CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

Glamor sudah tidak wujud

[Copy link]
Post time 3-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sekalipun sibuk dengan urusan rumah tangga, perkembangan dunia penyiaran tak dilupakan\rIDOLA ramai nan satu ini sudah meninggalkan dunia penyiaran agak lama dan kali terakhir muncul di kaca TV dua tahun lalu mengendalikan program terbitan syarikat sendiri. Demi keluarga, kerjaya serta populariti yang sedang menjulang tinggi diketepikan namun daripada riak wajahnya kini, tergambar kepuasan yang tidak terhingga dengan nikmat bahagia yang dikecapi kini.\r\n\n\n\n\rBagi Datin Seri Normala Samsudin, 47, tiada nilai yang mampu ditukar ganti dengan masa berharga buat insan tercinta. Justeru sebaik mengucapkan selamat tinggal sebagai personaliti TV pada 2005, bekas hos Nona itu tidak berpaling lagi namun hanya muncul dalam produksi sendiri selain menemani suaminya, Datuk Seri Azmi Khalid yang juga bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ke majlis rasmi.\r\r\n\n\n\n\nDunia indah yang dilaluinya kini dikecapi sepuas mungkin. Menjadi teman suka duka suami, melayani cucu, melihat anak membesar depan mata, berkebun dan segala macam aktiviti yang sebelum ini sukar dilakukan dek kekangan waktu akhirnya dapat dipenuhi sebaik mungkin bersama insan tersayang sekali gus mencetuskan rahmat yang sukar diluahkan dengan kata-kata.\r“Saya bersyukur dengan kehidupan ini. Cucu sudah bertambah, anak-anak semakin membesar. Melayani mereka membuatkan hidup saya sentiasa terisi. Memasak, mengemas rumah dan berkebun juga antara rutin yang cukup menyeronokkan. Walau ada pembantu, saya lebih selesa menyediakan keperluan keluarga sendiri. \r“Hujung minggu saya menemani suami melawat kawasan Parlimennya di Padang Besar, Perlis. Boleh dikatakan saya menjadi pembantu tidak rasminya kerana jadual kerjanya turut saya catatkan dalam diari khas selain mengingatkan mengenai setiap temujanji,” katanya yang menganggap isteri Ahli Parlimen juga berperanan besar dalam berkongsi aspirasi dan membantu golongan wanita di kawasan masing-masing.\rIkon yang digelar Perempuan Melayu Terakhir itu hadir ditemani anak gadisnya, Ruhila Ruslan, 19, pada majlis meraikan pemenang menjalani sesi merehatkan tubuh di Jari Spa, Wangsa Maju anjuran saluran Emas yang juga perkhidmatan Televisyen Protokol Internet di bawah Media Prima Berhad (MPB).\r\n\n\n\n\rKesempatan bertemu perantara TV itu tidak mungkin dilepaskan lima pasangan apabila masing-masing mengambil peluang merakamkan gambar kenangan dan berbual dengannya. Walau menyandang gelaran Datin Seri, tiada riak sombong pada setiap patah butir bicaranya malah butiran yang diluah ibu kepada tiga cahaya mata itu cukup lembut dan teratur.\rTidak hairan apabila kemanisan serta kelembutannya turut diikuti anak perempuan tunggalnya yang saling tak tumpah seperti si ibu. Nyata tidak hanya menonjol dalam kerjaya, anak jati Johor itu juga wajar dijadikan contoh dalam mendidik anak apabila tetap meletakkan teras tradisional termasuk bersalam, menghormati orang tua, jaga tutur kata dan perilaku.\rBegitu pun sebalik ketegasan, Normala menganggap hubungan dengan anak-anaknya bukan hanya sebagai ibu malah lebih daripada teman akrab yang boleh berkongsi apa jua perkara termasuk soal, cuma jangan sesekali menghancurkan kepercayaan mereka dengan bercerita segala rahsia kepada orang lain hatta adik beradik sendiri. \r“Sekarang tak sama macam dulu kerana mereka dikelilingi dunia informasi serba moden. Dari segi memberikan buah fikiran, saya memberi kebebasan menyuarakan pandangan. Macam cucu saya sendiri, walau baru lima, enam tahun, mereka bijak bercakap dan setiap persoalan yang diluah perlu ada jawapannya.\r“Sedari dulu memang kami cukup rapat, terutama Ruhila. Sebagai satu-satunya anak perempuan, setiap perkara dikongsi dengan saya. Kini usianya sudah 19 tahun, kami semakin berkongsi banyak perkara termasuk soal fesyen hingga ke perihal temannya,” katanya yang mempunyai dua anak bujang berusia 17 dan 21 tahun.\rTeruja melihat gandingan baru\rSAAT rancak bercerita mengenai permata hatinya, tiba-tiba tona suaranya berubah apabila memasuki bab pemergian Ruhila ke luar negara. Anak gadis kesayangannya itu sedang menanti keputusan peperiksaan bagi melanjutkan pengajian ke Australia untuk membolehkannya bergelar doktor gigi seperti yang diidamkan sejak dulu. \r“Kalau ikut perancangan, pengajiannya bermula tahun depan. Sebagai ibu, saya memberikan restu dan menitipkan doa kerana cita-citanya itu diluahkan sejak menuntut di Kolej Tunku Kursiah lagi. Walaupun laluannya masih jauh saya yakin dia mampu mengharunginya.\r“Setakat ini hanya adiknya yang menunjukkan kecenderungan mengikuti jejak langkah saya di bidang penyiaran manakala si sulung lebih cenderung terhadap kerjaya di bidang kejuruteraan mekanikal. Saya hanya mampu memberikan perangsang supaya setiap anak-anak dan cucu saya mampu memenuhi cita-cita mereka,” katanya lagi yang turut akrab dengan empat anak tirinya.\rDiajukan soal kerjaya, tidakkah rindu mahu bersiaran di kaca TV semula selepas kali terakhir mengendalikan program gaya hidup wanita 26 episod berjudul Bersama Normala Samsudin (BNS) sekitar 2009?\rIbu kepada Asyraf, 23, Ruhila 19, dan Rubilla 17 ini berkata, kerlipan glamor sudah tidak wujud dalam kamus hidupnya kerana tumpuannya kini hanya pada suami dan keluarga, malah batasan waktu menyebabkan urusan mengendalikan syarikat yang kini rancak menerbitkan telefilem dan drama berantai dikendalikan rakan kongsi.\rNamun begitu, Normala tetap mengikuti perkembangan program majalah berkaitan wanita sama ada dari sudut paparan bahan dan perubahan pengacara malah tidak sabar melihat gandingan Fara Fauzana dan Neelofa sebagai perantara baru. \rDia bangga dengan kemunculan pelapis baru yang memiliki kualiti pengacara selain latar belakang pendidikan tinggi, cuma untuk membuatkan penonton mengingati hasil kerja, mereka perlu lebih versatil selain sentiasa muncul bersama bahan menarik.\r“Saya dulu pun awalnya agak kaku. Tetapi saya belajar, minta pendapat orang dan aplikasikan apa yang dirasakan perlu. Pengacara TV era ini perlu mengupas sesuatu isu dengan lebih mendalam serta perlu mempunyai semangat kerja berkumpulan yang tinggi. Mereka perlu merasai sendiri tugasan luar, lebih-lebih lagi membabitkan isu yang dekat dengan masyarakat.\r“Jika perlu turun bendang, bercomot di tengah ladang atau meredah sungai, jangan culas. Lakukan saja kerana merasakan sendiri pengalaman seperti itu membolehkan kita berkongsi dengan penonton secara semula jadi, bukan setakat mengikut skrip. Tak semestinya kita perlu kasar, untuk bergelar pengacara versatil, kita perlu berani bukan setakat jadi primadona atau glamor saja.\r“Barangkali era berbeza membuatkan mereka sudah biasa hidup senang, tidak seperti saya dulu yang pernah merasai keperitan dan kemiskinan. Mereka perlu banyak turun padang untuk merasai pahit getir masyarakat di luar sana. Soal paparan pula, masih perlu disesuaikan dengan perkembangan semasa supaya tidak timbul rasa muak,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.236417 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list