View: 9601|Reply: 46
|
Lelaki budiman makin pupus?
[Copy link]
|
|
Lelaki budiman makin pupus?
lelaki budiman akan memastikan wanita berasa selesa dan selamat dengan kehadirannya. - Gambar hiasan.
SIFAT baik dan bersopan terhadap wanita sudah lama menjadi ukuran tingkah laku seorang lelaki budiman atau gentleman, tetapi adakah ciri-ciri itu masih wujud pada hari ini?
Tanyalah kepada kebanyakan kaum hawa, yang muda dan berusia, mengenai pemerhatian mereka terhadap kaum lelaki dan mereka pasti mengeluh yang lelaki gentleman sudah hampir tiada di sekeliling mereka.
Apabila ada lelaki yang memberi tempat duduknya kepada wanita, membuka pintu untuk wanita atau memberi laluan kepada wanita masuk ke dalam lif atau koc terlebih dahulu, ia kini dianggap sebagai sesuatu yang mengejutkan dan bukan lagi norma sosial atau amalan biasa kini.
Tingkah laku baik dan sopan terhadap wanita ini jelas semakin berkurangan di dalam masyarakat, sehinggakan pengendali khidmat kereta api KTM Berhad mendapati wajar untuk memperkenal koc khas untuk wanita bagi memastikan wanita selamat daripada sikap kurang budiman kaum lelaki.
Apabila ditanya sebilangan gadis dan wanita baru-baru ini tentang ciri lelaki budiman pada pandangan mereka, ramai yang tertawa.
"Masih adakah gentleman di Malaysia ini?" tanya siswazah Siti Fadila Abbas Raja berseloroh.
Tetapi adakah memiliki budi pekerti baik memadai untuk menyifatkan seorang lelaki itu budiman? Atau adakah lelaki sopan ini tidak lebih daripada impian keterlaluan wanita untuk mencari ciri lelaki ideal yang dianggap gentleman?
Dalam gambaran yang lebih menyeluruh, perilaku tidak sopan kaum lelaki mencerminkan kemelut sosial dalam masyarakat tidak kira jantina. Bagaimanapun, dalam masyarakat yang didominasi lelaki, lelaki baik dan sopan masih menjadi perhatian.
Oleh itu bagi Siti Fadila dari Universiti Malaya, perkataan gentleman membawa maksud sesiapa yang tahu bagaimana untuk menghormati wanita, rendah diri terhadap semua ciptaan Tuhan dan tahu had dalam perbualan dan batasan tingkah laku semasa berdampingan dengan wanita.
"Dan yang lebih penting, seorang lelaki budiman akan memastikan wanita berasa selesa dan selamat dengan kehadirannya. Seorang gentleman juga harus tahu berinteraksi dengan baik," kata Fadila kepada Bernama mengenai ciri yang beliau harapkan daripada seorang lelaki budiman atau gentleman yang ideal.
Rakan kursusnya, Azhif Ezzudin, bagaimanapun berpendapat ada lelaki yang hanya menjadi gentleman bila dirasakan perlu.
"Jika ia semata-mata bertujuan membuktikan anda seorang yang macho, apa gunanya?" tanya Azhif.
Bagi Siti Fadila dan Azhif, gentleman merupakan seorang lelaki yang bermaruah dan dihormati.
"Beliau adalah mukminin, itu yang saya nampak," seorang remaja dari UiTM, Muhammad Zulhaiqal menyatakan pendapatnya.
"Ada lelaki yang hilang sopannya atau tidak gentleman di tempat kerja atau di luar rumah," kata Nik Noor Ainoon Nik Osman dari Kelantan.
"Ini yang saya perhatikan terutama semasa menunggu lif selepas waktu pejabat.
"Mereka tidak mempunyai belas kasihan terhadap orang lain, tidak kira bagaimana keadaan seseorang itu, sama ada anda wanita, tua atau mengandung.
"Mereka akan menyerbu dan menolak untuk masuk terlebih dahulu," kata Nik Nor Ainoon yang bekerja di Taipan Business Centre di Subang Jaya.
Rakan sekerja di Bernama, Ali Imran Nordin berkata: "Seorang gentleman akan melindungi wanita daripada bahaya, dia bagaikan perisai bagi kaum hawa."
"Bila berjalan dengan wanita, seorang gentleman akan berjalan di sebelah luar, dan beberapa langkah di hadapan."
Semasa berkunjung ke sebuah pusat membeli belah baru-baru ini, penulis mendapati ada suami yang tidak menunjukkan sifat gentlemen", duduk di sudut tertentu membaca akhbar sedangkan isteri membeli belah bersendirian atau ada yang sanggup membiarkan isteri menjinjing beg-beg barang belian.
Berbeza dengan Shamsudin Abdul Rashid dari Klang, yang sanggup meluangkan masa menemani isterinya membeli baju baharu.
"Saya tidak berbelanja apa-apa untuk diri saya hari ini. Saya hanya mahu membantu isteri saya menjinjing beg dan mengangkat barang yang dia beli untuk keluarga," kata Shamsudin. |
|
|
|
|
|
|
|
While I don't deny yang number of gentlemen is decreasing in Mesia... sebenarnya kena sedar juga. Perempuan Melayu ni high expectation sebenarnya. :re: |
|
|
|
|
|
|
|
ada lelaki..yg usung betina lain ketika istri sedang preknen..die aman gentlemen terhadap betina lain ituh..sedangkan pada istrinyer..adalah tidak sama sekali..
ada lelaki cukup baik.. kategori lelaki budiman..*mungkin sbb aku sendri tak tau budiman ituh macam mana*..tp istrinyer plak buat taik ngan bermukah berseksdiwara bersama jantan lain.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
While I don't deny yang number of gentlemen is decreasing in Mesia... sebenarnya kena sedar juga. Pe ...
cik.panda Post at 11-10-2011 12:49
cik panda lom kawen kan? So, berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup..akak, alhamdullilah, bahagia dengan pasangan akak. So, kalau dah jumpa yg berkenan tu, buatlah sembahyang istikarah..moga diberikan petunjuk... |
|
|
|
|
|
|
|
ada lelaki..yg usung betina lain ketika istri sedang preknen..die aman gentlemen terhadap betina lai ...
skymania Post at 11-10-2011 12:50
kalau dah usung pompuan tu, dah kira out dah tu. Tu lelaki x guna namanya..... |
|
|
|
|
|
|
|
cik panda lom kawen kan? So, berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup..akak, alhamdull ...
aniskirin_nita Post at 11-10-2011 12:56
Hehe. InsyaAllah. Mekasih.
Gentleman dalam konteks ni apa ye? Yang mahu pintu kereta dibuka? Yang mahu kerusi ditarik di kerusi? Hehe. Itulah high expectation perempuan. But of course kita perempuan mahu lelaki yang budiman. Kalau agamanya lengkap, sempurna, InsyaAllah... |
|
|
|
|
|
|
|
aik kata nk layanan yg sama rata antara llaki & perempuan
ade llaki budiman, tp dah xrmai,
llaki yg bodyman, gentelman, ramaaii |
|
|
|
|
|
|
|
tapi pompuan pun ramai jenis yang berdikari...
like me...setakat bawak barang banyak2, bila sedara lelaki mintak nak tolong angkutkan, rase tak biasa lak...tapi best jugak..kurang penat jadinya , buleh la buat lagi banyak aktiviti...
sebab dah biasa berdikari, jadi tak harapkan sangat lelaki untuk jadi gentleman...
asalkan tak buat benda tak elok pun dah cukup...hormati sebagai pompuan pun dah memadai... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# cik.panda
aku pon..dr dolo smpi sekarang tak paham apa ituh budiman.... gentlemen segala bagai..
adakah layanan terhadap wanita akan di ukur kira sebagai peratusan budiman seseorng lelaki??
aku rasa kalu tanyer pompuan2 bod gosip..bod drama..sah2 depa meroyan cakap " seth tan" adalah orng paling budiman abad ini..walaupon die penah rogol orng..a.k.a bini die.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah usung pompuan tu, dah kira out dah tu. Tu lelaki x guna namanya.....
aniskirin_nita Post at 11-10-2011 12:58
ahahaha..nih perumpamaan yg seswei tuk normiang hakim sengal ituh.. |
|
|
|
|
|
|
|
derang tau nak gaduh je.....mane ade masa nak budiman-budiman ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
nak cari 100% budiman sampai ke tua la korang tak kawen...
as long aku tak cari pompuan lain, take care anak2...sedar tanggungjawap sebagai suami/ayah, cukup makan minum dsb.... itu sudah memadai... nak budiman camaner lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki budiman jika..
1/ menjadi pelindung wanita
2/ tak ambil kesempatan ke atas kelemahan wanita
3/ dapat membimbing wanita ke arah kebaikan
4/ errrr... tak terfikir lagi... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tapi pompuan pun ramai jenis yang berdikari...
like me...setakat bawak barang banyak2, bila sedara ...
marumaru Post at 11-10-2011 13:24
pompuan sekarang mmg ramai berdikari aper..tambah2 lagi bila bersuamikan mereka yg kena outstation, balik malam selalu. Nak tak nak kena beli barang dapurlah, anta anak g mengaji, ambil anak dan lain-lain. Tapi mana2 lelaki@suami yg tahu tanggungjawab dlm famili, contohnya kalau sang suami selalu balik lewat....mungkin pepagi dia tolong kisahkan anak2 atau buat simple breakfast. Tak salah nak tunjukkan bahawa anda seorang yg bertanggungjawab @ budiman... |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki budiman ni masih ade..
cuma zaman sekarang ni susah je nak jumpe..
sama la jugak dgn perempuan budiman..erk..pompuan sesuai ke nak panggil budiman??
susah nak jumpa dah..maybe ade tapi peratus die mungkin dah bkurangan disebabkan banyak faktor2 luar yg mempengaruhi seseorang itu..
dgn keadaan ekonomi yg semakin canggih..pergaulan yg semakin bebas maka adat dan cara idup org timur tu dah semakin pupus..
zaman sekarang ni dah tak kenal mana yg boleh dan mana yg tak boleh..isteri org kuar dgn laki org dan begitu jugak sebaliknye..
tetapi..masih ade lagi lelaki budiman kat dunia ini..mana bole takde
kalo lelaki itu masih bpegang pada ajaran agama..insyaallah ade lagi..
tapi perempuan pun haruslah bpijak di bumi yg nyata..cannot expect someone yg ade ciri2 mcm seth tan atau watak2 dlm novel cinta..kebanyakan dr watak tu adelah fantasi semata dan ianya bukanlah realiti..so kena accept the fact but then again,kalo ade pun maybe hanya segelintir..hat yg ni aku anggap mcm mat bunga je..jenis jiwang karat punye.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lelaki lembutman makin ramai |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|