkali ada udang di sebalik batu mengapa ada individu ini \'bermati-matian\' hendak jadi Presiden sedangkan sumbangannya sebelum itu tidak seberapa, malahan menimbulkan banyak kemusykilan kepada ahlinya.\rKasihan kepada pemimpin persatuan yang dedikasi, telus, ikhlas dan bersungguh-sungguh memperjuangkan kepentingan dan kebajikan ahlinya, tetapi menghadapi masalah ketidakpercayaan gara-gara pemimpin persatuan lain yang bermasalah. - [email protected]

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.045843 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list