CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vympel77

Bola Sepak Sukan SEA: ReMatch HARIMAU Vs GARUDA !! [R.P. 666]

     Close [Copy link]
Post time 8-11-2011 01:54 PM | Show all posts
ketiadaan Wan Zack Haikal dan Gary robbart terasa semalam.....pada aku player yg bagi 100% adalah si ...
axl_bach Post at 8-11-2011 13:46



    fakri saarani pemain wajib rajagopal tuuu


pemain2 muda ni yg bagus pon wan zack haikal, irfan fazail..tapi 2-2 ni bergelut injured
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2011 03:02 PM | Show all posts
Reply 119# cak!


totally agreed..cuba kalau player singapore ni mmg fully n truly singaporean..kompem tahap kampung jolah dorang boleh..:@ :@
setakat kasik kewarganegaraan kt player import lebih bek toksah berlagaklah  
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 03:07 PM | Show all posts
ketiadaan Wan Zack Haikal dan Gary robbart terasa semalam.....pada aku player yg bagi 100% adalah si ...
axl_bach Post at 8-11-2011 13:46



Nama dia wan zaharulnizam
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 03:14 PM | Show all posts
yang jalan-jalan lenggang kangkung kat midfield pun ramai....leh cekak pinggang tengok bola...hampeh....

pastu ada 2-3 org yang sebijik macam Fernando Torres...malas...tunggu bola jah...kalo lucky boleh arr score kalo tak, camtu je la
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 03:42 PM | Show all posts
aku tak paham nape fakri asik main jer bagus sangat ke badan besar tapi kene takel sikit jatuh menyapah betul ong pun dah kena badi raja ke nogori pun tak ambik dia main first 11 malaysia lak yang ambik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 04:43 PM | Show all posts







Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2011 04:53 PM | Show all posts
Reply 111# axl_bach

klu dah lead nk jatuh tergolek 18belas kali pn wa xkisah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 05:11 PM | Show all posts
adekah fakri ngan izzaq lg 2-3 thn akan jadi terrer sebab pengalaman yg ong kim swee ngan rajagopal bg, bg aku tak, kat liga super pon liat nak score, lagi nak score kat international
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2011 10:00 PM | Show all posts
mandrem ape si fakhri tu pakai ha... setiap game tk penah perform.. tetap gak dihati OKS ngan RG ... ketara sgt tk berfungsi kt padang tu.. tu gak diletakkan as 1st 11 ..
karang kalo org tego .. nnt dedua ni ckp.. i know my player..
come on laa... peminat ni buta sgt ke? ...
bola ni sport paling popular kt m'sia ni.. tp sukan ni la kerap kali menghampakan peminat...
hoki tu kalo tk silap aku placed as 10th world ranking.. tk terlalu popular ..walaupun penonton & peminat mmg ade..tp kita tkde la tepuk dahi ngan tahap diorg..
tp kalo nk bandingkan bola ni yg dikatakan mother of all medals...
takpe la..selagi jalur gemilang is up we still keep waiving it no matter what ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 11:43 PM | Show all posts
Nama dia wan zaharulnizam
luraziera Post at 8-11-2011 15:07


haah, thanx.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 11:45 PM | Show all posts
Reply  axl_bach

klu dah lead nk jatuh tergolek 18belas kali pn wa xkisah..
seratus_sukan Post at 8-11-2011 16:53


ntah laaa....kengkadang aku rasa cam waste sgt kalo tgh2 dok rancak mengatur gerakan dpt jer kat si wadafakri Shaarani nih dia bleh bantai tergolek dog plak dah....langsung xder usaha nak beat player lawan.....lain plak dgn si Azwari dgn kecik  atau Zaharulhisham yg bersungguh2 nak dribble lawan even dah nak terjatuh.....haishhhhh aduhainye puun
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 07:53 AM | Show all posts
Reply 129# airuszzdy


setuju sgt..fakri xnampak lgsg contribution dia pd team hari tue..tolonglah..kasiklah kesebelasan yg better..maybe die kaki bodek ong kim swee ngn rajagopal kottt



yup..hoki kite mmg xde kecoh2 sgt..but act dorg menang kot baru ni lawan korea..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 07:54 AM | Show all posts
Reply 130# axl_bach


afwan
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 09:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by sazeryus at 9-11-2011 09:48

pengadil masa Mas VS Sing selasa lepas, macam cipan, dengan Trainerr Malaysia pon nak sentap..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 10:07 AM | Show all posts
Benam Thailand!

Daripada Hussain Said dan Syed Riduan Ahmad
bhsukan@bharian.com.my


2011/11/09



Kim Swee (tengah) menerangkan sesuatu kepada anak didiknya di sesi latihan semalam menjelang pertembungan penting menentang Thailand, hari ini.


Kim Swee arah anak didik serang habis-habisan kutip tiga mata

STRATEGI skuad Harimau Muda, hari ini adalah jelas - serang habis-habisan memburu gol untuk memastikan kemenangan apabila menentang juara 13 kali, Thailand dalam saingan penting, Kumpulan A.

Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 10:23 AM | Show all posts
Ayuh! kalahkan Thailand


Skuad kebangsaan menjalani latihan ringan di gelanggang tenis dekat Jakarta, semalam menjelang menentang Thailand, hari ini.

--------------------------------------------------------------------------------


JAKARTA - Pengurus skuad bola sepak negara, Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) percaya pasukan negara akan bangkit dengan keputusan lebih baik berbanding berkongsi mata dengan Singapura kelmarin, apabila berdepan Thailand hari ini.

Menurut Hamidin, walaupun memulakan kempen mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan satu mata, ia disifatkan baik berbanding jika menamatkan aksi tanpa mata, kelmarin.

Jelas beliau, sebagai juara bertahan, sudah pasti Malaysia memikul tekanan pada aksi pertama.

"Aksi pertama kelmarin tidaklah terlalu buruk. Jika dikaji, kita juga pernah kalah pada aksi pembukaan ketika saingan Piala Suzuki AFF, juga pada kejohanan-kejohanan lain.

"Lagipun berdasarkan rekod pertembungan kita dengan Singapura, ia menjadi perlawanan yang sukar, baik di pihak kita mahupun Singapura.

"Jadi kita harap setelah pemain mula merasai kehangatan sebenar kejohanan di sini pada perlawanan pertama kelmarin, mereka harus bangkit dan mencatat keputusan yang menggembirakan peminat pada aksi kedua menentang Thailand esok (hari ini).

"Saya yakin setelah kita bermula dengan seri, esok (hari ini) kita mampu menjelmakan keputusan yang diharapkan apabila berdepan Thailand esok," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mengulas lanjut pertembungan dengan Thailand hari ini, Hamidin berkata, pemain dinasihatkan menganggap semua perlawanan adalah penting tanpa mengira sesiapa pun lawan dari kalangan Kumpulan A termasuk lawan selepas ini, iaitu Kemboja apatah lagi tuan rumah, Indonesia.

"Mungkin ramai yang berpendapat kita boleh menyifatkan Kemboja sebagai lawan mudah tetapi tanggapan seperti itu harus dibuang oleh pemain.

"Saya tegaskan kepada pemain bahawa semua perlawanan adalah sukar, semua lawan adalah kuat apatah lagi menentang Thailand" katanya.

Mengulas insiden penyokong Indonesia yang tidak menghormati lagu kebangsaan Negaraku pada aksi pertama kelmarin, Hamidin berkata, dia memang menjangkakan gelagat sedemikian.

"Saya sudah ada pengalaman sedemikian. Namun, pemain kita sudah bersedia menghadapi gangguan dan provokasi sedemikian. Gelagat penyokong mereka tidak menjejaskan mental dan emosi pemain," katanya. - Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2011 10:24 AM | Show all posts
Perancangan Kim Swee terencat

Daripada sayed hesham idris
hesham.idris@utusan.com.my



Ong Kim Swee (kiri) memberi amanat kepada pemain-pemain skuad kebangsaan selepas menjalani latihan di gelanggang tenis di Jakarta, semalam. Malaysia akan menentang Thailand pada perlawanan kedua hari ini.

--------------------------------------------------------------------------------


JAKARTA - Masalah sakit perut yang dialami penyerang utama, Izzaq Faris Ramlan, merencatkan perancangan jurulatih Ong Kim Swee untuk perlawanan kedua acara bola sepak Sukan SEA menentang Thailand, hari ini.

Menurut Kim Swee, Izzaq mengalami cirit birit sebelum perlawanan pertama menentang Singapura kelmarin, yang berakhir seri tanpa jaringan di Stadium Gelora Bung Karno.

Izzaq, hanya diturunkan pada 15 minit terakhir perlawanan bagi menggantikan A. Thamil Arasu pada perlawanan kelmarin.

''Sebenarnya masalah cirit birit yang dialami Izzaq menyebabkan dia tidak dapat beraksi kelmarin, namun saya tiada pilihan selain menurunkannya ketika menentang Singapura.

''Walaupun hanya beraksi 15 minit, kemasukannya memberi impak pada bahagian depan kita. Dia memiliki kelebihan kerana fizikalnya yang tinggi dan permainan pantas.

''Untuk perlawanan kedua menentang Thailand, saya tidak pasti akan menurunkan Izzaq. Ia bergantung kepada kecergasan pemain itu," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Masalah yang menimpa Izzaq merencatkan perancangan Kim Swee dalam memastikan jentera serangan skuad negara dapat berfungsi dengan baik pada aksi hari ini.

Selain perancangan yang terencat, masalah kesihatan yang dialami Izzaq menimbulkan persoalan bukan sahaja kepada Kim Swee kerana difahamkan tiga pemain Singapura turut mengalami masalah yang sama sejak sebelum perlawanan dengan Malaysia kelmarin.

Menurut Kim Swee, dia tidak tahu punca sebenar masalah yang dialami Izzaq kerana rakan sepasukan yang lain tidak mengalami cirit birit.

''Semua pemain mengambil makanan yang sama tetapi agak pelik hanya Izzaq sahaja yang mengalami cirit birit. Mungkin dia mengambil makanan atau minuman yang tercemar, itu saya tidak tahu," katanya.

Mengulas lanjut pertembungan dengan Thailand hari ini, Kim Swee mengakui pasukan itu sebuah pasukan yang bagus.

Menurutnya, dia pernah mengintip aksi Thailand di mana pasukan itu kalah kepada Singapura dalam aksi persahabatan dua bulan lalu di negara Republik itu.

Walaupun Thailand kalah dalam aksi persahabatan tersebut, Kim Swee tetap menyifatkan Thailand tetap pasukan No. 1 Asia Tenggara.

''Memang saya menyaksikan perlawanan tersebut bagi mengintip pasukan Thailand. Walaupun mereka kalah, Thailand sebenarnya sebuah pasukan yang bagus.

''Kelebihan mereka dibarisi pemain yang memiliki kemahiran individu, terutama pada bahagian tengah. Ini kelebihan mereka.

''Namun, saya ada cara untuk menghadapi Thailand. Dari aspek lain, kelebihan kita ialah kita semakin mendapat rentak pada kejohanan ini berbanding Thailand di mana esok (hari ini) adalah aksi kedua kita, sedang Thailand pastinya tercari-cari rentak pada aksi pertama mereka nanti.

''Jadi, saya mahu pemain kita menyekat Thailand daripada pantas menyesuaikan diri dengan bahang kejohanan," katanya. - Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 01:41 PM | Show all posts
ain plak dgn si Azwari dgn kecik  atau Zaharulhisham yg bersungguh2 nak dribble lawan even dah nak terjatuh....
axl_bach Post at 8-11-2011 23:45



    azwari tu nmpk effort dia.. baru 18 tp semangat dia tinggii.. mcm tu la kita nk kt semua pemain..tp.. fakhri...alahai... tepuk dahi jek kalo tgk dia listed as 1st 11, kalo harapkan baddrol jek nk rembat dr jauh.. harap dia jek nk buat free kick masak la... satu team kena la bantu dia...credit kt muslim n fadhli... nmpk diorg main betul2 bkn sambil lewa.. defence pon tkde la haprak... muslim pandai control game..nmpk diorg learn from experience..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 04:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 04:40 PM | Show all posts
dari layan bola sukan sea yang konon2 kumpulan maut ni

baik layan hoki bawah 21 tahun piala sultan johor

semalam malaysia kalahkan korea selatan 4-2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.065952 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list