View: 230|Reply: 0
|
Jasamu Cikgu Junaidah dikenang
[Copy link]
|
|
SELEPAS 33 tahun menabur bakti sebagai pendidik, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), Junaidah Tukimin, 58, menamatkan perkhidmatan dengan bersara wajib pada 21 September lalu.\rMajlis Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung yang dihadiri 1,500 pelajar dan warga sekolah diadakan bagi menghargai jasa seorang pemimpin sekolah yang banyak menyumbangkan bakti sepanjang tujuh tahun perkhidmatannya di sekolah itu.\r\n\n\n\n\r Pelbagai persembahan menarik hasil kreativiti warga SMK SAAS serta penyampaian cenderahati sebagai ingatan tulus ikhlas kepada Junaidah yang turut menyambut ulang tahun kelahiran beliau keesokannya.\r\r\n\n\n\n\n Junaidah memulakan tugasnya sebagai guru penolong di SMK Sultan Abdul Aziz, Telok Intan, Perak pada 1979 dan ke SMK Darul Ridzwan Taiping pada tahun berikutnya (1980 - 1981). \rBeliau kemudian menjadi pensyarah di empat maktab perguruan iaitu Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur, Maktab Perguruan Ilmu Khas KL, Maktab Perguruan Islam Bandar Baru Bangi sebelum dilantik sebagai pengetua sekolah SMK Taman Tasik Ampang, Selangor selama tiga tahun.\rWanita cekal itu kemudian berhijrah ke SMK SAAS pada 2004 sehingga menamatkan hari persaraannya. Selain sumbangan sebagai pendidik, Junaidah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada 2008.\rJunaidah yang berucap di majlis itu begitu terharu terhadap sambutan warga SMK SAAS yang tidak pernah menghampakan beliau sepanjang tempoh tujuh tahun berkhidmat di sekolah itu.\r\n\n\n\n\r“ Sebagai pemimpin sekolah, adalah menjadi harapan saya untuk melihat anak-anak bangsa berjaya. Tidak ada guru yang ingin melihat anak murid mereka kecundang dan menjadi tanggungjawab kami untuk membimbing semuanya sehingga berjaya.\r“ Saya berharap, pelajar sentiasa dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran luar sekolah setelah tamat pengajian dan tabah dalam menghadapi cabaran yang mendatang,’’ katanya.\rHadir sama Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Langat, Mohd Mahmudi Bakri, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Leftenan Kolonel Mahmood Arshad dan Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Ismail Musa.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|