CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 92|Reply: 0

Mewah Bahasa: Rabuk dengan api

[Copy link]
Post time 19-10-2011 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Ani: Mak, cuti sekolah ni nak pergi camping ….\rEmak: Camping?\r\n\n\n\n\rAni: ‘A haa …. Camping. Lepas periksa, nak lapangkan minda, kata orang sekarang ….\r\r\n\n\n\n\nEmak: Kelab apa?\rAni: Bukan kelab, tapi sendiri-sendiri, dengan kawan-kawan.\rEmak: Bukan acara sekolah le yek?!\rAni: Ha’a … bukan\r\n\n\n\n\rEmak: Eh! Bahaya tu, sekarang ni bukannya selamat berkhemah tempat sunyi ni. Ramai orang jahat!!\rAni: Bukannya tempat sunyi, kat Port Dickson, tepi pantai, ramai orang berkhemah kat situ. Lagipun bukan semua perempuan, ada juga budak lelaki yang ikut.\rEmak: Budak lelaki pun ada?\rAni: Ha laa, mak ! Kawan satu kelas ….\rEmak: Hah!! Itu lagi mak tak suka, mak tak bagi Ani pergi … lagi bahaya!!\rAni: Kenapa pulak? Kalau ada lelaki, taklah bahaya sangat, mereka boleh jaga keselamatan.\rEmak: Jaga keselamatan kata kau?! Orang tua-tua ada kata, bila bercampur lelaki dengan perempuan, jadi seperti rabuk dengan api!!  \rAni: Memanglah bila berkhemah tu kita orang akan pasang unggun api.\rEmak: Eh! Loyar buruk pulak dia ….\rAni: Loyar buruk apanya pulak? Memang rancang nak buat panggang-panggang sikit, panggang ayam ngan ikan.\rEmak: Mak bukan kata pasal pasang api untuk  panggang memanggang, tapi mak kata seperti rabuk dengan api!!\rAni: Rabuk dengan api?? Apa tu?\rEmak: Ni peribahasa, ... peribahasa ni menggambarkan bahayanya apabila lelaki dan perempuan bersama, lebih-lebih lagi di tempat dan waktu yang macam pergi perkhemahan tu. Tak ada orang dewasa yang pantau.\rAni: Macam mana sangkut pautnya dengan peribahasa ni??\rEmak: Rabuk ni tak boleh dekat dengan api, kalau dekat aje … kena sambar le. Senang sangat terbakar!! Macam itulah juga orang perempuan ni, kalau bergaul dengan lelaki  tanpa ada orang yang kawal, nanti terbakarlah juga!!\rAni: Terbakar??\rEmak: Yalah, nanti berlaku benda-benda yang tak baik!! Kalau benda tak baik tu berlaku, yang busuknya perempuan sebab perempuan yang menanggungnya!! Yang lelaki kadangkala buat tak tau aje. Macam rabuk tadilah, yang terbakarnya rabuk …. Api tak ada apa-apa kesan, memang dah kerja api membakar rabuk!!\rAni: Isy!! Lagi tak fahamlah mak, berkias-kias sangat ni, susah Ani nak faham ....\rEmak: Laa ... Itu pun susah nak faham?! Budak-budak sekarang tak boleh cakap berkias sikit, mulalah tak faham. Semua nak dicakapkan terus-terang. Ni ha, pergi berkhemah lelaki perempuan macam Ani nak pergi tu, bahaya. Budak-budak lelaki kawan-kawan Ani tu jangan percaya sangat, nanti dah sama-sama berseronok malam tu sampai tak sedar diri, kut ada yang terlanjur nanti!! Lelaki dan perempuan bersama macam tu, syaitan mula main peranan dan bila nafsu dah kuasai suasana, nanti ada pulak yang terlanjur. Yang menanggung malunya orang perempuan le, dia yang kena bawa perut tu ke hulu ke hilir!! Dosa dah tentu tanggung sama-sama …. Tu yang jadi buang bayi merata longkang dan tong sampah tu!!\rAni: Ooo …. Barulah faham. Itu le sebab yang mak tak bagi pergi ek? Tapi ….\rEmak: Hah!! Tau tak pe. Tapi yang ada tapi lagi tu apa pulak?\rAni: Ni ha …. Mak kata rabuk …. Rabuk tu apa Mak? Tak pernah dengar pun ….\rEmak: Laa … rabuk pun tak tau?! Tu ha! Bulu-bulu macam rambut kat pokok kabung tu. Senang dimakan api, kalau orang dulu, nak menghidupkan api, mereka pakai rabuk ni le diletakkan dekat bara. Ataupun letak dekat dengan pemantik, alat untuk keluarkan percikan api. Bila percikan api tu kena rabuk ni, api pun nyala le.\rAni: Aaa …. Tak pernah tengok pun.\rEmak: Memanglah, sebab sekarang orang dah tak pakai itu untuk hidupkan api. Macam nilah, bila habis periksa nanti Mak hantar Ani balik kampung, duduk dengan Atuk ngan Nenek seminggu dua. Masa tu bolehlah belajar sikit perkara macam ni dengan Atuk. Tak payahlah pergi camping-camping tu ….\rAni: Ok jugak tu ….\rGlosari\rPeribahasa -  Seperti rabuk dengan api bermaksud lelaki dan perempuan tidak boleh bebas bercampur gaul.\rRabuk   -   bulu halus pada pokok kabung digunakan untuk menghidupkan api.\rNota Kaki\rKolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan  juga bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.494953 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list