CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: huszua

Masalah Memilih Insurans Peribadi

  [Copy link]
Post time 12-4-2018 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mbk replied at 12-4-2018 03:17 PM
Sudah berapa tahun ambil takaful? Kalau dah lebih 3@5 tahun perlu revise balik. Nak tambah apa tue ...

Lbih 5 thn dh...start Januari 2012...this year 1st time gna med card tu...

Rsa mcm nk upgred medical kot...b4 buat biopsy haritu risau gak if anything serius ke jd, matilah klu coverage x ckup ke apa tp Alhamdulillah it's just a kind of fibroid je..
pelan penggantian gaji tu mcm mna?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2018 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mbk replied at 12-4-2018 03:23 PM
1. Matlamat kewangan: Tujuan untuk ambik life tue sebab apa? Untuk hibah takaful (meninggalkan ase ...

Tq..niat sbg pelan peggantian gaji utk cover Income loss
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 12-4-2018 10:21 PM
Lbih 5 thn dh...start Januari 2012...this year 1st time gna med card tu...

Rsa mcm nk upgred me ...

Saya pun dah ambik almost 5 years. Last year saya guna medikal kad utk pertama kali due to operation cysts. Alhamdulillah ada medikal kad.
Plan penggantian gaji tue akan cover loss income Kita bila dilanda musibah. Berapa jumlah perlindungan yg perlu Ada? Kita ambik 10 tahun gaji. Contoh: assume gaji Kita setahun RM30,000. Kalau 10 tahun adalah RM300,000. Kenapa 10 tahun? Menurut pakar, 10 tahun memandai utk cover income yg telah hilang. Bila plan penggantian gaji boleh digunakan? Pabila berlaku
1. Kematian
2. Cacat kekal menyeluruh
3. Didiagnose penyakit kritikal
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
imissmyseoul replied at 13-4-2018 03:36 PM
Tq..niat sbg pelan peggantian gaji utk cover Income loss

Alhamdulillah. Niat tue dah Ada. Tapi, jangan tangguh-tangguh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 04:45 PM | Show all posts
Saya nak ambil peluang sini untuk kongsi

HIBAH IALAH HADIAH KEPADA ORG YG TERSAYANG bagi yang blum pernah dengar apa itu hibah. Ada tak para suami sini dalam forum nie yang masih belum tau dan nak tahu dan memang nak buat kan hibah utk isteri, anak dan family? Boleh tanya saya terus ya. Buatlah hibah sementara masih sihat. Jangan tunggu atau tangguh sebab kita tak tahu apa akan jadi ESOK.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
I xde insurance...asal nk amik je ada je halangan...

Mcm2 belengu fkrn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2018 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
pichee replied at 19-4-2018 10:42 PM
I xde insurance...asal nk amik je ada je halangan...

Mcm2 belengu fkrn

Moga dipermudahkan segala urusan untuk ambil takaful.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
[SEBELUM SIGN UP TAKAFUL, BETULKAN NIAT]

Niat? Sebab apa?

Sebab Takaful BUKAN platform untuk meraih keuntungan dari musibah, tapi Takaful adalah PERSEDIAAN JIKA MENGHADAPI MUSIBAH.

Jika kita salah tetapkan niat, tu yang jadi mencarum sekerat jalan lepas tu stop atas alasan ''Aku tak sakit pon, tak dapat apa2, rugi je''..

Bila bisikan-bisikan tu muncul, anda ingat balik apa niat dan tujuan anda ambil Takaful ni.

So nak niat apa? Contohnya:

Medical Card
Niat aku mencarum ni agar jika suatu masa Allah uji aku dengan musibah, aku tak menyusahkan keluarga aku untuk tampung keperluan aku. Cukup-cukuplah aku dah susahkan mereka sebelum ni.
Jika aku tiada nanti pon, mereka akan dapat pampasan sebagai pemberian terakhir aku untuk mereka.

Hibah Takaful
Niat aku mencarum ni agar jika suatu masa aku tiada nanti, aku tidak tinggalkan anak bini aku dengan hutang piutang aku. Aku taknak mereka susah, terpaksa meraih simpati orang lain.
Aku taknak anak-anak aku terpaksa berhenti belajar. Aku nak mereka teruskan kehidupan sepertimana ketika aku ada sekarang.

Bila ada niat yg betul dan tujuan yang jelas, maka caruman tu terasa begitu ringan sekali. InsyaAllah.

Sekian perkongsian untuk renungan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2018 04:40 PM | Show all posts
Kenapa Wanita Perlu Ada Kad Perubatan Sebelum Mencecah Usia 30 Tahun

1. Caruman Rendah Setiap Bulan
Tahukah anda semakin meningkat usia, maka semakin tinggi risiko seseorang untuk mendapat penyakit?

Jadi kalau anda ambil kad perubatan sebelum umur 30 tahun, dapat pelan dengan caruman yang rendah, banyak boleh berjimat dalam jangka masa panjang.

2. Lebih Berisiko Kena Penyakit
Wanita lebih cenderung untuk mengahadapi lebih banyak penyakit, termasuklah kanser. Oleh yang demikian, kaum wanita mempunyai risiko lebih besar untuk menghadapi penyakit meskipun ketika di usia muda.

Dengan adanya kad perubatan ini, ia dapat melindungi diri anda daripada kos perubatan yang semakin mahal.

3. Siang Kerja, Balik Kerja Nak Urus Rumah Tangga
Sifat wanita yang sangat gigih bekerja, menjadikan mereka kadang kala lupa untuk memberikan ruang kepada diri sendiri untuk berehat. Siang penat bekerja, malam nak masak lagi, nak jaga anak-anak dan suami lagi.

Gaya hidup moden dengan makanan yang tak sihat, juga membuatkan kaum wanita lebih cenderung untuk jatuh sakit berbanding lelaki.

4. Berhenti Kerja Jaga Keluarga
Kebiasaannya, syarikat tempat anda bekerja akan menyediakan kad perubatan kepada para pekerja. Namun, bagi wanita ia boleh berubah apabila mereka telah dikurniakan cahaya mata. Kemungkinan untuk mereka berhenti kerja dan fokus kepada anak-anak sentiasa ada.

Apa akan berlaku sekiranya anda berhenti kerja? Pastinya kad perubatan anda yang disediakan oleh syarikat juga akan diberhentikan juga.

5. Ringankan Beban Suami
Kalau kesian kat suami terpaksa kerja siang, malam dan hujung minggu untuk menyara keluarga, apa salahnya anda ringankan sikit beban suami.

Bukan kita minta untuk sakit, tetapi kalau ditakdirkan ditimpa musibah suatu hari nanti – suami juga yang bertanggungjawab ke atas isteri.

6. Nanti Dah Sakit, Takaful Tak Cover
Kalau tunggu lama-lama, sampai dah kena penyakit yang tidak diingini – nanti pihak takaful pula yang tak nak cover. Sebarang keadaan pre-existing tidak akan dilindungi, jadi cepat-cepatlah ambil takaful ni.

Badan sakit, minda sakit, poket pun sakit juga.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa pekerja yang diberi facility insurans dari majikan tak kira samada life atau medical perlu ambil personal takaful insurans sendiri?

Sebab facility berikut bukan hak milik mutlak pekerja Tapi Hak Milik Majikan yang boleh ditarik dan ditamatkan oleh majikan dalam 2 keadaan, BERHENTI kerja atau DIBERHENTIKAN kerja.

Facility berkenaan boleh berubah manfaat dan nilai coverage setiap tahun. Potensi besar semakin berkurang dan mengecil shj. Adakah ianya akan mencukupi kepada pekerja?

Tidak layak mendapat pengecualian Cukai bagi pekerja itu sendiri.

Pekerja terdedah Risiko Pengecualian atau Di Reject atau TIDAK dicover oleh syarikat Takaful Insurans (jika setiap tahun majikan menukar syarikat takaful insurans) kerana telah mempunyai penyakit atau membuat claim yg tinggi setiap tahun.

Ada banyak lagi info dan fakta yang boleh disenaraikan.

Cuma abg tertanya -tanya, mengapa Anda perlu risikokan atau membazir peluang yg diberikan kepada anda sekarang dengan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada majikan anda terhadap KOS PERUBATAN dan SARA HIDUP jika anda sudah tidak dapat berkhidmat lagi kepada majikan anda sekarang ??

Kempen abg sempena pilihanraya ni,
1 Rakyat 1 Sijil/Polisi Takaful Insurans.

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 12:57 PM | Show all posts
APA NAK BUAT BILA POLISI TAKAFUL ANDA NAIK HARGA? NAK MARAH KE MARAH SANGAT?

Semua manusia, selagi normal, takkan suka benda yang buat dia bayar duit lagi banyak daripada sebelum tu. Saya pun!
Mesti rasa dah tak nak beli, nak boikot pun ada.

Tapi untuk polisi takaful, berbaloi tak anda stop bayaran setelah harga naik?

Anda lagi rugi kalau anda berhenti atau bertukar pada yang lain. Sebab apa?

✅medical card anda dah pun melepasi tempoh menunggu. Dah matang untuk anda pastikan bil untuk apa-apa* penyakit dibiayai(*seperti dalam kontrak). Takkan nak mula balik waiting period. Nanti tiba-tiba sakit pulak sementara waiting period nak habis, macam mana? Kalau waive waiting period pun, tak semudah tu nak cover terus. Akan ada investigations juga. Leceh.

✅dah pernah guna medical card. Jadi dah ada sejarah sakit. Jadi kalau nak ambil medical card lain, kemungkinan besar akan ada pengecualian penyakit yang akan dibiayai. Rugi lah. Dan anda sebenarnya ada 'tanggungjawab' nak menyumbang kepada tabung tabarru yang anda dah pernah guna. Bayangkan baru carum RM5K tapi dah guna dana tabarru sampai RM45K. Takkan nak berhenti macam tu je kan? Kesian la orang lain.

✅anda berhenti medical card, anda terpaksa tanggung risiko masalah kewangan bila sakit seorang diri. Dah tak ada tabung takaful nak bayarkan. Nak jimat RM40, sekali kena bayar bil RM20K! Aduh!

✅anda tukar company medical card lain, percaya lah semua pun akan naik harga. Sebab tak ada syarikat yang boleh control berapa orang akan sakit tahun tu dan berapa banyak claim akan dibuat. Jangan lupa juga faktor inflasi perubatan kita yang memang tinggi. Jadi hakikatnya, semua syarikat tu sama je. Berdepan dengan kemungkinan yang sama.

Nasihat saya,

Selagi manfaat medical card anda bagus, anda mampu lagi nak carum, teruskan lah. Kecuali benefits takaful anda tu kecil sangat, so tukar la. Dan, janganlah marahkan ejen anda. Bukan dia yang suruh naikkan. Malah dia lah yang fight gila-gila untuk anda, tak nak harga naik. Allah je tau betapa tak tenang nya ejen fikir pasal ni. Yang sampai kurus pun ada😅

Apa pun, sebelum nak terminate apa-apa polisi takaful, fikir baik-baik dulu. Adakah dengan menghentikan caruman anda berbaloi untuk anda pertaruhkan perlindungan yang masih bagus?

Moga Allah pun tambahkan rezeki kita, sebab kita derma lagi banyak dalam tabung tabarru. InsyaAllah. Aameen.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Takaful adalah produk yang orang jarang minat. Hanya yg ada awareness sahaja yang terbuka hati untuk apply.

Tapi saya percaya walaupun kawan-kawan tak nak apply hari ini, esok atau lusa tapi one day mesti kawan-kawan akan apply.

Selagi mana kamu sihat insya Allah saya boleh bantu.

Apply takaful sekarang
Mbk
019.285.39.10

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 01:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 12:44 PM | Show all posts
Pastikan polisi anda inforce(aktif) dan bukannya lapsed.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 04:05 PM | Show all posts
KHAS UNTUK ANAK GADIS DAN WANITA

Sista ovary atau "ovarian cyst" dah jadi penyakit yang biasa kita dengar. Macam mana penyakit nie ada dalam diri kita? Ini kerna cara pemakanan kita, cara kita uruskan stress seharian, emosi dan gaya hidup. Sista atau cyst bermula dengan sengugut yang kebanyakan kaum hawa akan merasainya. Jika ia masih terjadi bila peringkat dewasa, saya sarankan pilah periksa dengan dr yang bertauliah. Jangan takut untuk buat pemeriksaan. Cegah awal adalah jalan yang terbaik.

Saya sendiri pada mulanya runsing dan takut bila didiagnose endometriomas cyst atau dikenali cokelat sista. Saya beranikan diri untuk pi jumpa Dr. Buat ultrasound (sampai sekarang masih trauma dengan ultrasound), dan kena operation keesokan harinya. Perkara yang berlaku nie bagaikan mimpi. Tapi, saya bangga dan bersyukur saya buat keputusan untuk buat pemeriksaan dan jalani pembedahan. Nie semua pun atas sokongan dan nasihat keluarga.

Diakhir kalam, jaga diri, sayangi diri. Dan ambilah takaful ketika kita sihat. Pi pujuk hubby ambikkan polisi takaful untuk kita. kalau mahal sangat kad perubatan ambik yang bukan investment link (tiada cash value) atau pun ambiklah takaful wanita yang cover penyakit berkaitan reproduktif wanita. Anak gadis diluar sana, pi pujuk mak ayah ambikkan takaful. Yang ada ambik PTPTN, tak salah kalau kita mulakan tabungan pertama di Takaful. Yang baru bekerja, gaji pertama jangan buat joli. kalau nak joli, ambik duit joli tue pi joli di tabung Takaful. Kita tak tahu apa akan jadi 5 tahun akan datang.

Langit tak selalu cerah dik..akak semua!!!!

Nota CPMBK: Memula kena memang nangis. Lebih-lebih lagi kena operate segera. Ingatkan dua belah ovari akan dibuang kuar. huhuhu sedih tau. Tapi rupanya pi buang kantung nyer saja. hehehe.. Tuelah kurang membaca. Padan muka. Risau tak bertempat.

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT PEMBACA BENANG INSURANS DAN TAKAFUL. Moga Aidilfitri kali ini memberi seribu kecerian dan dilimpahi rezeki. Amin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2018 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
BILA ANDA SANGKA MEDICAL KAD ADALAH SEGALANYA

Satu benda yang anda tak tahu pasal medical kad sekarang adalah, walaupun penyakit kanser itu dilindungi sekiranya ia terbukti wujud selepas 120 hari, rawatan chemotherapy dan radiotherapy hanya akan dilindungi secara PAY & CLAIM, seperti rawatan kanser pesakit luar. Tak kira medical kad anda cover 50,000 setahun ke, mahupun cover 1.5 juta setahun. Ia hanya cover secara BAYAR DULU, CLAIM KEMUDIAN

Contoh kena buat radiotherapy di hospital swasta dengan kos RM26,000, anda kena bayar RM26,000 tu dulu, baru boleh buat rawatan di hospital swasta.

Nak buat di hospital awam? Kena tunggu giliran. Melainkan keadaan anda sangat kritikal dan dapat recommendation dari doktor pakar supaya dapat rawatan segera.

Tu belum masuk kena rawatan stemcell yang kosnya boleh melebihi RM300,000. Doktor pakar di hospital awam sendiri rekomen rawatan tersebut, namun hospital awam tak sediakan ubat tu. Anda kena order dan bayar sendiri, baru mereka buatkan. Tak kira anda kakitangan awam atau orang biasa, kena bayar dulu beli ubat stemcell tu sebab kerajaan tak tanggung!
SO, ANDA ADA CUKUP DUIT TAK NAK BAYAR CASH?

Saya cakap berdasarkan pengalaman pesakit kanser sendiri. Bukan nak takut takutkan anda. Tapi ni realiti.

PASTIKAN ANDA ADA FAEDAH PENYAKIT KRITIKAL  RM200,000 dan ke atas sebab kanser adalah penyakit MAHAL. YANG MAHAL ADALAH KOS RAWATAN, BUKAN CARUMAN TAKAFUL.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Beberapa medical term yang menarik untuk dipelajari:

epistaxis - pendarahan daripada hidung
hemoptysis - batuk berdarah
dyspnea - sesak nafas
epilepsy - sawan
lethargy - lesu
flatulence - perut kembung
pus - nanah
ascites - busung
furuncle - bisul
goitre - begok

Sekian, terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 10:45 AM | Show all posts
Lain orang lain pendapatnya. Ini pendapat saya..

Premium payment tak leh convert to savings. Commonly, premium divided into three portions. Medical card-investment-saving. Percentage depends pada product tersebut eg: 70-20-10. Portion paling besar adalah medical card, sebab itu fungsi asalnya. Utk perlindungan. Investment link+savings biasanya sebagai payung, in case policy owner "terlepas pandang" monthly premium. So akan potong dari account tersebut (dengan syarat duit ada). Policy tak lapse dan agent sempat follow up utk update client for payment.

Kalau nak tambah benefits lain pada medical card, boleh add on riders. Ada macam-macam riders. Pilihlah mana yg sesuai dgn tujuan ambil policy. Biasanya higher value utk TPD-total permanent disability atau death.

If plan for saving, lebih baik simpan di TH/ASB (dlm RM) atau buka akaun skim PRS-private retirement scheme (mcm kwsp, tapi tiada caruman majikan, disimpan dlm bentuk unit).

Medical card is NEVER A BEST INSTRUMENT for saving.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga saya rajin setiap hari bagi info dan awareness pada kawan kawan saya tentang income replacement 10 tahun gaji. Terima tak terima soal kedua,sebab hati mereka Allah yang jaga. Apa yg penting saya dah usaha sampaikan info ni. In case one day mereka ‘tidak bergaji lagi’, pihak sy nak jadi yg pertama bagi cek berjumlah 10 tahun gaji.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.099410 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list