View: 170|Reply: 0
|
Falsafah kebebasan hak asasi utamakan kepentingan awam
[Copy link]
|
|
Akta ganti ISA mesti utama kesejahteraan masyarakat\rDUA akta baru yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), timbul persoalan adakah kedua-dua akta itu memberi kebebasan sivil kepada setiap individu amnya dan warga Malaysia khususnya tanpa disalah guna oleh mana-mana pihak berautoriti. \r\n\n\n\n\rSeperti Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang diperakukan hampir seluruh dunia, begitu juga undang-undang berkaitan kebebasan dalam sesebuah negara.\r\r\n\n\n\n\nBahagian Kedua Perlembagaan Persekutuan, kebebasan asasi setiap individu di Malaysia merangkumi kebebasan untuk hidup, larangan menjadikan individu sebagai hamba atau buruh paksa, perlindungan daripada hukuman yang tidak termaktub dalam undang-undang.\rHak kesaksamaan di sisi undang-undang, kebebasan untuk bergerak dan perlindungan dari dibuang negeri, kebebasan bersuara dan berkumpul, kebebasan beragama kepada bukan Islam, hak mendapat pendidikan dan hak ke atas harta.\rDi Malaysia, sesuai dengan Islam sebagai agama Persekutuan, perkara utama ialah meletakkan falsafah kebebasan sivil mengikut model dan rangka Islam. \rHakikatnya, setiap hak itu tidak menjamin keadilan manusia jika falsafah hak asasi tidak diperhalusi dan dijadikan keutamaan menangani kepincangan dalam negara. Lebih-lebih lagi di Malaysia, iaitu sebuah negara yang mempunyai karakter berbeza dari segi rumpun warganya. \r\n\n\n\n\rBukan saja mempunyai agama atau kepercayaan berbeza, rakyat Malaysia yang berlainan bangsa dan budaya tertakluk di bawah undang-undang sama, melainkan beberapa perkara bagi orang Islam.\rSetiap hak dan kebebasan dianugerahkan Allah SWT kepada manusia untuk menyesuaikan fitrah kejadian insan sebagai khalifah dengan tuntutan tanggungjawab kepada Allah dan sesama manusia. \rSebab itu manusia dicipta sebagai sebaik-baik kejadian dan dijadikan dengan penuh kemuliaan supaya mereka boleh menerajui hak dan kebebasan diri sendiri serta menunaikan tanggungjawab serta amanah terhadap hak orang lain. \rFirman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami sudah memuliakan anak Adam.” (Surah Al-Isra’, ayat 70)\rSesuai maksud ‘hak’ iaitu kepentingan yang dilindungi undang-undang, ia sesuatu diingini setiap manusia. Walau bagaimanapun hak tidak bersifat mutlak. Kebebasan asasi manusia terbatas jika memusnahkan kepentingan awam dan begitu sebaliknya.\rMeskipun setiap hak asasi bersifat autonomi dan memberi kebebasan atas kapasiti individu, ia tidak bermakna dalam semua keadaan hak individu harus diberi keutamaan berbanding hak kolektif atau hak awam kerana bagi setiap Muslim, kepentingan umum mengatasi kepentingan individu. \rBegitu juga hak manusia dengan Allah SWT, hak yang amat penting untuk dilaksanakan dan keutamaannya mengatasi hak yang lain bagi mengelak kemusnahan dan kebinasaan dalam masyarakat. \rHari ini ramai yang tidak begitu memahami hakikat itu dan cuba menjadikan hak setiap individu sebagai hak yang tidak boleh dikompromi. Salah faham ini boleh memecahbelahkan masyarakat kerana kejahilan kebebasan sivil boleh mengorbankan hak dan kepentingan awam.\rIni sudah tentu menyimpang dari falsafah kebebasan dan hak seperti digariskan syarak. Kebebasan sivil bersumberkan teori dan falsafah Barat juga mengutamakan hak kolektif berbanding hak individu demi menjaga keamanan serta kebajikan khalayak lebih besar. \rWalaupun falsafah asing ini hanya berasaskan undang-undang dan hak tabii, tujuannya hampir sama dengan matlamat perbezaan antara ketinggian hak kolektif berbanding hak individu. \rJusteru, Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan Rang Undang-undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 yang baru dibentangkan di Parlimen untuk bacaan kali pertama diharap menepati falsafah hak dan tanggungjawab digariskan dalam Islam.\rPaling penting, kebebasan sivil dan kepentingan awam yang menjadi asas kepada dua akta baru yang akan digubal nanti tidak hanya menjadi hasrat terlebih digembar gemburkan. \rAkta tidak perlukan populariti untuk dikenali atau keindahan bahasa tetapi cukuplah falsafah keadilan, maruah, kesaksamaan dan keperluan asasi menjadi tunjang dalam menerajui negara dan isinya. \rPenulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|