CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

Puteri Charlene perlu masa

[Copy link]
Post time 4-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Masih belum dapat sesuaikan diri jalankan tugas  diraja sepenuh masa\rLONDON: Puteri Charlene yang baru mengahwini pasangannya, Putera Albert II dari Monaco menegaskan bahawa beliau akan menjalankan tugas diraja dengan caranya sendiri tetapi mengakui bahawa tanggungjawab itu memerlukan banyak masa untuk dilaksanakan.\r\n\n\n\n\rDalam satu temubual dengan akhbar Daily Telegraph semalam, wanita berusia 33 tahun yang berasal dari Afrika Selatan itu mengahwini Putera Albert II pada Julai lalu ketika akhbar British melaporkan bahawa beliau cuba untuk melarikan diri sebelum hari besar berkenaan.\r\r\n\n\n\n\nPasangan berkenaan berkahwin beberapa minggu selepas Putera William dan Catherine Middleton melangsungkan perkahwinan mereka, tetapi Charlene enggan membuat sebarang perbandingan membabitkan kedua-dua  mereka dengan berjanji untuk melakukan semua perkara mengikut caranya sendiri.\r“Saya rasa bagi seseorang yang tinggal di sebuah negara baru dan menjalani satu gaya hidup baru, ia adalah satu peranan berbeza,” katanya kepada akhbar British terbabit pada minggu terakhir Minggu Fesyen Paris.\r“Saya baru belajar. Saya seorang perenang Olimpik, saya hidup dalam pakaian renang dan saya sering menjelajah,” katanya.\rCharlene menjangkakan bahawa tugas diraja beliau akan menjadi satu pekerjaan sepenuh masa tetapi beliau perlu mengambil masa untuk menyesuaikan dengan keadaan itu.\r\n\n\n\n\rRakyat Afrika Selatan itu mengakui bahawa bahasa Perancisnya juga tidak terlalu lancar tetapi yang  akan menjadi lebih baik dalam tempoh terdekat.\rMalah puteri diraja itu turut bertanyakan ‘kenapa?” ketika dimaklumkan Telegraph mahu menemubual beliau dan sambil berjenaka berkata beliau ‘bercakap dengan musuhnya’ yang menyiarkan berita mengenai dirinya sebelum perkahwinan dilangsungkan.\rPutera Albert dan kerajaan Monaco sebelum ini mengkritik media yang menyebarkan apa yang disifatkan mereka sebagai khabar angin.\rDakwaan bahawa Charlene cuba untuk melarikan diri beberapa hari sebelum majlis perkahwinan diraja itu ditolak oleh pihak istana dan Albert sendiri.\rMedia melaporkan bahawa Puteri Charlene terganggu ketika persediaan majlis mewah berkenaan dan mahu pulang ke negara asalnya selepas khabar angin  menyatakan mengenai kisah kecurangan putera itu. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.047844 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list