CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Droid

~ Android 101 ~ Asas Penggunaan, Tips2 & Petua

[Copy link]
Post time 1-6-2012 11:42 AM | Show all posts
Reply 80# leaika


    xperia ray pon ok..spek dia pon lebih bagus dari olive tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2012 12:19 PM | Show all posts
saya pakai xperia ray.. cuma bateri makan kuat sangat kalo online smua application such fb, whatsup, yahoo mail, yahoo mesger, skype.... memandangkan saya ni beginner for android, saya fikir baik dload dari play store jer... sbb pernah dowwload dari website directly tapi di block for security... jadi decide baik dload dari play store jer...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 03:11 PM | Show all posts

~ Android 101 ~ Asas Penggunaan, Tips2 & Petua

Semua smartphone kuat makan bateri. Paling kuat tarik adalah time surfing line 3g. Kena praktik semua petua jimatkan bateri baru le boleh tahan sikit.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2012 02:21 AM | Show all posts
support...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 08:32 PM | Show all posts
problem kat storage android 4.0

fyi, lepas internal memory penuh, kita bleh guna 'app 2 SD'
utk pindahkan suma installed apps
dari internal memory ke internal SD
.....tapi

poblem i skang kalo internal SD pon da penuh,
caner nak transfer installed app ke external SD??
...ada cara tak??


my tab info;
1.2 ghz processor
512 ram
android 4.0
internal memory = 2gb
internal   SD   = 2gb
external SD slot = up to 32gb

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 08:40 PM | Show all posts
problem kat storage android 4.0

fyi, lepas internal memory penuh, kita bleh guna 'app 2 SD'
...
bangcak Post at 4-6-2012 08:32 PM



   guna Applikasi ( Software ) apa tu nak tansfer ke SD bangcak???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2012 08:50 PM | Show all posts
guna Applikasi ( Software ) apa tu nak tansfer ke SD bangcak???
medangmru Post at 4-6-2012 20:40

byk...
mcm2 apps bleh guna utk transfer installed apps dari internal memory ke internal sd
(app2sd, link2SD) tapi kebanyakan apps yg cenggitu suma nampak yg internal sd je (yg external sd dia tak nampak)

...external sd i bukan takbleh baca lansung. kalo guna file manager bleh arr wat pindah2 file, gambo, movie suma.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 08:52 PM | Show all posts
byk...
mcm2 apps bleh guna utk transfer installed apps dari internal memory ke internal sd
(app2 ...
bangcak Post at 4-6-2012 08:50 PM


Wahhhhhhhhhh,,,,,byk nar apliaksi dan software yo ko bubuh kat dalam internal memori tu Bangcak...sampai sendat2 gitu....dlm situasi camni...mesti ko ada berkata"...kalau la internal memory tab aku ni 64Gb kennnnnnn"
btw Semua tablet yg pernah aku pakai mmg tak pernah penuh..plg2 banyak pun hanya setakat 4GB jah....( mana taknyer...tak pernah lekat lebey dr 2 bulan )...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2012 08:17 PM | Show all posts
Info 6-  Kriteria membeli telefon bimbit Android yang baik
Sila lawati sini untuk bacaan dengan gambar yang menarik]

maaf ya dah lama tak update,

Kriteria membeli telefon bimbit Android
Pergi membeli telefon mudah alih sangat mudah tetapi nak memilih memerlukan masa & perancangan yang betul. Ada pembeli sedar kesilapan memilih model berlaku selepas pembayaran setelah melihat model lain yang mungkin lebih menarik. Saya ringkaskan apakah kriteria yang penting untuk memilih telefon Android yang sesuai dan menarik Membeli telefon tak macam membeli nasi lemak yang boleh kita beli dengan mudah. Membelinya umpama pelaburan agak panjang

Model Pengeluar
Belilah pengeluar yang rajin memberi sokongan perisian yang baik atau yang berpengalaman dalam produk Android. Buat analisa spesikasi dan perbandingan dengan harga yg sepadan dengan bajet. Soal pilihan model agak subjektif, tunggu nanti saya akan bincangkan

Saiz & Resolusi skrin
Telefon Android yang dipilih mestilah sesuai dengan saiz tapak tangan & poket semasa. Saiz yang ideal ialah dengan skrin 3.8'. Saiz minimum adalah  lebih baik dengan skrin 3.5', lebih besar lebih baik dan nisbah % melakukan spelling error kurang dari pengguna skrin kecil disebabkan saiz papan kekunci besar dan mudah dipilih. Model telefon Android berskrin kecil mengkin mengalami masalah menekan kekunci maya pada skrin. Saiz paparan kekunci mengikut resolusi dan saiz skrin, papan kekunci yg mengecil menjadi masalah utama untuk menaip mesej atau teks.

Kamera
Pilih sekurangnya 5 mega piksel jikalau ia datang dengan fungsi flash lampu led, kalau takde pun tak apa. Lainlah jika menggunakan xenon yang memang terang flashnya. Kamera dari Samsung & Sony mempunyai sensor yang baik dari yang lain. Jangan melihat saiz megapiksel semata-mata, baca dulu reviu dari web popular seperti gsmarena atau phonearena bagi melihat contoh gambar yang diambil. Ramai pembeli telefon mengutamakan kepentingan kamera dari yang lain, pendapat saya ; ini bukan kriteria pertama bagi memilih smartphone. Apakah berbaloi jika mempunyai telefon berkamera baik tetapi perisian UI yang kurang mesra pengguna ?

Belian tanpa telco /carrier
Sekarang ni banyak telco (celcom, mxis, digi) menjual pakej telefon Android yang murah-murah belaka. Sebenarnya kalau nak dikatakan murah pun tidak jugak kerana, pembelian ini terikat dengan kontrak panjang. Beli secara tanpa kontrak adalah lebih baik kerana anda tak terikat dengan hutang ! Agak tension bila model baru keluar  semakin murah , tapi henset lama tak habis kontrak bayar lagi

Harga
Belilah telefon mengikut kemampuan gaji anda. Elakkan membeli semasa model baru keluar, harganya masih panas & agak tinggi. Tunggu dalam 2-3 bulan harganya akan menurun. Elakkan berhutang besar semata untuk Android idaman anda.

Kualiti Binaan & Skrin
Ada 2 model Android yang mempunyai binaan yang padat dan solid. Motorola dan HTC, kualiti badan pada housing HTC One  contohnya mempunyai ketahanan tinggi dari model Samsung Galaxy S2. Motorola Defy pula mempunyai ketahanan yang agak luar biasa dengan fungsi kalis hentak dan kalis air. Sony juga mengikut jejak Motorola Defy dengan model Xperia Active. Model tahan lasak sesuai kepada ibu bapa yg gemar membiarkan anak-anak menggunakan telefon sebagai "permainan" melontar peluru. Kaji dulu Android yg dibeli untuk siapa.

Sokongan Perisian OS
Android mempunyai pelbagai versi. Versi ini dinamakan
1.5 - Cupcake
1.6 - Donut
2.0 - Eclair
2.2 - Froyo
2.3 - Gingerbread (2010)
3.0 - Honeycomb (2010) tablet sahaja
4.1 - Ice Cream Sandwich (2011)
4.2 - Jelly Bean (2012)

Bagi tahun 2012 Pilih sekurang-kurangnya Gingerbread (2.3) , walaubagaimanapun pilihan yang terkini adalah lebih baik. Kaji dahulu mana syarikat yang rajin memberi updates sokongan software atau software yg diolah (custom firmware). Jika anda mahu sokongan update software pada masa hadapan pilihlah jenama yang berwibawa

Masa
Apa pulak kena mengena dengan masa ? maksud saya timing membeli. Tak perlulah tergesa2 membeli Android yg baru keluar macam pisang goreng. Mengapa ? harganya akan turun dalam 6 bulan. Kadang2 keluaran pertama ada flaw atau masalah hardware yg tak diketahui.

Contoh masalah seperti signal tak kuat macam Iphone4 , masalah BURN pada skrin Nexus 7, bug pada skrin sentuh Archos. Selepas pengguna dan pengeluar menyadi masalah ini, biasanya produk akan di keluarkan semula dengan produksi kedua (macam cetakan kedua buku) bagi penambah baikan kerosakan yang dilaporkan. Masa inilah sesuai untuk membeli model pilihan anda kerana kurang risiko masalah yg sama

Walaubagaimanapun terdapat pengeluar seperti Samsung Galaxy S (kod I9000) memasarkan spesifikasi yg lebih baik semasa  atau pengeluaran yg terawal. Spesifikasi Galaxy S berubah menjadi tambahan kod G menjadi kan kod baru I9000G. Bukan setakat kod nama, spesifikasi GPU pun berubah. Model SG I9000 datang dengan GPU Mali400, manakala SG I9000G menggunakan Power VR540. Dari segi kelajuan I9000G agak kureng sedikit, isu ni saya bangkit kemudian.

Rancang dan jangan terus beli
Ini kesilapan yang paling banyak dan kerap. Membeli tanpa perancangan, contohnya Android  dibeli secara tiba2 semasa promosi murah , cheap sale ...kononnya. Tapi  bila datang kerja officemate menjeling2 sibut tanya harga, macam jeles rupanya dia lebih tahu ada kedai yg jual lebih murah

Jaminan Ori atau AP
Sebenarnya semua Android berjenama adalah original, yang buat jadi AP ialah cara edaran pasaran. Belian yg asli/ Original membolehkan Android dituntut pada mana pusat servis bagi tujuan pemulihan dan pembaikan. Tetapi  tuntutan kerosakan set AP hanya boleh dibuat pada kedai yang dibeli. Dari segi kualiti komponen ianya sama, tapi segi sokongan jaminan belian set asli lebih menyenangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 12:13 PM | Show all posts
nak tanya la kan...
katalah dlm tab tu dah install fruit ninja free version
pastu bel install plak fruit ninja full version
dia conflict tak?
sbb bila nak load yg full version tu dia macam gile pastu stop terus
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 04:09 PM | Show all posts
tuan rumah tak update lagi ke?

warda install application: advanced task killer, utk try atasi masalah bateri cepat kering/drain/habis...
bagi samsung s3... warda juga installed battery monitor..so bila tgk, rupanya bateri banyak gak habispada phone radio/cari signal ( but not sure cari signal utk apa)....

boleh sesiapa share?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 11:19 AM | Show all posts
Soalan 1:

Kalau kita install application, by default dia install kat mana? kat device ke kat sdcard?
kalau guna astro file manager tu kita nak tgk folder yg mana satu?

soalan 2 bakal menysul bergantung pada jawapan soalan 1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2012 03:13 PM | Show all posts
beldandy posted on 12-9-2012 12:13 PM
nak tanya la kan...
katalah dlm tab tu dah install fruit ninja free version
pastu bel install plak ...

maaf ya lama cuti raya

Lebih baik uninstall salah satu kerana ada games / apps yang beroperasi secara latar belakang running background. Sesetangah apps/ games ada yg boleh

jawapan soalan 1
Apa2 yang di install menerusi Google playstore akan dimasukkan secara default di dalam internal memory Last edited by Droid on 18-9-2012 03:21 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2012 03:21 PM | Show all posts
wardatulhamra posted on 17-9-2012 04:09 PM
tuan rumah tak update lagi ke?

warda install application: advanced task killer, utk try atasi mas ...

kurangkan brightness, tutup broadband bila tak guna

Dalam pagi 1, post 2 , saya link bincangkan macammana nak menjimatkan batteri , mesti jumpe punye



Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 03:41 PM | Show all posts
Droid posted on 18-9-2012 03:13 PM
maaf ya lama cuti raya

Lebih baik uninstall salah satu kerana ada games / apps yang beroperasi ...

soalan 2:

internal memory tu kat mana?
sdcard ke? sdcard ni still dlm device kan tak sama dgn extsdcard kan?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2012 07:51 PM | Show all posts
beldandy posted on 18-9-2012 03:41 PM
soalan 2:

internal memory tu kat mana?

kata nama internal memory ini bergantung dengan brand atau devices, ada yg guna nama SD Card sebagai walhal sebagai ganti nama memory dalaman dan ada slot kad memory. Berbalik dengan soalan tadi Apps/Games yg dimuat turun disimpan di memori dalaman, maka ia tak masuk pada kad memori (micro sd card) selagi kita alihkan apps ni secara manual.

Masuk setting, tengok dalam ruang storage,


kolum atas menunjukkan memory dalaman,
kolum bawah menunjukkan kad memori jika ada


Ada Apps yg mandatori & tak boleh alihkan dari internal ke kad memori, isu ni pun dah saya postkan dulu
http://android-dan-saya.blogspot.com/2011/11/tips-membuang-atau-memindahkan-program.html



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2012 01:00 PM | Show all posts
apa yg bestnya bila kita root telefon android nie? tgk kat internet mcm2 boleh buat bila kita root.. igt nak beli telefon china je utk godek2 nie.. kalau beli yg ori mcm syg plak nak rootkan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 01:20 PM | Show all posts
Droid posted on 18-9-2012 03:21 PM
kurangkan brightness, tutup broadband bila tak guna

Dalam pagi 1, post 2 , saya link bincangka ...

ooh jumpa2... kena click pada link tgk blog tu rupanya... hehehe

btw, utk radio cari 2g/3g / HI tu boleh nak reconfigure ke dalam samsung S3?

nanti nak baca balik semua yang droid post dalam blog tu..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2012 10:13 PM | Show all posts
lostnfaun posted on 19-9-2012 01:00 PM
apa yg bestnya bila kita root telefon android nie? tgk kat internet mcm2 boleh buat bila kita root.. ...

kelebihan root seperti super admin, nak tengok kandungan video tak perlukan root pon,

Contoh kelebihan root membenarkan pengubahsuaian sistem kernel membolehkan overclock cpu & gpu (prosessor grafik),  bagi tablet Nexus 7 ia boleh menambah fungsi USB host (yg asalnya tiada)


tunggu saya updatekan blog soal root
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2012 10:18 PM | Show all posts
wardatulhamra posted on 19-9-2012 01:20 PM
ooh jumpa2... kena click pada link tgk blog tu rupanya... hehehe

btw, utk radio cari 2g/3g / HI ...

bleh

penjelasan dalam perenggan 9
http://android-dan-saya.blogspot.com/2011/11/info-android.html

bagi pengguna yg kerap guna broanband / active data packet, perlu ubah kepada 3G/ H semula JIKA perlukan akses pantas , pilihan Use 2g network sesuai bagi yg tak guna mobile data.

Settings > Wireless & Network > Mobile Network  > Use only 2G Network

Settings > Wireless & Network > Mobile Network  > Network Mode -> GSM only


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.093600 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list