View: 173|Reply: 0
|
UEM Land, UKM teruskan program Sekolah Hijau
[Copy link]
|
|
UEM Land Holdings Berhad pemacu utama Iskandar Malaysia di Johor dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bekerjasama kali kedua untuk Program Sekolah Hijau di 13 sekolah rendah membabitkan 400 murid PINTAR UEM Land, baru-baru ini.Program diperkenalkan tahun lalu membabitkan tiga sekolah di perluaskan kepada 10 sekolah lagi di Nusajaya dengan mensasarkan murid Tahun Empat dan Tahun Lima bagi mendidik murid sekolah kepentingan terhadap pembuangan sisa pepejal yang betul dan manfaat sistem pengkomposan terhadap alam sekitar. Pengarah Urusan UEM Land Holdings Berhad, Datuk Wan Abdullah Wan Ibrahim, berkata lima sekolah rendah PINTAR UEM Land dipilih dengan dua dan tiga tong pengkomposan yang di tempatkan di setiap sekolah sebagai permulaan inisiatif yang dipantau dan diselia UKM.\n\n\n\n\nBeliau berkata, program itu digunakan sebagai model untuk pelaksanaan di sekolah seluruh negara menerusi rangkaian program pendidikan Khazanah-PINTAR Foundation.\"Sebagai warga korporat bertanggungjawab, UEM Land Holdings Berhad sentiasa komited memastikan pembangunan mapan dan lestari di Nusajaya dan sentiasa berusaha mengurus dan mengurangkan kesan jejak karbon alam sekitar sebagai sebahagian sumbangannya dalam menyokong usaha global dalam menangani cabaran perubahan iklim\", katanya di majlis yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.Di majlis itu juga, Abdul Ghani menyerahkan Pakej Pendidikan Sekolah Hijau kepada Pengerusi Yayasan PINTAR, Tan Sri Datuk Dr Arshad Ayub, yang menandakan permulaan kerjasama antara UKM dan PINTAR Foundation dan perlaksanaan program di sekolah rendah PINTAR Foundation di seluruh negara. Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Buku Folio Hijau, yang dianjurkan di semua sekolah-sekolah rendah PINTAR UEM Land bulan lalu.Program Sekolah Hijau UEM Land-UKM dirangka berdasarkan konsep ‘gaya hidup pintar dan prihatin’ iaitu antara prinsip utama Pelan Hijau Nusajaya, yang bertujuan mewujud dan meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim di kalangan orang ramai, terutama kanak-kanak sekolah. Program itu juga bertujuan membudayakan tabiat hijau, mewujudkan kesedaran dan tanggungjawab serta mengubah persepsi dan perilaku masyarakat umum dan seterusnya membangunkan komuniti Nusajaya yang mesra alam.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|