CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: koenig

Al-Rawsha n saba mana lebih sedap....

[Copy link]
Post time 14-11-2011 11:33 AM | Show all posts
sabtu lepas makan kat Saba tu...amik chicken mandy yg large  + chicken kebab + baklava sekotak  ...kami mkn berempat ....huhu, lepas gak hajat en. husband mkn nasik arab yg ada dalca...kenyang betol sbb  portion dia banyak gilerr....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2011 11:31 PM | Show all posts
Saba : portion besar.  Puas makan & ada kuah.
Al Rawsha kat bulatan Kg Pandan: mahal nak mampos & tak sedap!  Kalau hari hujan bocor.

Tarbush @ Empire (sebelum kena letup) : macam makan nasi beriani.  Mahal.  I love the Mahalabiya.

Kat Platinum (Setapak) ada a few kedai makanan Arab sebab kat situ ramai kaum dia.  Mostly alright to my taste.  Tapi I tak selalu makan kat situ.  So perhaps the standards differ......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2011 10:22 AM | Show all posts
Saba : portion besar.  Puas makan & ada kuah.
Al Rawsha kat bulatan Kg Pandan: mahal nak mampos & t ...
AnitaSabrina Post at 15-11-2011 23:31



    salam....u mean platinum setapak area danau kota ka.......which Arab restaurant yg recommended tot of going there sbb selalu g up town kat situ.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 10:29 AM | Show all posts
Saba di Cyberjaya : portion sedikit
Saba di Jelatek : portion byk n ada dalca skali..
HalfMoon : Serdang (area Plaza South City), sdap n byk pilihan.Yg best roti dia besar talam yg saiz kecik rm2 je..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 10:51 PM | Show all posts
Al-Diafah kat Sri Petaling so far yg paling best aku pernah makan. Mandy dia mmg terbaek la, sampai menjilat pinggan .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2011 07:41 PM | Show all posts
Al-Diafah kat Sri Petaling so far yg paling best aku pernah makan. Mandy dia mmg terbaek la, sampai  ...
arwien Post at 16-11-2011 22:51


boleh bagi direction ke sri petaling tu ..............nk jugak rasa hingga menjilat jari.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2011 12:55 AM | Show all posts
Reply 26# koenig

check dlm ni ade direction

http://www.taufulou.com/2009/04/23/al-diafah-sri-petaling-part-1/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2011 10:42 AM | Show all posts
Reply  koenig

check dlm ni ade direction

http://www.taufulou.com/2009/04/23/al-diafah-sri-pet ...
arwien Post at 18-11-2011 00:55



    thank you.........will check it out.....................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2011 09:01 PM | Show all posts
dah tried mkn kat saba jelatek last wk............my family suka better than al rawsha n cheap.........portion besar n roti with beef sedaap
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 03:50 PM | Show all posts
my fav wadi hadramawt kat jln ampang & al diafah.
tarbush kt Bukit bntang & empira quite xpensive,tarbush kat ampang point ok skit price die
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 12:02 AM | Show all posts
penah mkn saba, xpenah mkn kt rawsha
tp makanan kt saba memang sedap!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 04:07 PM | Show all posts
al Rawsya, xbest...lagi sedap mkn kat cafe bwh ofis aku ni haa.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 04:24 PM | Show all posts
iols kalu nasi prefer SABA..sebab tak muak..beras pun panjang dan sesedap rasa tak masin sgt
kat al rawsya plak iols rasa berasnyer guna basmathi biasa jerk...dh makan tak rasa pun nak makan lagik
tapi utk ambience mmg iols vote rawsya, surau, tempat makan sgt bersih...selesa sgt masa iftar hrtue
tapi bufet kat saba mmg murah+ sedap bangat..iols kalau makan nasi saba..bleh makan gituh jerk sbb sodap
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 04:30 PM | Show all posts
1st bam suka Saba, 2nd Al rahwsa..restoran arab lain tu ada gak try macam hadi hadwamawt, marrakech, arab cafe bangi..emm boleh la tp takleh lawan 2 restoran ni. Nanti nak try Al Mukalla pulak..boya ai kata sedap hikhik
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 09:27 AM | Show all posts
nasi mandy kat saba' tu mmg very the sedap...
so does the basbousa!

dah try buat basbousa tu tp belum jumpa resepi yang ngam dgn selera bel.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 12:04 AM | Show all posts
Salam, cen dah cuba zam zam, rawsha,saba,mr kebab and half moon. Antara semua, dari segi rasa, half moon paling sedap dan berbaloi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2012 12:54 PM | Show all posts
aku dah try banyak restoran arab ni setakat ni yang best
1. persian restaurant dekat ampang walk
2. sahara tent kat masalam

nasi, kebab kat dua-dua tempat ni mmg marvelous lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 12:06 PM | Show all posts
Saba kot.... or rahwsa.... 2 2 pon me bedal same laju je
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 03:26 PM | Show all posts
Ganjaran lumayan bekerja di Malaysia


MENJAMU selera dengan masakan Arab kini seumpama satu fenomena dalam kalangan masyarakat tempatan.

Meskipun harganya agak mahal berbanding di restoran biasa, ia bukanlah penghalang kepada orang ramai memenuhi restoran Arab terutama di Kuala Lumpur.

Hidangan kebab kambing atau ayam dengan ramuan tersendiri sudah cukup membuatkan pelanggan terliur.

Tidak cukup dengan itu, nasi Mandy yang menggunakan beras istimewa berlaukkan daging kambing panggang atau ayam panggang yang lembut memberikan kepuasan kepada penggemarnya.

Di sebalik percambahan restoran Arab di negara ini, ia turut membuka peluang kepada golongan chef dari Asia Barat mencari peluang pekerjaan di negara ini.

Meskipun sebahagian pekerja terpaksa berkorban dengan meninggalkan anak isteri di negara kelahiran mereka, tawaran gaji yang lumayan dan insentif-insentif lain antara faktor mereka sanggup berkelana di negara ini.


MOHAMMAD (kiri) mahir memasak pelbagai juadah Yemen sejak umurnya 14 tahun.

Selain itu, bukan mudah bagi pemilik restoran untuk mencari chef masakan Arab warga tempatan yang mampu memasak masakan tersebut dengan baik.

Sehubungan itu, pemilik-pemilik restoran sanggup pulang ke negara asal masing-masing bagi mendapatkan chef-chef yang memenuhi kehendak mereka.

Mohammad Hamood, 33, dari Yemen antara individu yang mencari rezeki dengan bekerja di Restoran Hadramawt Palace di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Bapa kepada lapan orang anak itu sanggup berhijrah ke negara ini setelah dijanjikan tawaran gaji dua kali ganda berbanding ketika bekerja sebagai chef di negaranya.

"Demi menyara keluarga, saya perlu berkorban meninggalkan tanah air, isteri dan anak-anak.


REPUTASI Malaysia menyebabkan ramai Chef dari Asia Barat tidak kisah meninggalkan anak dan isteri untuk bekerja di sini.

"Reputasi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju membuatkan saya tidak berfikir banyak kali untuk menerima tawaran kerja ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mahir memasak masakan Yemen sejak berusia 14 tahun, minat tersebut berputik hasil didikan bapanya yang memiliki sebuah restoran di negara tersebut.

Walaupun tidak memiliki sebarang kelulusan formal dalam bidang masakan, pengalaman yang ditimba selama dua dekad membuktikan kepakaran yang dimilikinya.

Berada di negara ini sejak awal tahun lalu, rutin kerja Mohammad sebagai ketua chef agak padat.

Bermula seawal pukul 11 pagi, dia akan memastikan segala keperluan restoran mencukupi termasuk sayur-sayuran, rempah-ratus, ayam dan daging kambing.

Selain menyediakan kelengkapan tersebut, beliau juga bertanggungjawab perlu memberi arahan dan memastikan lapan chef lain di restoran berkenaan menyediakan menu-menu pada hari tersebut.

"Saya tinggal di asrama yang disediakan majikan, jadi tiada masalah untuk datang ke tempat bekerja. Pada hari cuti, saya akan berehat di asrama dan kadangkala bersiar-siar bersama rakan-rakan di Bukit Bintang.


AMMAR

"Bagi menghilang perasaan rindu kepada keluarga, saya akan menghubungi mereka tiga kali seminggu," katanya yang menjadikan pusat beli-belah KLCC sebagai pilihan untuk bersantai.

Sepanjang berada di negara ini, Mohammad turut menggemari makanan tempatan iaitu nasi lemak.

Jatuh cinta

Bagi Ketua Chef dan Pengurus Restoran Persia di Jalan Ampang, Sayeden Fatemeh Ahmadian, 45, faktor utama penghijrahannya ke Malaysia sedekad lalu ialah bagi memastikan anak-anaknya mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Dia yang berasal dari Teheran, Iran mempunyai tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berusia antara 17 hingga 30 tahun.

Di negara asalnya, peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi agak terhad. Jumlah mereka yang sepatutnya bakal menduduki peperiksaan ketika itu sekitar 150,000 orang pelajar tetapi hanya 15,000 sahaja yang dibenarkan.


SAYEDEN Fatemeh (kiri) memberi tunjuk ajar dan memantau penyediaan makanan dan minunan di Restoran Persia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

"Suami saya, Sayed Hossin Najati diberitahu oleh rakannya tentang Malaysia yang menawarkan pelbagai tarikan seperti peluang menyambung pelajaran, pilihan untuk menetap dan sebagainya.

"Dia datang awal tiga bulan daripada kami bagi melihat peluang yang ada termasuk mendapatkan tempat anak-anak menyambung pelajaran.

"Pada masa yang sama, terdapat tawaran untuk membeli restoran dan kami mengambil keputusan membelinya. Secara automatik saya menjadi chef utama kerana memiliki kemahiran memasak makanan Iran," katanya yang kini menyukai suasana Malaysia.

Restoran Persia menyediakan pelbagai menu masakan Iran dan Arab termasuk makanan tempatan.

Pada peringkat awal berada di negara ini, setiap tahun Sayeden Fatemeh pulang ke negara asal, namun kini mengakui telah 'jatuh cinta' dengan kehidupan di Malaysia.

"Saya suka bercuti di pulau-pulau yang terdapat di Malaysia seperti Pulau Pangkor selain membeli-belah dan mencuba makan masakan tempatan," katanya yang turut bertanggungjawab mengajar chef-chef di restoran tersebut.


CHEF-CHEF dari Asia Barat sanggup berhijrah untuk bekerja di restoran Arab di negara ini ekoran tawaran gaji serta insentif yang lebih lumayan. - Gambar hiasan

Kongsi rahsia

Sementara itu, Chef Ammar Al Ali yang popular dalam rancangan Hidangan Barakah yang disiarkan pada bulan Ramadan lalu di saluran televisyen tempatan tidak lokek berkongsi rahsia masakan Arab kepada para penonton.

Beliau yang berhijrah ke negara ini sejak 26 tahun lalu turut memberi nafas baharu dalam program masakan di negara ini.

"Saya kongsi semua rahsia masakan bersama para penonton. Ibu pernah berpesan kepada saya agar berkongsi ilmu dan jika rahsia masakan itu didedahkan, rasa masakan yang dihasilkan tetap berbeza.

"Hidangan Barakah merupakan program masakan pertama seumpamanya di negara ini yang dimulakan dengan doa, bacaan zikir dan al-Quran," katanya berkahwin dengan wanita tempatan. Chef Ammar mempunyai tiga orang anak.

Berasal dari Jordan, Chef Ammar mempunyai pengalaman luas dalam bidang masakan dan pernah bekerja sebagai chef di sembilan hotel di negara ini.

Beliau pada mulanya datang ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di beberapa buah kolej dan universiti atas cadangan arwah bapanya yang ketika itu bekerja di Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai arkitek kapal terbang.

Pada tahun 2001, beliau memulakan kerjaya chef di sebuah hotel di Pulau Pinang sekali gus merupakan chef pertama memasak masakan Arab dalam industri hotel di negara ini.

Kini beliau lebih selesa tinggal di Malaysia dan hanya sesekali pulang ke kampung halamannya di Jordan.

"Jika pulang ke Jordan, saya tidak tinggal lama kerana rindukan Malaysia," katanya yang dilarang masuk ke dapur oleh ibu dan neneknya sehingga usianya 10 tahun.

Sudah menjadi budaya masyarakat negara itu, ruangan dapur didominasi oleh golongan wanita, namun atas minat yang mendalam, ibu dan nenek telah mengajarnya rahsia masakan Arab.

Dalam masa terdekat ini, beliau juga akan mengadakan kelas masakan yang dibuka kepada orang ramai.

Justeru, kepada yang ingin berhubung atau mengetahui perkembangan Chef Ammar boleh melayari laman Facebook Hidangan Barakah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 03:27 PM | Show all posts
banyak nama2 restoran ada dalam artikel tu..leh la google map...kikikiki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.072740 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list